Semak Baki Pinjaman MARA Online eBAKI:Semak Penyata & Mohon Pengurangan Bayaran
Semak Baki Pinjaman MARA Online eBAKI diperkenalkan bagi memudahkan para peminjam pelajaran MARA menyemak atau mendapatkan penyata baki pinjaman mereka.
Makluman kepada pelajar institusi pengajian tinggi dalam mahupun luar negara yang layak mendapat pinjaman daripada Majils Amanah Rakyat (MARA). Sebuah sistem atas talian atau Online telah dibangunkan bagi tujuan semak baki pinjaman biasiswa, pinjaman pelajaran, pinjaman komputer, Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA serta penyata bagi tahun semasa.
Anda boleh mengakses sistem semak baki pinjaman MARA tersebut dengan melihat panduan log masuk Semak Baki Pinjaman MARA seperti di bawah.
MARA merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membangunkan golongan bumiputera dalam negara. Salah satu inisiatif yang diusahakan adalah menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran yang berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
Bermula daripada peringkat persediaan Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat pengajian Doktor Falsafah di institusi pengajian tinggi dalam negara ataupun luar negara tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA.
Ketahui Juga:Cara Cetak Slip Keputusan SPM Penuh 2020
Baca Juga:Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
Cara Semak Baki Pinjaman MARA Secara Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan eBaki semak Baki Pinjaman MARA Online sebagai rujukan untuk semua. Bagi pengguna pertama kali anda prlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapat ID pengguna dan password sebelum anda boleh log masuk ke portal semak baki pinjaman MARA.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam
Semakan Baki Pinjaman MARA eBaki
Pemohon Semak Baki Pinjaman MARA boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk menyemak baki pinjaman MARA anda serta kemudahan lain yang disediakan dalam sistem eBaki:
1. Layari Portal eBaki MARA
2. Klik pada pautan “Pengguna Baru”
3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda
4. Setelah mendaftar Semak Baki Pinjaman MARA, log masuk pada halaman utama Portal eBaki MARA menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan
5. Jika anda ingin memohon moratorium klik: https://emoratorium.mara.gov.my
6. Untuk membuat bayaran anda boleh layari https://bayar.maraeps.my
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Soalan Lazim eBaki
Anda boleh merujuk soalan lazim yang dikongsikan di bawah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan:
1.Soalan: saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi ia hanya elauan untuk 6 bulan sahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang selebihnya?
Jawapan: Elaun pertama dijana memang ditetapkan pada kadar 6 bulan pertama tempoh tajaan. Elaun selebihnya sehingga tempoh semasa akan dijana pada hujung bulan berikutnya.
2. Soalan: Saya masih menerima elaun melalui cek. Saya ingin pembayaran terus ke akaun bank
Jawapan: Sila emelkan salinan buku bank/ online banking/ penyata bank yang mempunyai maklumat nama dan no. akaun bank kepada Bahagian Kewangan MARA: infobkw@mara.gov.my/ noraziah@mara.gov.my
3. Soalan: Bolehkah saya menggunakan akaun bank pihak ketiga bagi tujuan pembayaran elaun MARA saya?
Jawapan: Pelajar tidak dibenarkan menggunakan akaun bank pihak ketiga. Pelajar hendaklah menggunakan nombor akaun bank sendiri agar data bayaran tidak ditolak oleh Bank.
4. Soalan: Saya menerima amaun yuran (DLYD) di akaun bank saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Jawapan: Bermula 1 September 2016, pembayaran yuran (DLYD) adalah terus kepada akaun bank bagi kumpulan pelajar tajaan MARA di IPTA, Sarjana, Doktor Falsafah dan Professional ACCA. Adalah menjadi tanggung jawab setiap pelajar membuat pembayaran yuran kepada institusi pengajian masing-masing.
5. Soalan: Saya lihat di e-Baki Semak Baki Pinjaman MARA ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya RM4,200 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,600 (kurang RM600)?
Jawapan: Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik Pinjaman Pendahuluan MARA yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100 sebulan. Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan, maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan). Potongan RM100 akan terus berjalan sehingga habis baki Pinjaman Pendahuluan MARA.
Buka pautan di bawah bagi mendapatkan soalan-soalan lazim yang disediakan oleh MARA berkaitan Semak Baki Pinjaman MARA:
Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021
eConversion Permohonan Pengurangan Pinjaman
Selain daripada menyemak baki pinjaman, sistem eBaki juga mempunyai pautan kepada sistem eConversion yang berperanan sebagai sistem permohonan pengurangan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA.
Pemohon hanya layak membuat satu permohonan sahaja dan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA. Selain itu, pemohon perlu membayar komitmen sebanyak RM300 semasa membuat permohonan.
Pemohon hanya perlu menggunakan akses eBaki iaitu ID pengguna dan kata laluan yang sama untuk log masuk sistem eConversion dan membuat permohonan pengurangan baki pinjaman MARA.
Maklumat lanjut berkaiatan eConversion sistem permohonan pengurangan bayaran balik Pinjaman adalah seperti berikut:
1. Untuk syarat-syarat permohonan, sila rujuk Syarat Pengurangan Pinjaman Pelajaran (Conversion)
2. Pastikan maklumat diisi dengan lengkap dan sempurna sebelum hantar. Sila rujuk Panduan Pengguna
3. Hanya 1 permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap Pemohon. Pastikan maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap.
4. Pastikan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA.
5. Permohonan Pengurangan Pinjaman akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu.
6. Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang Pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 Tahun atau didenda RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.
7. Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA boleh dibuat melalui pengeluaran caruman KWSP – sila layari web rasmi KWSP.
8. Berikut adalah Soalan Lazim yang berkaitan dengan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA.
9. Pengguna disarankan menggunakan pelayaran Internet Explorer dan Microsoft Edge untuk mendapatkan paparan yang terbaik.
Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anda menghadapi masalah berkaitan eBaki Semak Baki Pinjaman MARA Online, sila rujuk:
2 Nombor Telefon MARA call centre: 03-2613 2000 samb. 35082/ 35084/ 35085/ 35086
2. Bahagian Penganjuran Pelajaran: 03-2613 2000 samb. 32060/ 32056/ 32063/
32087/ 32071
3. Bahagian Kawalan Kredit: 03-2613 2000 samb. 32286/ 32131/ 32288/ 32133/
32178/ 32399/ 32397
4. Bahagian Undang-Undang: 03-2613 2000 samb. 34102/ 34120/ 34104
5. Bahagian Teknologi Maklumat: 03-2613 2000 samb. 32390/ 32391/ 32386/ 32389
Terima kasih. Semoga perkogsian tentang Semak Baki Pinjaman MARA Online eBAKI ini memudahkan anda untuk Semak Baki Pinjaman MARA dan memohon pengurangan bayaran jika anda layak anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com