Semakan Keputusan YTP MARA 2022

Semakan Keputusan YTP MARA 2022

Semakan Keputusan Young Talent Development Programme MARA (YTP 2022)

PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA MARA @ YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP) 2022

Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) dibuka kepada pelajar cemerlang SPM 2021 untuk melanjutkan pengajian tinggi bermula peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.

Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan dan cara semakan Keputusan YTP MARA.

Apakah Young Talent Development Programme @ YTP MARA?

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar

cemerlang lepasan SPM 2021 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP MARA.

Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan.

Semakan Syarat Permohonan YTP MARA 2022

Syarat permohonan YTP MARA 2022 terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:

SYARAT UMUM

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan.

SYARAT KHUSUS

  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2021.
  • Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.
  • Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Jumlah Pinjaman Yang Akan Diterima

  • Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.
  • Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
  • Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Tarikh Permohonan YTP MARA 2022

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA http://www.mara.gov.my mulai 17 Jun 2022 (Jumaat) hingga 27 Jun 2022 (Isnin).

Cara Permohonan Young Talent Development Programme YTP MARA 2022

  • Layari Portal MARA http://www.mara.gov.my
  • Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di pautan https://myeduloan.mara.gov.my/v2/ sebagai
  • pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
  • Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:

i. Maklumat peribadi dan keluarga

ii. Cadangan Pengajian

iii. Ujian Psikometrik

iv. Perakuan keterangan

NOTA:

Senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.

Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Cara Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2022

Semakan Keputusan Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2022 akan diumumkan bermula 22 Julai 2022 – 3.00 petang hingga 27 Julai 2022 – 12.00 tengah hari secara online.

Link keputusan permohonan :

https://myeduloan.mara.gov.my/v2

>>> Keputusan Permohonan

**Bagi calon yang berjaya, sila klik butang TERIMA / TOLAK TAWARAN selewat-lewatnya pada 27 Julai 2022 – 12.00 tengah hari.

Bagi calon yang memohon, sila ambil maklum dan buat semakan pada hari keputusan diumumkan kelak.

Soalan Lazim Semakan Keputusan YTP MARA 2022

Apakah itu Young Talent Development Programme (YTP)?

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon Program YTP?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA http://www.mara.gov.my apabila permohonan dibuka. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

Bilakah permohonan Program YTP akan dibuka?

Permohonan dibuka selama 18 hari mulai 19 April 2021 (Isnin) hingga 06 Mei 2021 (Khamis).

Apakah syarat umum untuk memohon Program YTP?

Syarat – syarat umum permohonan Program YTP seperti di bawah:

i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.

ii. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

iii. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 buat kali pertama.

iv. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.

Apakah syarat kelayakan akademik untuk melayakkan saya MEMOHON Program YTP?

Pemohon mestilah memperolehi sekurang – kurangnya:

i. Tiga (3) A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan percubaan SPM 2020, ATAU

ii. Tiga (3) A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 tahun 2019 (bagi pemohon yang tiada keputusan percubaan SPM).

Apakah syarat kelayakan akademik untuk melayakkan saya DITAWARKAN Program YTP?

Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- bagi keputusan peperiksaan sebenar SPM 2020. Perincian syarat kelayakan penawaran Program YTP boleh dirujuk dalam senarai kursus dan syarat kelayakan program semasa permohonan dibuka.

Selain daripada syarat umum permohonan dan kelayakan akademik, apakah kriteria lain pemilihan penawaran bagi Program YTP?

Kriteria pemilihan penawaran ke Program YTP merangkumi penilaian ujian Psikometrik dan penglibatan kokurikulum.

Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan PERMOHONAN yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah dibenarkan?

Pemohon tidak dihalang daripada membuat permohonan namun dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbang untuk ditawarkan Program YTP.

Saya tidak memohon Program YTP kerana memperolehi 2A- ketika peperiksaan percubaan SPM 2020. Bolehkah saya memohon kemudian sekiranya keputusan peperiksaan SPM saya melepasi syarat kelayakan akademik bagi penawaran ke Program YTP?

Boleh. Pemohon yang tidak melepasi syarat PERMOHONAN tetapi melepasi syarat KELAYAKAN PENAWARAN Program YTP dibenarkan memohon dalam tempoh seminggu selepas keputusan SPM 2020 dikeluarkan. Sila kemukakan salinan dokumen seperti di bawah kepada emel [email protected] :

i. Kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa ;

ii. Sijil lahir pemohon, ibu dan bapa ;

iii. Keputusan percubaan SPM 2020 ; DAN

iv. Keputusan sebenar SPM 2020

Keputusan peperiksaan SPM saya tidak melepasi syarat kelayakan akademik untuk penawaran Program YTP. Bolehkah keputusan peperiksaan percubaan SPM saya digunapakai untuk penawaran?

Tidak boleh. Penawaran ke Program YTP hanya tertakhluk kepada keputusan sebenar SPM.

Saya mendapat 8A dalam peperiksaan SPM 2019. Bolehkah saya memohon?

Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar yang telah menduduki SPM  2020 buat kali pertama sahaja.

Bolehkah saya mengguna pakai keputusan peperiksaan IGCSE atau peperiksaan lain yang setaraf untuk memohon Program YTP?

Tidak boleh. Hanya keputusan peperiksaan SPM sahaja yang akan digunapakai sebagai syarat kelayakan akademik bagi Program YTP.

Apakah perkara yang perlu dilengkapkan sebelum permohonan secara atas talian dihantar?

Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:

i. Maklumat peribadi dan keluarga

ii. Cadangan Pengajian

iii. Ujian Psikometrik

iv. Perakuan keterangan

Dimanakah saya boleh menyemak senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA?

Senarai tersebut boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.

Berapa banyak pemilihan kursus yang dibenarkan untuk saya memohon?

Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat dua pemilihan kursus sahaja.

Adakah pihak MARA boleh menawarkan kursus selain daripada pilihan pertama dan kedua pemohon semasa permohonan dibuat?

Ya. MARA berhak menawarkan kursus selain pilihan pertama dan pilihan kedua kepada pemohon berdasarkan kepada merit pemilihan serta jumlah kuota bagi sesuatu kursus.

Sebarang permohonan pertukaran kursus oleh pemohon adalah tidak dibenarkan.

Bolehkah saya mengemaskini pilihan kursus setelah keputusan peperiksaan sebenar SPM diumumkan?

Ya. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Adakah saya wajib menduduki ujian psikometrik semasa mengisi permohonan Program YTP?

Ya. Semua pemohon wajib menduduki ujian psikometrik secara atas talian semasa mengisi permohonan Program YTP.

Adakah saya dibenarkan untuk menduduki semula ujian psikometrik sekiranya gagal berbuat demikian semasa mengisi permohonan?

Tidak. Ujian psikometrik hanya dijalankan sekali sahaja semasa permohonan dibuka.

Adakah saya wajib melalui proses ujian temuduga sebelum ditawarkan Program YTP?

Proses temuduga hanya melibatkan kursus tertentu sahaja. Sebarang maklumat berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa.

Bolehkah saya memohon Program YTP sekiranya ibu saya telah disenaraihitam MARA?

Tidak boleh. Ibu, bapa, penjaga, penjamin dan pemohon perlu bebas dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan segera menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program YTP.

Mengapakah saya tidak boleh memohon Program YTP di dalam sistem setelah membuat pemutihan (bayaran) akibat senarai hitam?

Pemohon hanya boleh membuat permohonan YTP di dalam sistem selepas 24 jam dari tempoh bayaran dibuat. Pemohon dinasihatkan segera membuat pemutihan sebelum system permohonan ditutup mengikut tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.

Bolehkah saya mengisi maklumat ibu bapa tiri atau angkat sekiranya ibu bapa kandung saya telah bercerai dan berkahwin lain?

Tidak boleh. Pemohon perlu mengisi maklumat ibu bapa kandung sahaja.

Ibu atau bapa saya adalah seorang pesara Kerajaan? Apakah yang saya perlu isi di ruang pendapatan?

Bagi pesara Kerajaan, sila isikan jumlah pencen yang diterima bagi setiap bulan di ruangan tersebut.

Adakah pemohon dibenarkan untuk mengikuti program persediaan secara persendirian?

Tidak. Pemohon yang berjaya ditawarkan di bawah Program YTP perlu mengikuti program persediaan di institusi yang telah ditetapkan oleh MARA sahaja.

Sebagai pelajar tajaan MARA di bawah Program YTP, bolehkah saya menukar institusi atau kursus pengajian pada peringkat Persediaan atau Ijazah Sarjana Muda?

Tidak. Pemohon yang berjaya ditawarkan di bawah Program YTP perlu mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di institusi atau kursus yang telah ditetapkan oleh MARA sahaja.

Adakah Pinjaman Boleh Ubah saya boleh ditukar sepenuhnya kepada penajaan Biasiswa?

Tidak. Tiada pertukaran sepenuhnya daripada pinjaman kepada biasiswa. Kadar bayaran balik tertakluk kepada prestasi akademik peminjam setelah tamat pengajian.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah?

Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian. Tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Apakah bentuk pinjaman pelajaran yang akan saya terima sekiranya ditawarkan dalam Program YTP?

Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung. Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Adakah anggaran jumlah pinjaman yang akan diterima berdasarkan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga?

Anggaran jumlah pinjaman yang akan diterima bagi Program YTP tidak mengambilkira SES keluarga.

Adakah Elaun Penginapan termasuk dalam bentuk pinjaman pelajaran yang akan diterima?

Tidak. Pelajar dinasihatkan untuk menggunakan peruntukan Elaun Sara Hidup (ESH) bulanan secara berhemah untuk membiayai perbelanjaan makan minum, penginapan dan lain-lain.

Adakah program ke luar negara diteruskan semasa musim Covid-19?

Penajaan pelajar ke luar negara tertakluk kepada arahan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak berkuasa negara berkaitan dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah cara pembelajaran dijalankan bagi pemohon yang akan mengikuti pengajian ke luar negara semasa musim Covid-19?

Cara pembelajaran tertakluk kepada dasar sesebuah negara dan cara institusi beroperasi. Sama ada secara atas talian daripada Malaysia mahupun secara hibrid, iaitu dengan cara bersemuka atau atas talian sekiranya telah berada di luar negara.

Bolehkah saya memohon biasiswa JPA atau lain-lain agensi sekiranya saya telah memohon Proram YTP?

Boleh. Pelajar bebas untuk memohon biasiswa atau pinjaman dengan mana-mana agensi selain MARA. Namun pelajar dikehendaki memilih satu badan penaja sahaja bagi membiayai kos pengajian pada satu-satu masa.

Sekiranya saya cukup syarat MEMOHON tetapi tidak memohon secara atas talian dalam tempoh ditetapkan, adakah saya boleh memohon secara manual menggunakan surat permohonan?

Tiada permohonan secara manual dibenarkan bagi pelajar yang cukup syarat memohon dan tidak memohon dalam tempoh ditetapkan.

Bolehkah permohonan rayuan dibuat sekiranya permohonan tidak berjaya?

Tidak boleh. Permohonan rayuan adalah tidak dibenarkan. Keputusan penawaran adalah muktamad.

Bagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan Program YTP sekiranya saya terlupa kata laluan?

Sekiranya pemohon terlupa kata laluan, sila tekan pautan Lupa Kata Laluan, kemudian lengkapkan maklumat yang diminta seperti no. kad pengenalan dan emel yang telah didaftar.

Setelah lengkap, tekan butang hantar.

Adakah saya perlu menghantar borang atau apa-apa dokumen selepas membuat permohonan?

Tidak perlu. Pemohon hanya perlu mencetak slip pengesahan permohonan setelah selesai membuat permohonan untuk tujuan rujukan. Pemohon hanya dikehendaki melengkapkan dan menyediakan segala dokumentasi pada hari pendaftaran sekiranya ditawarkan Program YTP.

Bagaimanakah saya boleh membuat semakan keputusan permohonan Program YTP ini?

Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di Portal MARA http://www.mara.gov.my dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi MARA sekiranya ada sebarang pertanyaan?

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh disalurkan melalui emel [email protected]

Maklumat Lanjut Semakan Keputusan YTP MARA 2022

Sebarang pertanyaan tentang Semakan Keputusan YTP MARA 2022 dan maklumat lanjut Semakan Keputusan YTP MARA 2022 sila rujuk Soalan Lazim yang disediakan atau emelkan kepada [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian berkaitan Cara Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2022 ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA

Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA Semakan Keputusan YTP MARA

Leave a Comment