Semakan Penempatan Tahun 1 2024
Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024
MAKLUMAN MURID TAHUN 1 (2024) : SEMAKAN TAHUN 1 & PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN ONLINE BAGI SESI 2024
Mohon ibu bapa yang anak mereka yang akan memasuki darjah 1 Tahun 2024, sila buat semakan semula dan cetak surat penempatan anak Tuan / Puan.
Surat penempatan ini nanti dibawa bersama sewaktu mendaftar anak pada bulan Februari nanti.
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan Tahun Semakan pengesahan penempatan & permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2024 di sistem Pengurusan IDentiti (idMe) akan dibuka mulai sehingga 31 Oktober 2023 untuk memudahkan ibu bapa membuat cetakan untuk pendaftaran.
Jadi, bagi ibu bapa yang dah lupa dekat mana slip penempatan Tahun 1 untuk pendaftaran sekolah anak ini, jangan lupa buat semakan dan war-warkan juga pada ibu bapa yang lain ya.
Berikut dikongsikan cara semakan penempatan tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2024.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi Tahun 2024
Semakan Penempatan Tahun 1 boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau secara dalam talian. Jika ingin membuat pengesahan secara dalam talian anda boleh teruskan membaca artikel ini. Keptennews akan menerangkan cara untuk anda membuat pengesahan penempatan tahun 1 secara online bagi sesi kemasukan tahun 2024.
Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) haruslah dicapai dengan menggunakan pautan yang telah disediakan. Setelah sistem dicapai, paparan seperti di bawah akan terpapar. Fungsi Modul Akses Sistem (Log Masuk dan Log Keluar) adalah untuk pengguna yang mempunyai akaun idMe dibenarkan untuk log masuk ke dalam sistem dan dibenarkan untuk log keluar jika tidak menggunakan sistem ini
NOTA:
Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.
Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
Cara Semakan Pengesahan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024
Proses pengesahan dan Semakan Penempatan Tahun 1 2024 boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:
Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.
- Layari laman web https://idme.moe.gov.my/login
- Tekan butang Log masuk
- Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
- Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
TINDAKAN IBU BAPA
Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.
Perakuan Penempatan
Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
Dapatkan voucher dan pelbagai barangan Jualan Rahmah untuk membantu anda berjimat setiap bulan. Di SINI
Permohonan Rayuan Penempatan Tahun 1
Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi Semakan Penempatan Tahun 1 yang diterima, anda boleh membuat rayuan setelah permohonan rayuan di buka.
sila rujuk panduan di bawah:
- Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
- Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
- Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
- Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
TINDAKAN PIHAK SEKOLAH
MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
Terlupa Kata Laluan Semakan Penempatan Tahun 1 2024
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa? Ikuti langkah dibawah:
- Klik Lupa Kata Laluan jika terlupa kata laluan
- Masukkan alamat emel yang sah dimedan yang disediakan
- Masukkan captcha bertulis dimedan yang disediakan dan klik butang Hantar Tetapan
- Berjaya mendapat pengesahan lupa kata laluan diemel pengguna dan klik pada butang Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna
- Masukkan maklumat emel,no kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan
- Masukkan captcha bertulis dimedan yang disediakan dan klik butang Menetapkan Semula Kata laluan untuk tukar kata laluan yang baru
Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)
Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) ini disediakan bagi tujuan mendapatkan maklumat semata dan tidak harus bergantung sepenuhnya untuk ketepatan. Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kerugian di atas penggunaan maklumat dari sistem ini.
Cara Pendaftaran Online Penempatan Tahun 1
Jika anda masih belum membuat pendaftaran kemasukan tahun 1 sesi 2023/2024 untuk anak anda pendaftaran masih lagi dibuka. Ikuti langkah berikut untuk Cara Daftar Tahun 1 2023/2024 adalah seperti berikut:
- Pergi portal Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) https://idme.moe.gov.my/login
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status Semakan Penempatan Tahun 1 2024 murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Maklumat Lanjut Semakan Penempatan Tahun 1
Segala pertanyaan mengenai Semakan Penempatan Tahun 1 dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
Emel : supportidMe@moe.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara Semakan Penempatan Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2024 ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com