Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA
Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA. Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjalin kerjasama dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi melaksanakan Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA selari dengan wawasan untuk merealisasikan aspirasi Kerajaan “1 Keluarga 1 Rumah” dan hala tuju Keluarga Malaysia.
Selaras dengan Kempen Pemilikan Rumah, ‘Home Ownership Programme’ (HOPE) oleh KPKT Malaysia, kempen ini dilihat mampu memberikan sokongan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumentasi lazim pinjaman perumahan seperti slip gaji dan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendapatkan pembiayaan.
Buat permulaan, Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA ditawarkan kepada pembeli Residensi Larkin Indah sebelum diperluaskan ke projek-projek PR1MA yang lain di seluruh negara.
Inisiatif Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA yang dilaksanakan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri termasuk mereka yang mempunyai masalah mendapatkan kelulusan pembiayaan pinjaman. Dengan skim ini, Keluarga Malaysia akan dijamin oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) dalam Kempen Pemilikan Rumah, ‘Home Ownership Programme’ (HOPE) sejajar dengan Aspirasi Keluarga Malaysia.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang Skim Pinjaman Perumahan ini dan cara membuat permohonan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Skim Rumah Pertamaku (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan
Apakah Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA ?
Inisiatif antara SJKP dan PR1MA ini merupakan satu usaha yang mesra pembeli, di mana ia dapat membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai Keluarga Malaysia khususnya golongan muda dan berpendapatan pertengahan untuk memiliki rumah PR1MA tanpa bimbang tentang pembiayaan perumahan.
Tahukah anda, seseorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap masih boleh memiliki rumah melalui sebuah insiatif kerajaan yang digelar sebagai Skim Pinjaman Perumahan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Dalam Bajet 2022, Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap.
Baca Juga: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Syarat Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan Melalui Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
- Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
- Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
- Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
- Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
- Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Baca Juga: Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya & Cara Permohonan
Tempoh Pembayaran Pembiayaan SJKP Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA
Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.
Ketahui Juga: Cara Tebus Baucer Buku Semarak Membaca 2022
Terma & Syarat
Jumlah Pembiayaan Skim Pinjaman Perumahan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
Jenis Pembiayaan Skim Pinjaman Perumahan : Pembiayaan Berjangka sahaja
Tempoh Skim Pinjaman Perumahan: Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu
Kadar Faedah Skim Pinjaman Perumahan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
MRTA / MRTT : Wajib
Lain-lain Skim Pinjaman Perumahan : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan
Artikel Lain: Cara Daftar Lesen CIDB, Renew online, Semakan Kursus & CCD Point
Harga Rumah PR1MA
Kediaman PRIMA ini dipasarkan dengan harga di antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit, secara purata 20% lebih rendah daripada harga pasaran.
Dengan tawaran lingkungan harga ini, PR1MA berharap golongan pertengahan di Malaysia mampu memiliki kediaman impian masing-masing tanpa bebanan yang berlebihan
Ketahui Juga: Pasang Kalkulator Sanintifik Di Komputer:Cara Mudah Memasangnya
Projek Terkini Rumah PRIMA
Senarai Projek Terkini Rumah PRIMA seluruh negara boleh disemak di laman web berikut:
https://www.pr1ma.my/pr1ma-properties/hms/homes/bm
Cara Permohonan Skim Pinjaman Inovatif PR1MA
Pemilihan pemilik rumah yang berjaya dan peruntukan unit rumah PRIMA akan dilakukan melalui proses pengundian terbuka untuk pembangunan yang baru dilancarkan.
Untuk permohonan, sila rujuk pautan di bawah:
https://www.pr1ma.my/elh/eligibility-homes/bm#sectionstep
*Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah SJKP Skim Pinjaman Perumahan ini adalah seperti berikut:
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Institusi Yang Menyertai SJKP Program Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA
Terdapat 15 institusi kewangan dengan cawangan melebihi 1800 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang menyertai Skim Pinjaman Perumahan skim jaminan ini.
Anda boleh memohon pembiayaan perumahan anda di mana-mana cawangan berikut:
- Affin Bank
- Affin Islamic Bank
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- BSN
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SKJP, sila rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan di pautan berikut : https://www.sjkp.com.my/
Kenyataan Media Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA
Pinjaman perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) membolehkan rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada slip gaji membuat pinjaman perumahan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim pinjaman menerusi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu adalah usaha kerajaan supaya lebih ramai rakyat dapat memiliki rumah sendiri.
Menurutnya, beliau yakin inisiatif seperti itu membolehkan lebih ramai Keluarga Malaysia memiliki rumah sendiri termasuk mereka yang menghadapi masalah mendapatkan kelulusan pembiayaan.
“Usaha ini adalah selari dengan pengumuman yang dilakukan semasa Belanjawan 2022 tahun lalu di mana sebanyak RM2 bilion diperuntukkan kepada SJKP untuk melaksanakan amanat ini.
Ini membuktikan komitmen Kerajaan yang ingin melihat Keluarga Malaysia mendapat akses kepada pembiayaan perumahan seperti PR1MA dengan lebih mudah dan luas,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pembeli Residensi Larkin Indah, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Datuk Dr Fathul Bari.
Ismail Sabri berkata, selari dengan pertumbuhan ekonomi, perumahan juga menjadi keperluan kehidupan yang mendesak buat Keluarga Malaysia.
Ismail Sabri berucap ketika majlis penyerahan surat tawaran dan lawatan Perdana Menteri ke Residensi Larkin Indah, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Ismail Sabri berucap ketika majlis penyerahan surat tawaran dan lawatan Perdana Menteri ke Residensi Larkin Indah, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
“Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat Covid-19, harga rumah masih dianggap mahal dan sukar dimiliki oleh golongan muda khususnya.
“Justeru Kerajaan, melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) menggariskan langkah segera dan jangka panjang yang perlu diambil untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Ismail Sabri berkata, beliau berbangga dengan usaha kerajaan Johor bersama-sama agensi kerajaan lain seperti PR1MA untuk merealisasikan projek perumahan di seluruh Johor dalam menyahut seruan kerajaan untuk membina perumahan yang berdaya huni.
Katanya, usaha itu selari dengan aspirasi memperkasakan pemilikan rumah mampu milik bagi golongan B40 dan M40 tanpa menanggung beban kewangan yang berat melalui program perumahan mampu milik.
“Setiap Keluarga Malaysia pastinya mengimpikan kehidupan yang harmoni, rumah yang selesa di samping kerjaya yang baik dan impian itu tidak mustahil untuk dicapai lebih-lebih lagi dengan adanya sokongan padu daripada agensi yang berkaitan dalam mendukung aspirasi terbabit.
“Inisiatif pembiayaan inovatif PR1MA menjadi satu contoh yang wajar dijadikan penanda aras dalam usaha kerajaan dan pihak industri seperti PR1MA dalam menyediakan akses kewangan yang mudah kepada pembeli rumah PR1MA.
“Inisiatif yang mesra pembeli ini pastinya dapat membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai Keluarga Malaysia khususnya golongan muda dan yang berpendapatan pertengahan untuk memiliki rumah PR1MA tanpa bimbang tentang pembiayaan perumahan.
“Ini adalah antara isu penting yang dibangkitkan dan dibincangkan semasa mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) baru-baru ini. Alhamdulillah kita sudah dapat melihat hasil daripada perbincangan tersebut,” katanya.
Maklumat Lanjut Skim Pinjaman Inovatif PR1MA
Untuk maklumat lanjut tentang program Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA ini atau perkara lain berkaitan sila hubungi:
Tel: 03-7628 9898
info@pr1ma.my
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9am – 6pm)(*Kecuali Cuti Umum Selangor)
https://www.sjkp.com.my/soalan-lazim
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: enquiry@sjkp.com.my
Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian mengenai Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA Melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad ini dapat membantu anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com