Bayar Pinjaman Mara Online:Cara Bayar Loan MARA

Bayar Pinjaman Mara Online:Cara Bayar Loan MARA

Bayar Pinjaman Mara Online:Cara Bayar Loan MARA

CARA BAYAR PINJAMAN MARA ONLINE(Bayar Loan MARA)

Berikut dikongsikan cara untuk anda bayar balik pinjaman MARA secara online melalui perbankkan internet dan JomPAY.

Cara bayar pinjaman MARA online ini dapat memudahkan para peminjam yang ingin membayar pinjaman mereka dengan hanya menggunakan perbankan internet dan juga JomPay yang dilihat sangat membantu mereka tanpa perlu ke kaunter unuk membuat pembayaran setiap bulan.

Diharapkan artikel Bayar Pinjaman Mara Online ini dapat membantu memudahkan urusan anda.

Artikel lain: Permohonan Pengurangan Bayaran Pinjaman Pelajaran MARA Melalui eConversion

Cara Bayar Balik Pinjaman MARA Secara General

1. Semak Baki Pinjaman Yang Perlu Dibayar dan Jadual Bayaran Balik

Sebagai peminjam MARA, anda pasti akan menerima email dan/atau surat daripada MARA tentang jumlah hutang yang perlu dibayar untuk bulan tersebut.

Email yang dihantar adalah daripada: DB Administrator <[email protected]>. (Anda boleh search di email anda)

Anda juga boleh merujuk Jadual Bayaran Balik serta penyata terkini pinjaman di website Sistem E-Baki yang dibina oleh MARA: http://apps.mara.gov.my/ebakiv2

Untuk memudahkan anda menyemak baki pinjaman baca: Semak Baki Pinjaman MARA Online eBAKI:Semak Penyata & Mohon Pengurangan Bayaran

2. Pilih Perbankan Internet Pilihan

Bayaran balik pinjaman MARA boleh dibuat melalui kemudahan bank-bank berikut:

  • Bank Islam: https://www.bankislam.biz/ *charge RM 1.00
  • Maybank: https://www.maybank2u.com.my/ *charge RM 1.00
  • CIMB: https://www.cimbclicks.com.my/ *charge RM 0.50
  • Bank Rakyat: https://www2.irakyat.com.my/ *charge RM 0.50
  • Ambank Group: https://ambank.amonline.com.my/ *charge RM 1.00
  • Public Bank: https://www2.pbebank.com/ *charge RM 1.00
  • RHB: https://logon.rhb.com.my/ *charge RM 1.00
  • AffinBank: https://rib.affinonline.com/rib/pb/logon *charge PERCUMA
  • JomPAY *charge PERCUMA

3. Login ke Online Bank & Pilih Pay

Setelah login ke perbankan internet plihan anda, tekan pada “Pay”. Pilih Majlis Amanah Rakyat (MARA).

4. Masukkan Details Anda

Di ruang bayaran, masukkan details anda seperti berikut:

  • No Akaun MARA – Nombor ini boleh didadapati di email/surat yang dihantar oleh MARA
  • No Kad Pengenalan
  • Jumlah yang ingin dibayar – Jumlah ini boleh didapati melalui portal Jadual Bayar Balik Bayaran seperti di Langkah 1

5. Selesaikan Pembayaran

Step ini bergantung kepada perbankan internet pilihan anda.

Kebiasaanya, anda perlu klik “Proceed to Payment”, masukkan nombor TAC, dan selesai.

Note: Di bawah ini kami tunjukkan contoh pembayaran JomPAY secara general. Kemudian contoh pembayaran JomPAY melalui Maybank. Ini adalah kerana tiada charge dikenakan jika anda menggunakan JomPAY.

Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap

Cara Bayar Balik Pinjaman MARA Melalui JomPAY

Berikut adalah cara bagaimana anda ingin membayar balik pinjaman MARA melalui JomPay secara asas ataupun general.

1. Login ke perbankan internet pilihan anda

2. Pilih “Pay” dan pilih “JomPay”

3. Masukkan Details Seperti Di Bawah

  • Biller Code: 7195
  • Ref-1: <Nombor akaun MARA anda>
  • Ref-2: <Nombor Kad Pengenalan anda> Bayar Pinjaman Mara Online

Cara Bayar Balik Pinjaman Melalui JomPAY MayBank2u

Berikut adalah cara bagaimana anda ingin membayar balik pinjaman MARA melalui JomPay melalui aplikasi Maybak2u.

1. Login ke MayBank2u

2. Klik “Pay & Transfer”

3. Pada section “Pay To”, pilih JomPAY

4. Masukkan nombor JomPAY: 7195 dan tekan “Enter”

5. Masukkan Details Anda

  • Pada Ref-1, masukkan nombor akaun MARA anda. Nombor ini boleh didapati melalui email atau surat yang dihantar oleh MARA.
  • Pada Ref-2, masukkan nombor IC anda.
  • Pada Pay Amount, masukkan jumlah yang perlu dibayar berdasarkan Jadual Bayaran Balik yang disediakan oleh Mara.
  • Pada Effective Date, ianya dimasukkan secara automatik oleh perbankan internet anda. Pilih tarikh hari yang ingin dibayar.
  • Tick pada “I hereby agree to the Terms and Conditions.”

6. Request TAC

7. Masukkan nombor TAC yang dihantar ke handphone anda dan selesai! Bayar Pinjaman Mara Online

Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang cara untuk anda bayar balik pinjaman MARA secara online anda boleh hubungi pejabat MARA di:https://www.mara.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkogsian tentang cara untuk anda bayar balik pinjaman MARA ini memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman secara online insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment