Permohonan Perantisiswa Keluarga Malaysia:Semak Status Bantuan Tablet Pelajar B40
PerantiSiswa. Melalui perbentangan bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang lalu, terdapat insentif Peranti Siswa Keluarga Malaysia untuk pelajar B40.
Bajet 2022 kali ini memfokuskan kepada 3 fokus induk iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan
Dalam pembentangan bajet ini, Tengku Zafrul memaklumkan “Mahasiswa golongan B40 diberikan tablet sebagai insiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia. ” – Menteri Kewangan
Baca Juga: Bantuan Awal Persekolahan 2022: Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon
Apa Itu Perantisiswa
Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi. Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta. Insya-Allah, seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini.
Baca Di Sini; Bajet 2022: Intipati Penuh & Senarai Bantuan Yang Diumumkan
Cara Mohon Perantisiswa
Untuk bantuan ini, pelajar tidak perlu memohon. Pihak universiti dengan Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menghubungi siswa-siswi yang layak.
Bagi pelajar yang layak, mereka akan menerima tablet percuma sebagai insentif PerantiSiswa keluarga Malaysia. Diharapkan, dengan pemberian ini akan membantu pelajar dalam urusan pembelajaran mereka yang terjejas akibat pendemik COVID-19.
Baca Juga; Diskaun PTPTN Hingga 15% Mulai 1 November 2021 (Bajet 2022)
Syarat Kelayakan Perantisiswa
Siapakah yang layak menerima tablet percuma ini?
Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.
Baca Juga: BKM Kategori Bujang:Bantuan RM350-RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)
Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat Program Perantisiswa
Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :
- Celcom Axiata Berhad (Celcom),
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
- Maxis Berhad (Maxis),
- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
- Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
- YTL Communications Sdn Bhd (YES).
Tarikh Pendaftaran / Permohonan
Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022. (April – Jun 2022)
Artikel Lain; Cara Permohonan BKM:Cara Permohonan & Jumlah Bantuan
PerantiSiswa Belanjawan 2022
Pembentangan belanjawan 2022 berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2022 adalah sperti berikut:
Inisiatif 3: Pendidikan Berkualiti Untuk Semua
- Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150.
- RM1 bilion untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah.
- RM50 juta antaranya untuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.
- Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM 400 juta.
- Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar Sebanyak RM100.
- Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.
- Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga 2,500 ringgit ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN:
– Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
– Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
– Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
RM 6.6 bilion untuk memperkasa TVE
Soalan Lazim
1. Apakah itu Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ?
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
2. Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran pakej PerantiSiswa ini?
Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.
3. Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej ini?
Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).
4. Bilakah pendaftaran PerantiSiswa akan bermula?
Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022. (Dijangka dalam bulan April – Jun 2022)
Maklumat lanjut PerantiSiswa akan dikongsi dalam masa terdekat.
NOTA: Soalan-soalan lazim ini dikemas kini pada 1 November 2021 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai insentif PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini, anda bolehlah merujuk portal rasmi Kementerian Pengajian Tinggi
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang PerantiSiswa ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com