Makna Bacaan Dalam Solat

Makna Bacaan Dalam Solat

Makna Bacaan Dalam Solat

Makna Bacaan Dalam Solat sebagai panduan kepada mereka yang ingin menambahkan lagi khusuk ketika solat. Makna Bacaan Dalam Solat dikatakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk menambahkan khusyuk ketika solat. Menunaikan solat fardu lima waktu sehari termasuk dalam rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara. Solat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Usaha untuk memahami dan mencapai solat yang berkualiti adalah usaha yang berterusan yang harus dilakukan oleh semua umat Islam.

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Kewajipan Solat

Dalam rukun Islam, solat adalah rukun yang kedua. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat Fardu atau solat yang wajib dilakukan. Sebelum solat dapat dilakukan, seorang harus membersihkan diri daripada hadas besar dan hadas kecil. Pembersihan hadas kecil dikenali sebagai Wudhu. Manakala pembersihan hadas besar pula adalah Mandi wajib (ghusl).

Baca juga: Sekolah Siraj JAWI:Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2022.

Rukun Islam

  • Mengucapkan dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya
  • Menunaikan solat fardu lima waktu
  • Berpuasa pada bulan Ramadan
  • Membayar zakat – Zakat Fitrah, Zakat harta
  • Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu

Solat harus dilakukan dalam bahasa Arab, yakni bahasa Al-Quran. Ketika solat, orang Muslim hendaklah berdiri tegak (bagi siapa yang mampu), rukuk, sujud sambil menghadap ke arah Kiblat yakni menghadap Kaabah di Makkah. Berikut kami kongsikan bacaan dalam solat rumi dan maksudnya.

Hadis Riwayat Muslim Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “Sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Makna Bacaan Dalam Solat

Hari-hari kita solat 5 waktu, kita solat subuh, dzuhur, asar, maghrib dan ‘isya mengikut rakaat yang ditetapkan. Hari-hari kita angkat takbir, rukuk, sujud dan duduk tahiyat. Kita sebut lafaz bacaan dalam setiap rukun sembahyang.

Persoalannya, bila kita solat, adakah kita sekadar tahu bacaan tapi tidak tahu apa yang kita bacakan? Fahamkah kita dengan maksud dan makna bacaan sebenar di dalam solat atau dalam sembahyang kita? Berikut adalah terjemahan kepada ayat-ayat bacaan yang kita selalu baca ketika solat. Makna Bacaan Dalam Solat

Moga dapat menjadi ilmu kepada anda untuk hari ini.

Baca Juga: Wang Tidak Dituntut eGumis:Cara Semak WTD 2021 (https://egumis.anm.gov.my/)

Maksud & Makna Bacaan Dalam Solat

Maksud & Makna Bacaan Dalam Solat mengikut turutan seperti dibawah.

Maksud & Makna Bacaan Dalam Solat

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi-Nya dan aku dari golongan orang Islam. Makna Bacaan Dalam Solat

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Surah al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Makna Bacaan Dalam Solat

Rukuk

Maha Suci, Tuhanku Yang Maha Agung

I’tidal

Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya (ketika bangun rukuk)

Ya Tuhan kami, bagi- Mu segala Puji

Sujud

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan aku memuji-Nya

Duduk di antara dua sujud

Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, cukupkanlah kekuranganku, sihatkanlah aku dan berilah rezeki kepadaku.

Bacaan Tahiyat Awal

Segala ucapan selamat adalah bagi Allah, dan kebahagiaan serta kebaikan. Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu wahai Nabi, dan beserta Rahmat Allah, dan berkat-Nya. Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kami pula, dan kepada sekalian hamba-hambanya yang soleh. Aku bersaksi, bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.

Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online

Bacaan Tahiyat Akhir

Segala ucapan selamat adalah bagi Allah, dan kebahagiaan serta kebaikan. Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu wahai Nabi, dan beserta Rahmat Allah, dan berkat-Nya. Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kami pula, dan kepada sekalian hamba-hambanya yang soleh. Aku bersaksi, bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad. Sebagaimana telah Engkau berikan kebahagiaan kepada Ibrahim, dan kepada keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Makna Bacaan Dalam Solat

Doa Qunut

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan/bahaya yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau tetapkan. Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. Dan Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya. Makna Bacaan Dalam Solat

Baca Juga: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)

Akhir Kata

Begitulah makna yang terkandung di sebalik apa yang kita baca hari-hari 5 kali sehari. Menarik sebenarnya apabila dilihat kerana terkandung banyak doa-doa yang kita sendiri mungkin tak sedar kita minta.Usahlah risau pula kalau selama ini kita hanya tahu membaca tanpa tahu apa yang kita baca. Sebagai hambaNya, tidak dapat dinafikan adalah lebih baik kita faham apa yang kita bacakan, walaupun begitu tak boleh dinafikan kekangan bahasa membuatkan ramai di antara kita yang hanya menghafal tanpa faham apa yang kita hafal.Mulalah kita mempelajari makna bacaan dalam solat agar penghayatan kita menjadi lebih mendalam tentang amalan wajib yang kita kerjakan hari-hari. Makna Bacaan Dalam Solat

Untuk lebih lanjut atau pertanyaan agama lain anda boleh berhubung dengan pihak JAKIM. Klik link Portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Terima kasih. Semoga perkongsian berkenaan Makna Bacaan Dalam Solat ini akan memudahkan lagi urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang BerIlmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment