Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022

Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022

Bantuan Komputer Riba Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022

Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Bantuan Komputer Riba Laptop Yayasan Negeri Sembilan untuk pelajar bagi tahun 2022 kini dibuka.

Bantuan ini menyasarkan siswa/i daripada golongan B40 dan juga asnaf bagi memudahkan sesi pembelajaran mereka.

Seperti yang kita tahu, komputer riba sudah menjadi keperluan utama bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Ditambah pula dengan mod pembelajaran secara atas talian kini sudah menjadi kelaziman buat para pelajar sejak wabak pandemik melanda negara.

Dengan adanya inisiatif ini, diharap ia dapat membantu meringankan beban para siswa/i dalam mengikuti kelas secara atas talian tanpa mengira tempat.

Baca Juga: Bantuan Musim Tengkujuh:Permohonan BMT RISDA 2022

Syarat Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan

Calon yang berminat untuk memohon Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022 perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Anak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi  telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun  ( sila kemukakan sijil  berhenti sekolah rendah dan menengah)
  • Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan)
  • Pelajar IPTA / POLITEKNIK  yang masih belajar di peringkat pengajian , DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).
  • Pelajar tahun pertama  (1) sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar)
  • Sekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya satu pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.

Artikel Lain: Cara Buat Blog Website Dengan WordPress:Jana Pendapatan Dengan Menulis Blog

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang perlu di muat naik semasa membuat permohonan Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022 adalah seperti berikut :

  • Sijil kad pengenalan.
  • Surat tawaran belajar.
  • Surat pengesahan belajar.
  • Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.
  • Penyata gaji bapa.
  • Surat pengesahan pendapatan bagapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
  • Penyata gaji ibu.
  • Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
  • Salinan kad pengenalan bapa.
  • Salinan kad pengenalan ibu.

Baca Juga: Bantuan Pelancongan Negeri Sembilan:Syarat & Cara Permohonan

Cara Memohon Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022

Untuk makluman, permohonan bagi Bantuan Yayasan Negeri Sembilan 2022 ini hanya boleh dibuat secara atas talian. Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut :

  • Sila layari pautan berikut untuk isi borang Google Form : BORANG BANTUAN KOMPUTER RIBA YAYASAN NEGERI SEMBILAN
  • Pastikan anda telah membaca syarat permohonan dan klik butang ‘Next.’
  • Isikan maklumat yang diperlukan seperti dalam borang permohonan dan klik butang ‘Next.’
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

*Nota Penting: Peringatan kepada pemohon untuk mengelakkan sebarang masalah sila ambil perhatian tentang maklumat berikut ;

  • Semua dokumen sokongan yang telah disahkan perlu di muatnaik di ruangan yang disediakan
  • Maklumat pemohon yang didapati tidak lengkap serta dokumen yang tidak mempunyai pengesahan akan ditolak
  • Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang tersenarai di atas juga akan ditolak

Artikel lain: Pendaftaran Kursus Kahwin Online:Cara Daftar Kursus Kahwin Online Seluruh Negara

Kenyataan Laman Rasmi Yayasan Negeri Sembilan Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022

Telah berlanngsung Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba Untuk Mahasiswa Anak-Anak Negeri Sembilan Dari Golongan Asnaf dan Keluarga B40. Majlis ini telah disempurnakan Menteri besar Negeri Sembilan bagi menerima 100 buah komputer riba daripada beberapa buah syarikat dan NGO untuk diagihkan kepada mahasiswa dan mahasiswi daripada golongan B40 dan juga asnaf.

Penggunaan komputer riba menjadi keperluan utama kepada mahasiswa dan mahasiswi di menara gading. Tambahan pula, dalam tempoh PKP yang dilaksanakan sejak Mac 2020 yang lalu suasana pembelajaran telah berubah daripada kebiasaan. Kekangan untuk menghadiri kuliah secara bersemuka menjadikan pembelajaran secara atas talian sebagai norma baharu.

Oleh itu, inisiatif ini diharap dapat membantu mahasiswa dalam mengikuti kelas di atas talian, pembelajaran dan pengajaran dari rumah dan sebagainya.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada:

i. Menteri Besar Negeri Sembilan (Incorporated)

ii. Gemencheh Granite Sdn Bhd

iii. Primuncak Development (Labu) Sdn Bhd

iv. New Times Development Sdn Bhd

v. Negeri Roadstone Sdn Bhd

vi. YNS Management Sdn Bhd

vii. Prisma Spektrum Sdn Bhd

viii. Bumi Bermutu Sdn Bhd

ix. Pertubuhan Sains Dan Kesejahteraan (SWO)

x. Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Sejagat (PAKIS MALAYSIA)

xi. Yayasan Negeri Sembilan;

Atas sumbangan yang diberikan bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi yang memerlukan.

Semoga usaha ini menggalakkan lebih ramai pihak untuk tampil kehadapan bagi membantu golongan yang memerlukan di Negeri Sembilan, Insya-Allah.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Bantuan Komputer Riba Laptop Yayasan Negeri Sembilan ini , sila layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms atau anda boleh terus buat panggilan di talian 06-762 8046.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment