Cara Daftar Lalamove: Hantar Barang,Menjadi Rider/Driver Di Malaysia
CARA DAFTAR LALAMOVE
Kini, sesiapa saja boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran dengan memasukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, memilih kenderaan yang sesuai dan mendapatkan khidmat rakan penghantar yang paling hampir dengan lokasi pengguna.
Lalamove merupakan penyedia servis penghantaran barangan pada hari yang sama dengan hanya beberapa langkah mudah.
Sehingga kini, Lalamove turut digunakan untuk pelbagai jenis segmen pelanggan antaranya restoran, kedai tradisional dan syarikat e-dagang.
Bagi yang berminat untuk daftar Lalamove dan berminat untuk menjana pendapatan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa, teruskan bacaan.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online ByrHASIL Mytax
Latar Belakang Lalamove
Kecewa dengan pengalaman menghubungi talian untuk menempah kenderaan penghantaran dan kekurangan ketelusan dengan harga perkhidmatan, sekumpulan usahawan telah bekerjasama untuk mencipta penyelesaian digital yang memudahkan penghantaran.
Lalamove lahir dari aspirasi untuk memudahkan penghantaran on-demand dengan hanya beberapa langkah mudah dari telefon mudah alih. Hanya dari satu aplikasi yang ringkas, pengguna boleh dihubungkan dengan flit penghantaran pelbagai jenis kenderaan yang dipandu oleh penghantar-penghantar yang terlatih.
Kini, sesiapa saja boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran dengan memasukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, memilih kenderaan yang sesuai dan mendapatkan khidmat rakan penghantar yang paling hampir dengan lokasi pengguna.
Jejaki proses penghantaran dari mula hinggalah selesai, gunakan pilihan pembayaran secara digital dan lihat rekod semua aktiviti di satu aplikasi.
Lalamove telah menjadi rakan strategik penghantaran jarak terakhir untuk perniagaan pelbagai saiz. Dari kedai tradisional, restoran, dan syarikat e-dagang, Lalamove boleh membantu perniagaan dari pelbagai industri untuk menskalakan penghantaran berdasarkan keperluan mereka.
Artikel Lain: MyTax:Cara Semak Status Tunggakan Cukai LHDN & Sekatan Perjalanan
Kelebihan Hantar Barang Dengan Lalamove
Barang apa yang boleh dihantar?
Contoh barang-barang yang boleh anda hantar menggunakan Lalamove adalah:
- Barang-barang kecil
- Barang-barang besar
- Barang-barang berharga & mudah pecah
- Makanan & barang runcit
Antara kelebihan membuat tempahan penghantaran dengan Lalamove adalah:
- Bersedia untuk anda, bila-bila masa – Dapatkan padanan dengan penghantar dalam beberapa saat
- Rakan penghantar profesional – Kepuasan dijamin dengan rakan-rakan penghantar yang terlatih
- Harga yang berpatutan – Dapatkan penghantaran pantas serendah RM4 dengan motosikal. Buat penghantaran yang lebih besar dengan lori 1-tan dari RM60
- Perkhidmatan tambahan – Lebih dari sekadar penghantaran satu hala, pilih penghantaran pelbagai perhentian, penghantaran ulang-alik, atau pembantu berpindah untuk kemudahan anda
- Lalamove beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Buka saja aplikasi Lalamove pada bila-bila masa untuk memesan penghantaran on-demand atau berjadual.
Baca Juga: Semak Penyata Pencen Online (JPA Pencen)
Cara Daftar Lalamove Sebagai Pengguna & Menempah Penghantaran
Langkah menempah penghantaran adalah mengikut cara berikut:
1.MUAT TURUN APLIKASI LALAMOVE
2.TETAPKAN LOKASI PENGHANTARAN
Masukkan alamat pengambilan dan destinasi penghantaran anda. Anda boleh tetapkan sebanyak 20 destinasi dalam satu penghantaran. Buat penghantaran segera atau aturkan penghantaran seawal 30 hari.
3.PILIH JENIS KENDERAAN
Pilih kenderaan penghantaran mengikut keperluan anda, sama ada motosikal, kereta, 4 x 4, van atau lori
4.SAHKAN PENGHANTARAN ANDA
Masukkan catatan untuk rakan penghantar anda. Pilih kaedah pembayaran dan gunakan kupon, jika ada. Sahkan pesanan anda
5.JEJAKI PESANAN DI MASA NYATA
Tiada kerisauan dengan penjejakan GPS untuk penghantaran anda
Harga Penghantaran Lalamove
Setiap pesanan dikira berdasarkan keperluan anda untuk pesanan tersebut, seperti jenis kenderaan, perkhidmatan tambahan, dan jarak dari lokasi pengambilan ke lokasi penghantaran.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai kadar penghantaran Lalamove.
Kriteria Daftar Sebagai Rider / Driver Lalamove
Berminat untuk daftar Lalamove sebagai rider dan jana pendapatan harian anda?
Lalamove sangat teliti dalam menapis permohonan sebagai rider/driver mereka bagi memastikan kualiti servisnya kepada para pelanggannya.
Sekiranya anda berminat untuk daftar Lalamove sebagai rider atau driver, pastikan anda memenuhi syarat-syarat asas yang berikut:
- Memiliki kenderaan – Memiliki motosikal/kereta/van/4 x 4/lori 1-tan/lori 3-tan
- Umur dan lesen – Berumur 18 tahun ke atas dengan lesen memandu yang sah. Penghantar van dan lori perlu mempunyai lesen GDL
- Memiliki telefon pintar – Dengan iOS 11 dan ke atas, Android 6.0 dan ke atas
Cara Daftar Sebagai Rider / Driver Lalamove
Sekiranya anda memenuhi syarat minimum yang dinyatakan di atas, anda boleh teruskan permohonan anda dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:
- Layari laman rasmi Lalamove di alamat https://www.lalamove.com/ms-my/driver
- Klik butang “Daftar” pada halaman tersebut
- Isikan maklumat anda
- Anda akan diwajibkan untuk mengikuti Latihan Maya
- Untuk mengaktifkan akaun anda, anda perlu lulus Latihan Maya yang diberikan
- Markah minimum untuk latihan tersebut ialah 28 dan anda mempunyai 3 kali percubaan.
- Jika anda gagal dalam ketiga-tiga percubaan, anda perlu menghubungi Admin Operasi Pemandu di 011-25387688 atau 017-2617688 untuk membantu dengan permohonan anda.
- Untuk info lanjut, sila layari pautan https://www.lalamove.com/careers
Cara Daftar Lalamove Driver Malaysia (Register Online di lalamove.com)
Kalau anda ada kereta sendiri, anda boleh jadi Lalamove driver yang buat kerja-kerja delivery. Izinkan kami kongsi cara daftar Lalamove driver yang ringkas. Setidak-tidaknya boleh dijadikan panduan untuk tambah pendapatan.
1. Syarat dan kelayakan jadi Lalamove driver
Keperluan untuk menjadi pemandu atau driver Lalamove:
- Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen P dibenarkan)
- Warganegara Malaysia (pendatang asing dengan kad pengenalan Permanent Resident (PR) tidak dibenarkan)
- Mempunyai kenderaan sendiri.
2. Cara daftar Lalamove driver
Jika anda mempunyai kereta, berikut ialah cara daftar sebagai driver Lalamove:
- Layari laman web rasmi Lalamove driver di sini: https://www.lalamove.com/en-my/driver
- Masukkan nombor telefon anda di ruangan Mobile number
- Tekan butang Get Started
- Anda akan menerima 4-digit code melalui SMS di telefon bimbit anda
- Di ruangan Verify phone number, masukan 4-digit code tadi
- Jika ada masalah untuk menerima SMS, klik Call me instead
- Sekiranya semua berjalan lancar, anda akan dibawa ke Step 1, iaitu bahagian Create your account
- Masukkan Basic information seperti dipinta:
- Name (as shown on ID)
- Driving information
- Kuala Lumpur
- Penang
- Johor Bahru
- Pilih Vehicle type:
- Motorcycle All Type
- Car All Type
- Pickup Truck 4×4
- Lorry 10-ft
- Tick I agree
- Seterusnya, anda akan dibawa ke Step 2, iaitu bahagian Tell us about yourself
- Masukkan maklumat Tell us about yourself seperti dipinta:
- IC No
- Date of Birth
- Driver License Expiry
- Tekan butang Next
- Seterusnya, anda akan dibawa ke Step 3, iaitu bahagian Add vehicle information
- Masukkan maklumat Add vehicle information seperti dipinta:
- Vehicle Brand
- Vehicle Model
- Vehicle Plate Number
- Tekan butang Next
- Sekarang, anda akan dibawa ke Lalamove Virtual Training
3. Cara lulus ujian Lalamove Virtual Training
Selepas anda mengisi borang yang disediakan tadi, ia masih lagi belum selesai.
Anda diwajibkan untuk mengikuti Virtual Training dengan menonton video yang disediakan. Sila ambil perhatian bahawa anda mesti menjawab soalan dan diwajibkan lulus Virtual Training ini sebelum akaun anda diaktifkan.
Anda perlu mendapat 70% untuk lulus. Markah minimum ialah 28 dan anda hanya diberikan 3 kali peluang untuk mencuba. Fahamkan apa yang diajar dan jawab elok-elok.
Jangan sesekali skip video training. Lalamove kata, ujian ini mengambil masa lebih kurang 4 minit sahaja. Pada kami, ia lebih lama iaitu dalam 10-20 minit.
Tekan butang Start untuk mulakan latihan.
Harga Perkhidmatan Penghantaran Lalamove
Harga dikira berdasarkan jarak dari lokasi pengambilan ke penghantaran dan juga jenis kenderaan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat “Standard Bayaran” dalam aplikasi.
Kelebihan Menggunakan Khidmat Lalamove
Adakah anda berminat untuk daftar Lalamove sebagai rider atau driver?
Sebelum itu, mari ketahui beberapa kelebihan mendaftar dengan Lalamove terlebih dahulu seperti yang berikut:
- Kebebasan dan fleksibiliti masa bekerja
- Jana pendapatan sampingan
- Tentukan hala tuju anda sendiri
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan cara daftar lalamove menjadi rider atau menggunakan khidmat lalamove untuk menghantar barang layari: https://www.lalamove.com/ atau hubungi:
Ibu Pejabat
No 32, Jalan 16/1, Seksyen 16,
46350 Petaling Jaya, Selangor
Pejabat Penghantar Lalamove
Bumi Bukit Jalil, No 2-1, Jalan Jalil 1,
Lebuhraya Bukit Jalil, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur
Maklumat lanjut Lalamove driver
Sekiranya anda gagal sebanyak 3 kali ujian semasa Virtual Training, anda perlu hubungi Driver Operation Admin di talian 011-25387688 atau 017-2617688. Mereka akan membantu proses registration.
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Cara Daftar Lalamove ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove Cara Daftar Lalamove