Permohonan Dana Kecemasan PKS 2.0 Tahun 2022:SMEEF 2.0 Sehingga RM100,000

Permohonan Dana Kecemasan PKS 2.0 Tahun 2022:SMEEF 2.0 Sehingga RM100,000

Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) menyediakan bantuan pinjaman pembiayaan kepada PKS yang terjejas akibat banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai atau tanah runtuh.

Syarikat di bawah kategori Perusahaan Kecil & Sederhana boleh memohon pembiayaan SMEEF 2.0 ini.

Berikut dikongsikan syarat dan kelebihan pembiayaan tersebut.

Baca Juga: Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir: Bantuan Automotif Keluarga Malaysia RM1000

Apakah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0)?

Dana Kecemasa PKS 2.0 (SMEEF 2.0) adalah untuk membantu PKS yang terjejas akibat bencana alam termasuk banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai dan tanah runtuh.

Perincian pembiayaan adalah seperti butiran berikut:

  • Jumlah pembiayaan : RM50,000 – RM100,000
  • Peratusan pembiayaan : Sehingga 100%
  • Tempoh pembiayaan : Sehingga 5 tahun termasuk 12 bulan moratorium
  • Kadar pembiayaan : 0%

Artikel Lain: Cara Semak Syarikat Berdaftar SSM:einfo SSM

Syarat Kelayakan SMEEF 2.0

Untuk layak, syarikat anda mestilah memenuhi syarat berikut:

  1. Berdaftar dengan SSM dan memiliki lesen perniagaan yang sah
  2. Beroperasi dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana
  3. Menyediakan bukti kesan bencana alam i.e, surat yang dikeluarkan oleh pejabat daerah atau salinan laporan polis
  4. Syarikat PKS dalam mana-mana sektor ekonomi
  5. Kelayakan minimum:
  6. Jualan tahunan : RM300,000 dan ke atas; atau Pekerja sepenuh masa; 5 orang dan ke atas.

Pembiayaan Yang Layak

Pembiayaan yang layak memohon Permohonan DanaKecemasan PKS 2.0 Tahun 2022 SMEEF 2.0 seperti berikut:

  • Pembiayaan Aset
  • Modal Kerja

KEtahui Juga: Cara Daftar Boost eWallet, Kelebihannya & Promosi Terkini

Jumlah Pembiayaan Dana Kecemasan PKS

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi dana ini adalah daripada RM50,000 sehingga RM100,000.

Tempoh & Kadar Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun termasuk 12 bulan moratorium.
  • Kadar pembiayaan yang ditawarkan pula adalah 0%.

Cara Permohonan

Anda juga boleh memohon Dana Kecemasan PKS 2.0 secara dalam talian di https://biz.financing.growyourbusiness.midf.com.my/ atau scan QR code dalam poster di atas.

Nota: PKS terjejas harus mengemukakan permohonan dalam masa 6 bulan dari tarikh kejadian.

Maklumat Tatacara Pemilihan Permohonan

Pemohon juga perlu ambil maklum mengenai pemilihan calon seperti berikut :

1. Pemilihan akan dinilai melalui temuduga.

2. Keputusan penilaian adalah muktamad.

3. Permohonan dianggap gagal jika tiada sebarang panggilan dalam tempoh satu bulan.

4. Jumlah bantuan yang diberikan adalah tertakluk kepada sumbangan atau tajaan yang ada.

Maklumat Lanjut

Untuk butiran mengenai Dana Kecemasan PKS 2.0, sila layari www.growyourbusiness.com.my.

ATAU

Hubungi MIDF di saluran berikut:

1-300-88-6433

E-mail: [email protected]

https://bit.ly/3uQj7m5

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Dana Kecemasan PKS 2.0 ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment