Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary 2022 Untuk Pelajar Cemerlang

Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary 2022 Untuk Pelajar Cemerlang

Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary . Sukacita dimaklumkan bahawa Albukhary International University (AIU) kini menawarkan Biasiswa Albukhary bagi pelajar yang cemerlang dari aspek akademik dan kokurikulum.

Biasiswa ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke AIU.

AIU merupakan antara universiti bertaraf antarabangsa yang unggul di Malaysia. 

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary 2022 untuk makluman semua.

Baca Juga: Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM Pasca-Siswazah

Yayasan Albukhary

Yayasan Albukhary ditubuhkan pada tahun 1996 oleh seorang ahli perniagaan Malaysia iaitu Syed Mokhtar Albukhary. Ianya ditubuhkan sebagai platform untuk aktiviti-aktiviti kebajikan (charities activities) sebagai kesinambungan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijalankan oleh beliau sejak awal penubuhan  syarikat perniagaannya pada tahun 1974.

Sejak awal penubuhannya yayasan Albukhary memberi tumpuan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikannya di Malaysia. Program-program yang dijalankan antara lain bertujuan mengurankan kadar kemiskinan dan keharmonian antara kaum.

Selaras dengan perkembangan perniagaannya yang semakin meningkat, aktiviti amal Yayasan Albukhary mengembangkan skop aktiviti ke peringkat antarabangsa merangkumi Eropah, Asia, Afrika dan Australia.

Biasiswa Yayasan Albukhary menawarkan skim-skim biasiswa seperti yang berikut:

a. Albukhary Equity Scholarship

b. Albukhary Refugee Education Dream (RED) Scholarship

c. Regional Awards

d. Leadership Academic and Services Awards

e. Campus Residence Grant

Baca Juga: Tawaran Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary

Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Berumur antara 18 hingga 22 tahun.
  • Status perkahwinan bujang.
  • Pendapatan isi rumah di bawah USD 300 untuk pemohon antarabangsa dan MYR 2,400 (Sabah dan Sarawak), MYR 5,300( W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya & W.P Labuan) atau MYR 2,900 (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka , Negeri Sembilan, Pahang).
  • Biasiswa hanya ditawarkan kepada satu penerima sahaja dalam satu keluarga.
  • Pelajar tak dibenarkan untuk bekerja semasa melanjutkan pelajaran di AIU.
  • Pemegang biasiswa tidak boleh menerima bantuan atau biasiswa daripada pihak lain sepanjang tempoh tajaan Biasiswa Albukhary.

Artikel Lain: Biasiswa Kerajaan : Senarai Biasiswa / Tajaan / Pinjaman Pengajian Sektor Awam / Kerajaan

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary

Pelajar yang berminat untuk memohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Mengisi borang permohonan secara atas talian.
  2. Muat turun Manual Tatacara Permohonan Biasiswa.
  3. Melengkapkan dokumen sokongan.
  4. Menulis 3 karangan bertajuk di bawah:
  5. Mengapakah Yayasan Albukhary perlu menaja anda?
  6. Bagaimanakah biasiswa akan memberi kesan kepada masa depan anda?
  7. Apa yang menjadikan anda calon yang sesuai dan baik – sebarang kemahiran, pengalaman atau pencapaian yang berkaitan yang diperoleh daripada pendidikan, kerja atau aktiviti lain.
  8. Pelajar yang layak ke peringkat seterusnya akan dipanggil untuk temuduga.

Nota : Karangan perlulah ditulis sekurang-kurangnya 150 perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Senarai Biasiswa IPT Terkini baca: Biasiswa Ijazah Sarjana Muda (Degree Scholarship)

Dokumen Yang Diperlukan Permohonan Biasiswa Albukhary

Pemohon juga perlu sertakan dokumen seperti yang disenaraikan di bawah :

  • Surat biasiswa – hanya jika anda ditaja oleh pihak lain
  • Pengenalan (ID) bapa atau sijil kematian
  • Pengenalan (ID) atau sijil kematian ibu
  • Slip pendapatan bapa *Borang Akuan Bukti Pendapatan
  • Slip pendapatan ibu *Borang Akuan Bukti Pendapatan
  • Bil utiliti (bil elektrik atau air)
  • Surat pengesahan oleh salah seorang pengadil *Contoh Templat Surat Pengesahan Biasiswa
  • Tiga (3) Gambar rumah keluarga – pemandangan dari luar, ruang tamu, dapur *Contoh Gambar Rumah Keluarga

Proses Saringan Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary

Pelajar yang berkelayakan serta menepati kriteria akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon akan dinilai berdasarkan asperk-aspek berikut :

  • Status Sosioekonomi 40%
  • Kemahiran Komunikasi 25%
  • Personaliti & Sikap 20%
  • Pertahanan Kenyataan Peribadi 15%

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk keterangan lanjut mengenai Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary, sila hubungi Unit Biasiswa menerusi saluran berikut :

No. Tel : +60 47747 392 / +60 4774 7426

Alamat emel : scholarship@aiu.edu.my

Alamat perhubungan

Untuk tujuan permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary dan untuk maklumat terperinci anda dinasihatkan untuk berhubung terus atau secara langsung dengan pihak Yayasan Albukhary

Scholarship Unit

Albukhary Foundation

30, Jalan Pahang Barat

53000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 12-928 1876/+60 10-222 1876

ATAU

Scholarship Unit

Albukhary Foundation

Jalan Tun Abdul Razak,

05200 Alor Setar, Kedah

Tel: +60 12-928 1876/+60 10-222 1876

Terima kasih. Semoga perkongsian berkaitan Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment