Bantuan Perniagaan OKU:Insentif Biz Man Untuk Usahawan Lelaki dan OKU

Bantuan Perniagaan OKU:Insentif Biz Man Untuk Usahawan Lelaki dan OKU

Permohonan Bantuan Perniagaan Insentif Biz Man Untuk Usahawan Lelaki dan OKU

Permohonan Bantuan Insentif Biz Man Untuk Usahawan Lelaki dan OKU ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Insentif Biz Man untuk usahawan lelaki dan Orang Kurang Upaya (OKU) kini dibuka.

Insentif yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Perak ini disediakan kepada usahawan lelaki dan OKU melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak.

Bantuan ini diwujudkan bagi  membantu usahawan lelaki dan OKU untuk memajukan perniagaan mereka menerusi bantuan peralatan yang disediakan.

Usahawan Negeri Perak yang layak dijemput untuk memohon Bantuan Peralatan Bizman dibawah Kerajaan Negeri Perak dibawah Potfolio YB Datuk Dr Wan Norashikin Binti Wan Noordin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & NGO Negeri Perak.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Perniagaan OKU Insentif Biz Man untuk makluman anda.

Baca Juga: Skim Rumah Pertamaku (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan

Tarikh Permohonan Bantuan Perniagaan OKU Insentif Biz Man

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan secara atas talian adalah sebelum 20 April 2022.

Baca Juga: Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya & Cara Permohonan

Kadar Bantuan Insentif Biz Man

Usahawan yang layak bakal menerima bantuan sebanyak RM 3,000.

Artikel Lain: Cara Daftar Lesen CIDB, Renew online, Semakan Kursus & CCD Point

Syarat Permohonan Bantuan Perniagaan OKU Insentif Biz Man

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Usahawan mesetilah Lelaki (Ketua Isi Rumah Lelaki/OKU.
  • Berumur 18 ke atas
  • Usahawan telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.
  • Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan separuh masa
  • Usahawan telah menetap di Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Usahawan telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan pemimpin tempatan.

Ketahui Juga: Pasang Kalkulator Sanintifik Di Komputer:Cara Mudah Memasangnya

Cara Memohon Bantuan Perniagaan OKU Insentif Biz Man

Usahawan yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  • Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/mwyTfbYZrhRnRjJMA.
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Artikel Lain: Tawaran Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan

Dokumen Yang Diperlukan Permohonan Bantuan Perniagaan OKU Insentif Biz Man

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  • Salinan Penyata Akaun Bank Atas Nama Pemohon.
  • Kad pengenalan pemohon.
  • Salinan SSM (jika ada).
  • Salinan Lesen PBT/Surat Pengesahan dari Agensi.
  • 3 Salinan sebut harga peralatan yang hendak dibeli.
  • Gambar Premis/Tangkapan Skrin Kedai Atas Talian.
  • Surat Akuan Penghulu.

Nota Penting

1. Permohonan yang tidak lengkap akan dianggap tidak berjaya.

2. Pembekalan barangan/peralatan tidak semestinya mengikut spesifikasi barangan yang dimohon.

3. Jika tiada sebarang maklum balas dalam tempoh 2 minggu dari tarikh tutup permohonan, maka permohonan tersebut hendaklah dianggap tidak berjaya.

4. Keputusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamat

5. Semua Salinan Perlu Diakui Sah sebelum di muat naik oleh Penghulu / ADUN / Pegawai Kerajaan Gred 41 keatas.

Baca Juga: Pendaftaran Kursus Kahwin Online:Cara Daftar Kursus Kahwin Online Seluruh Negara

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk keterangan lanjut mengenai Biz Man, sila hubungi pihak Wanita Perak di talian dan email berikut berikut iaitu 05-5269829/programpre2022@gmail.com.

Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian mengenai Permohonan Bantuan Perniagaan OKU Insentif Biz Man ini dapat membantu anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment