E-Lembaga Peperiksaan:Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan & Semak Semula Status Exam
E-Lembaga peperiksaan ialah satu portal yang dibangunkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk memudahkan calon peperiksaan sama ada untuk mendapatkan semula slip peperiksaan yang hilang ataupun boleh juga menyemak semula keputusan peperiksaan. Berikut merupakan perkongsian serba sedikit maklumat berkenaan portal e-Lembaga Peperiksaan
Panduan login e-Lembaga Peperiksaan buat mereka yang kehilangan sijil atau ingin membuat terjemahan kepada sijil-sijil peperiksaan di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan (LP). Bermula 1 Februari 2021, permohonan salinan keputusan dan terjemahan boleh dibuat secara atas talian melalui portal dan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan. Pemohon tidak perlu lagi ke pejabat yang berkenaan kerana perkhidmatan salinan keputusan, terjemahan, semak semula dan semak keputusan boleh dilakukan secara atas talian e-Lembaga Peperiksaan dan poskan keputusan tersebut.
Aplikasi ini merangkumi dua (2) modul utama iaitu Modul Penataraan Maklumat di mana ia menjadi medium penyampaian maklumat berkaitan peperiksaan di bawah kendalian LP kepada calon dan orang ramai. Modul kedua adalah Modul Semakan Keputusan Peperiksaan membolehkan pengguna membuat semakan keputusan peperiksaan awam kendalian LP pada tempoh yang ditetapkan.
Baca Juga: Contoh Soalan MUET:Soalan & Jawapan MUET Terkini Speaking Reading Listening & Writing
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
E-Lembaga Peperiksaan : Salinan Keputusan & Terjemahan
Berikut adalah informasi berkaitan Portal E-Lembaga Peperiksaan dan Aplikasi Mudah Alih Lembaga Peperiksaan sebagai panduan untuk calon peperiksaan, pegawai peperiksaan dan orang ramai.
Terdapat dua kaedah untuk menggunakan sistem E-Lembaga Peperiksaan yang dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan bagi menyemak atau mendapatkan salinan sijil peperiksaan anda.
Kaedah pertama adalah melalui laman web E-Lembaga Peperiksaan apabila menggunakan komputer atau komputer riba manakala kaedah kedua adalah melalui aplikasi di telefon pintar atau tablet.
Pautan kaedah tersebut adalah seperti berikut:
2. Muat turun aplikasi di Google Playstoredan Apple AppStore (akan dikemaskini)
- Pengguna ELembaga Peperiksaan adalah disarankan untuk mengemaskini versi terkini aplikasi eLP (versi 3.0.2) di peranti masing-masing
Untuk mengetahui biasiswa lain kerajaan Malaysia baca di:Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini 2021/2022 Malaysia.
Perkhidmatan Portal E-Lembaga Peperiksaan
Perkhidmatan yang disediakan melalui Portal E-Lembaga Peperiksaan / Aplikasi Mudah Alih elp adalah seperti berikut.
- Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan (Salinan Result)
- Sijil peperiksaan (hilang san sebagainya) yang boleh dituntut adalah:-
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
- Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Malaysia Certificate of Education (MCE)
- Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
- Lower Certificate of Education (LCE)
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Cara Mendapatkan Sijil Peperiksaan Yang Hilang Online
Ikuti langkah-langkah membuat permohonan sijil peperiksaan E-Lembaga Peperiksaan seperti berikut:-
1. Layari laman web atau masuk ke dalam aplikasi yang telah dimuat turun
2. Pilih bahagian Perkhidmatan
3. Klik pada bahagian Salinan Keputusan
4. Seterusnya pilih jenis peperiksaan yang anda ingin mohon
5. Isi nombor kad pengenalan dan klik Papar Borang Permohonan
6. Jika maklumat pemohon dipaparkan adalah betul, pilih penghantaran salinan melalui pos
7. Klik pada kotak pengesahan dan perakuan pemohon dan klik Mohon
Baca Juga:Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
Jumlah Bayaran Permohonan Sijil Peperiksaan
Untuk makluman, setiap tuntutan sijil peperiksaan E-Lembaga Peperiksaan yang baharu akan dikenakan bayran sebanyak RM30 dan kos penghantaran sebanyak RM10.
Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021
Permohonan Terjemahan Sijil E-Lembaga Peperiksaan
Kepada anda yang ingin membuat terjemahan sijil bagi memohon kerja atau menyambung pelajaran di luar negara, sila ikuti langkah-langkah E-Lembaga Peperiksaan seperti berikut:
1. Buka laman web e-lembaga peperiksaan atau aplikasi elp yang telah dimuat turun
2. Seterusnya klik bahagian Perkhidmatan
3. Pilih sijil yang anda ingin terjemah (SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP, LCE)
4. Masukkan nombor kad pengenalan
5. Isi maklumat seperti alamat, emel dan nombor telefon anda
6. Jika butiran permohonan adalah betul, pilih penghantaran salinan melalui pos
7. Klik pada kotak pengesahan dan perakuan kemudian klik Mohon
8. Anda kemudian akan dibawa ke perbankan online untuk membuat pembayaran pada kadar yang sama seperti permohonan sijil peperiksaan.
Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
Semak Semula Keputusan Peperiksaan
Perkhidmatan lain yang disediakan ELembaga Peperiksaan adalah untuk menyemak semula keputusan SPM berdasarkan pilihan subjek.
Cara-caranya adalah seperti di bawah:
1. Pada menu perkhidmatan di laman web atau aplikasi elp, pilih bahagian Semak Semula
2. Kemudian klik SPM (semak semula)
3. Isikan maklumat peribadi calon seperti nombor kad pengenalan dan angka giliran
4. Seterusnya klik Papar Pilihan Subjek
5. Pilih subjek yang anda ingin semak semula dan terus kepada pembayaran
6. Kadar bayaran adalah sama untuk setiap subjek.
Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
Semak Status Permohonan
Pengguna yang telah menggunakan salah satu perkhidmatan ELembaga Peperiksaan di atas boleh membuat semakan secara atas talian di menu pada paparan uatama aplikasi.
Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda menghadapi masalah berkaitanE-Lembaga Peperiksaan, sila rujuk E-Lembaga Peperiksaan di:
- No. Tel : 03-8884 3785/3787
- Emel : khidmatbantu.lp@moe.gov.my
- Pautan Aduan
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang E-Lembaga Peperiksaan ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com