Contoh Soalan MUET:Soalan & Jawapan MUET Terkini Speaking Reading Listening & Writing

Contoh Soalan MUET:Soalan & Jawapan MUET Terkini Speaking Reading Listening & Writing

Contoh soalan MUET ini sebagai panduan buat calon-calon yang akan menduduki Malaysian University English Test (MUET) 2021. Adakah anda telah membuat persiapan untuk menghadapi ujian yang merupakan prasyarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengajian ijazah pertama? Berikut dikongsikan contoh-contoh Soalan MUET Listening, Reading, Writing dan Speaking (muet past year question papers) sebagai panduan kepada calon untuk lulus dengan markah yang cemerlang. contoh soalan MUET

Bagi mereka yang terlepas ujian MUET tahun lepas baca: Muet Gantian 2021:Permohonan Menduduki MUET/CEFRR 2021

Ujian MUET lazimnya akan dilaksanakan sebanyak 3 sesi dalam setahun iaitu sesi 1, 2 & 3. Tetapi terdapat juga MUET On Demand di mana pelajar yang tidak dapat mengikuti sesi MUET yang telah ditetapkan untuk mengambil peperiksaan pada masa tertentu. Oleh itu, pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan MUET dengan mengikuti laman rasmi Majlis Peperiksaaan Malaysia (MPM) yang merupakan pengelola peperiksaaan MUET.

Untuk mengetahui biasiswa lain kerajaan Malaysia baca di:Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini 2021/2022 Malaysia.

pengenalan MUET

Baca Juga:Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK

Contoh Soalan & Jawapan MUET : Ujian Listening, Reading, Writing Dan Speaking

Di bawah adalah format dan contoh-contoh soalan dan jawapan MUET Listening, Reading, Writing & Speaking. contoh soalan MUET

Untuk makluman, kempat-empat ujian ini memberi jumlah markah keseluruhan sebanyak 300 markah. Justeru, pelajar sewajarnya tahu ujian yang menyumbangkan markah yang banyak supaya mendapat Band atau markah yang cemerlang.

Infon MUET 2021 tarikh dan harga yuran muet

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Format Ujian MUET

Perincian format ujian yang perlu diambil oleh calon adalah seperti berikut:

1. Format Ujian Pendengaran MUET (Listening Test) :

  • 45 markah
  • 30 minit
  • 20 soalan

2. Format Ujian Pemahaman MUET (Reading Test):

  • 120 markah
  • 90 minit
  • 45 soalan dan jawapan berbentuk objektif

3. Format Ujian Lisan MUET (Speaking Test):

  • 45 markah
  • 30 minit
  • 4 calon dalam satu kumpulan
  • Dua bahagian iaitu Individual Presentation dan Group Discussion

4. Ujian Penulisan MUET (Writing Test):

  • 90 markah
  • 90 minit
  • Dua bahagian iaitu Report Writing (40 markah) dan Extended Writing (60 markah)

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Pecahan ujian MUET

Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan

Panduan Pemarkahan Ujian MUET

Sebagai panduan untuk calon, pemarkahan MUET ditetapkan mengikut Band seperti berikut:

  • Band 6 : 260-300 markah
  • Band 5 : 220-259 markah
  • Band 4 : 180-219 markah
  • Band 3 : 140-179 markah
  • Band 2 : 100-139 markah
  • Band 1 : 100 dan ke bawah

Dengan panduan ini, diharapkan pelajar dapat memberikan fokus kepada ujian yang menyumbangkan markah yang banyak supaya mendapat Band yang tinggi dan cemerlang.

Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

Contoh Soalan & Jawapan MUET Past Year Question Papers

Calon boleh merujuk koleksi contoh soalan MUET di bawah sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan MUET:

i) Contoh Soalan & Jawapan MUET Listening Test

ii) Contoh Soalan & Jawapan MUET Reading Test

iii) Contoh Soalan & Jawapan MUET Speaking Test

iv) Contoh Soalan & Jawapan MUET Writing Test

panduan lengkap MUET

Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon

Tips Menghadapi Peperiksaan MUET

Buat calon yang bakal menduduki peperiksaan MUET, berikut dikongsikan beberapa tips yang dapat digunakan untuk menghadapi Listening, Speaking, Reading dan juga Writing Test:

Tips Menghadapi Peperiksaan Reading Test MUET

Sudah tentu untuk menjawab Reading Test iaitu ujian membaca dengan mudah, calon harus banyak membaca. Perbanyakkan sumber bahan bacaan tidak kira pengetahuan am atau fakta, novel atau suratkhabar, malah apa-apa jenis bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris pun dapat membantu calon ketika ujian. Hal ini kerana semakin banyak membaca, semakin banyak kosa kata yang dapat dikuasai sekaligus membolehkan seseorang itu untuk membina struktur ayat yang baik tanpa kesilapan tatabahasa

Tips Menghadapi Peperiksaan Listening Test MUET

Selalunya ketika bakal menghadapi peperiksaan, para pelajar perlu fokus mengulangkaji dan mengurangkan tontonan televisyen. Namun begitu, untuk menduduki Listening Test (ujian mendengar) MUET, mengulangkaji pelajaran sambil menonton televisyen atau mendengar radio adalah digalakkan. Cara ini dapat membantu calon melatih kemahiran pendengaran mereka sambil membuat kesimpulan daripada apa yang mereka dengar atau tonton

Tips Menghadapi Peperiksaan Speaking Test MUET

Menduduki Speaking Test adalah mencabar bagi para pelajar Malaysia. Hal ini kerana majoriti rakyat Malaysia tidak menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan seharian mereka. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini calon boleh perbanyakkan bercakap dalam Bahasa Inggeris antara satu sama lain walaupun menggunakan perkataan yang mudah, asalkan poin atau mesej yang ingin disampaikan itu difahami dengan jelas. Jadikan pertuturan dalam Bahasa Inggeris sebagai budaya supaya tidak kekok semasa ujian lisan nanti

Tips Menghadapi Peperiksaan Writing Test MUET

Antara persediaan terbaik yang dapat dilakukan oleh calon untuk menduduki Writing Test adalah dengan menjawab contoh soalan-soalan peperiksaan MUET yang lalu. Pelajar boleh melatih diri menulis jawapan dalam tempoh masa yang ditetapkan selain membiasakan diri dengan format dan corak soalan. Latihan yang berterusan dapat membantu calon mencurahkan idea, pandangan, serta komen dengan lebih bernas dalam tempoh masa yang terhad.

Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang contoh soalan dan jawapan ujian MUET idapat memberikan manfaat kepada semua khususnya calon-calon MUET. Semoga anda lulus dengan cemerlang dan berjaya mendapatkan tempat di IPTA atau Universiti Awam yang diinginkan. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment