MUET On Demand 2022:Pendaftaran & Semakan Keputusan

MUET On Demand 2022:Pendaftaran & Semakan Keputusan

MUET On Demand (MoD) 2022 : Cara Pendaftaran & Semakan Keputusan

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), kini menawarkan Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang mula diperkenalkan bermula bulan April 2018.

Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET_on Demand (MoD) buat panduan pelajar.

Cara daftar MUET online serta jadual tarikh peperiksaan MUET ini dikongsikan bagi memudahkan calon yang akan mengambil peperiksaan MUET menyemak dan juga mendaftar. Cara daftar MUET boleh dilakukan secara online melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Perhatian buat calon yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET, pendaftaran MUET online kini boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tujuan MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan MUET On Demand 2022 Jadual peperiksaan serta cara pendaftaran MUET On Demand 2022.

Baca Juga: Contoh Soalan MUET:Soalan & Jawapan MUET Terkini Speaking Reading Listening & Writing

Apakah MUET On Demand (MoD)?

MUET biasa diadakan 3 sesi setahun – Sesi 1,2, dan 3.

Manakala MoD ditawarkan setiap bulan- rujuk kalendar MoD di portal MPM.

Penawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.

Pendaftaran & Yuran Ujian / Bayaran MUET On Demand

Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.

Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.

Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.

Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.

Artikel Berkaitan: Cara Cetak Slip Keputusan Peperiksaan SPM & STPM

Kalendar Muet On Demand (MoD) 2022

Berikut dikongsikan Jadual Waktu terkini dan Kalendar MoD untuk makluman calon-calon yang ingin mendaftar dan bakal menduduki peperiksaan.

Kalendar Muet On Demand (MoD) 2022

Baca juga: Dual Language Programme Malaysia:Pengenalan & Maklumat Penting DLP

Format Peperiksaan

Sila rujuk lampiran di bawah untuk mengetahui format terkini, peraturan dan contoh sampel soalan MUET.

PERATURAN & SPESIFIKASI UJIAN MUET (DIKEMASKINI 27 JANUARI 2021)

SAMPEL SOALAN MUET (DIKEMASKINI 27 JANUARI 2021)

Cara Semakan Keputusan Muet On Demand (MoD) 2022

Semakan keputusan MoD boleh dibuat melalui pautan berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/

Baca Juga: Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD) 2022 , sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia atau terus ke pautan pendaftaran yang berikut: http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register

atau

hubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke [email protected] untuk mengajukan sebarang pertanyaan.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang MUET On Demand 2022 ini memudahkan anda membuat rujukan insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment