Cara Semak Status Permohonan PerantiSiswa Fasa 2
Cara semak status permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa 2 tahun 2022. Perhatian kepada mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) bagi khusus bagi pelajar daripada golongan B40 yang berkelayakan boleh membuat permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia.
Kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi fasa dua.
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.
Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok Keluarga Malaysia.
Mahasiswa boleh membuat permohonan untuk mendapatkan laptop atau tablet secara percuma untuk kegunaan pembelajaran.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan cara semak status permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa 2 tahun 2022 untuk panduan semua.
Baca Juga:
Permohonan Laptop Tablet Percuma IPT PerantiSiswa
Permohonan Perantisiswa Keluarga Malaysia:Semak Status Bantuan Tablet Pelajar B40
Laptop Tablet Percuma CERDIK:Semakan Kelayakan Inisiatif Cerdik Murid B40
Peranti Siswa Fasa 2 : Cara Permohonan & Semakan Tarikh Terima Peranti
Cara Mohon PerantiSiswa Laptop Tablet Percuma Pelajar IPT (Tarikh Terima)
Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa Fasa 2
PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2
Pakej ini adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Tawaran ini membantu Pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet bagi tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Cara Semak Status Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 2022
Cara semak status permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa 2 tahun 2022 adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my sekiranya ingin membuat semakan status permohonan PerantiSiswa fasa 2 dan klik Log Masuk
- Log Masuk menggunakan Alamat E‐mel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.
- Skrin semakan akan dipaparkan sekiranya nama pemohon telah didaftarkan.
- Maklumat pemohon yang dipaparkan adalah berdasarkan kepada maklumat pendaftaran di laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my
- Cetak borang permohonan untuk simpanan.
TERMA & SYARAT PERMOHONAN PERANTISISWA
1. Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
- Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
- Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
2. Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
3. Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
4. Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:
- menamatkan pengajian;
- berhenti pengajian;
- dibuang pengajian;
- menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; atau
- melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
5. Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
6. Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
7. Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
8. Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
9. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
10. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
11. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
12. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut Cara Semak Status Permohonan PerantiSiswa Fasa 2
Untuk maklumat lanjut mengenai cara semak status permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa 2 tahun 2022, anda boleh merujuk soalan lazim di pautan ini: https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php
atau melayari website rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di pautan https://www.kkmm.gov.my/
Facebook Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM)
03-8688 8000
Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian mengenai cara semak status permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa 2 tahun 2022 program PerantiSiswa ini dapat membantu anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Semak Status Permohonan PerantiSiswa Semak Status Permohonan PerantiSiswa