Rayuan MRSM:Tarikh & Cara Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2022 / 2023

Rayuan MRSM:Tarikh & Cara Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2022 / 2023

Rayuan MRSM:Tarikh & Cara Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2022 / 2023

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KEMASUKAN KE MRSM SESI 2022 / 2023

Semakan tarikh rayuan dan tarikh semakan rayuan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2022/2023 serta cara membuat semakan permohonan rayuan online.

Makluman buat ibu bapa serta murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang telah membuat permohonan ke MRSM, keputusan tawaran telah diumumkan pada 9 Mac yang lalu.

Selain semakan online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Bagi yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan sehingga 15 Mac 2022.

Permohonan rayuan MRSM dibuka secara atas talian (online) melalui laman web MARA.

Berikut dikongsikan pautan dan cara untuk membuat rayuan kemasukan MRSM secara atas talian.

Baca Juga: Semakan UKKM MRSM 2022: Tarikh, Masa & Tempat Ujian Kemasukan MRSM

Rayuan Kemasukan MRSM Sesi 2022 / 2023

Untuk makluman, permohonan rayuan ke MRSM kini dibuka dari 9 Mac hingga 16 Mac 2022 secara dalam talian.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2022.

Baca Juga: Permohonan MRSM Sesi 2022:Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4

Cara Permohonan Rayuan Kemasukan 2022/2023

Cara membuat permohonan rayuan adalah seperti berikut:

*Calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM. Tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected]

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan MRSM Sesi 2022 / 2023

Keputusan permohonan rayuanMRSM sesi 2022 / 2023 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel yang telah didaftarkan oleh pemohon.

Soalan Lazim (FAQ) Semakan Keputusan & Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2022

Sila rujuk soalan lazim tawaran kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2022 di bawah:

1.Bilakah semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat?

Semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat mulai 9 Mac 2022.

2.Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran?

Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my

3.Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM apakah tindakan selanjtunya yang perlu diambil?

Tindakan selanjutnya yang perlu diambila adalah:

  • Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran
  • Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Deklarasi Covid-19, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
  • Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.
  • Membuat bayaran yuran pendaftaran bermula 19 Mac 2022 sehingga sebelum hari pendaftaran

4.Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, bolehkah dibuat permohonan pertukaran program dan penempatan MRSM?

Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.

5.Bilakah tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4?

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 11 April 2022.

6.Bolehkah rayuan dibuat sekiranya tidak berjaya menerima tawaran kemasukan ke MRSM?

Calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui ruang yang disediakan.

Baca di sini: ContohSurat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected]

7.Bila dan bagaimana keputusan rayuan boleh diketahui?

Calon yang berjaya akan menerima makluman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang telah didaftarkan.

Sekiraya tiada sebarang makluman selepas 31 Mei 2022, rayuan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Follow Telegram MARA di >> https://t.me/majlisamanahrakyat

8.Macam mana nak buat semakan tawaran MRSM Tingkatan 1 & 4?

Bagi yang belum berkesempatan untuk buat semakan keputusan tawaran kemasukan MRSM bagi Tingkatan 1 & 4 tahun 2021, sila ke sini:

  • Semakan MRSM Tingkatan 1 – https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/
  • Semakan MRSM Tingkatan 4 – https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/

9.Bagaimana cara buat semakan rayuan MRSM secara online?

Akan dimaklumkan kelak.

10.Kenapa tiada butang rayuan MRSM?

Sesiapa yang mendapat C atau D dalam keputusan UPSR yang lalu memang tidak akan nampak butang rayuan.Namun, ada jika kes di mana 5A1B juga tidak ada butang rayuan.

Menurut pegawai MARA, jika ini berlaku, ada dua kemungkinan sahaja:

  • Keputusan UPSR anak memang tidak layak untuk merayu
  • Ibu-bapa ada hutang dengan MARA. Samada semasa di MRSM dulu, pinjaman pendidikan atau perniagaan. Sila jelaskan dulu bayaran dengan MARA dan maklumkan ketiadaan butang rayuan.

11.Ada berapa ‘intake‘ untuk rayuan MRSM 2022?

Dimaklumkan  akan ada banyak pengambilan untuk tahun 2022

12.Ada ke cara lain untuk membuat permohonan rayuan?

Sila hubungi  pihak MRSM dengan menghantar surat dan email rayuan.

Anda juga boleh cuba hadir ke pejabat MARA terdekat untuk berbincang dan membuat rayuan.

12.Berapa kali perlu buat rayuan?

Pelajar yang ingin buat permohonan rayuan MRSM hanya perlu buat sekali sahaja.

Ketahui Juga: PIDN JPA 2022: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my

Telefon : 03-2613 2000

Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT

Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang rayuan MRSM sesi 2022 / 2023 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment