Cara Daftar Login MyEG:Check Status Roadtax, Semak Saman Renew Lesen Dll
Myeg online adalah salah sebuah syarikat IT yang cukup dekat dengan kerajaan apabila seringkali menawarkan servis dan perkhidmatan online melibatkan agensi kerajaan di Malaysia.
Banyak sistem yang ditawarkan bagi memudahkan urusan kerajaan secara online.
Antara agensi kerajaan yang bekerjasama dengan syarikat ini ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia serta Pusat Zakat.

Baca Juga: Jadual Bayaran BKC:Bantuan Khas Covid-19
Senarai Servis Online MyEG
Ini antara servis yang disediakan melalui portal Myeg login iaitu bayar untuk renew lesen memandu online, cek permit pekerja asing, bankrap online, cek saman dbkl, semak insurans kereta online dan banyak lagi termasuk senarai di bawah ini:
- Check status permit pekerja asing dan renew secara online
- Semak status pembantu rumah
- Bayar saman atau kompaun parking DBKL
- Semak saman trafik PDRM dan bayar secara online
- Semakan diskaun saman jpj
- Topup secara online
- Renew insuran kenderaan anda secara online
- Permohonan dan semak harga lesen memandu online
- Semakan resit cukai jalan online atau semak harga roadtax motor atau kereta
- Sistem tukar milik kereta atau motor atau lain kenderaan secara online tanpa melalui JPJ
- Semak samada anda bangkrap, muflis atau tidak
- Ganti Kad pengenalan hilang atau sudah rosak secara online
Cara Daftar Akaun MYEG
Sebelum boleh login MYEG untuk semak dan bayar saman, sila ikut langkah-langkah mudah untuk buat pendaftaran MYEG terlebih dahulu.
- Layari laman web https://www.myeg.com.my
- Anda akan tiba di portal rasmi MyEG.
- Kemudian, tekan butang Create an account untuk mendaftar akaun anda di portal MyEG.
- Pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan yang anda perlu isikan.
- Tick pada Individual. Kemudian, pada ruangan Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Username ini akan digunakan untuk login MYEG
- Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada Enter Password Again, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan.
- Pada ruangan Email, masukkan alamat emel anda yang sah, berdaftar dan boleh diakses.
- Pada ruangan First Name, masukkan nama pertama anda.
- Pada ruangan Last Name, masukkan nama keluarga anda. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan nama panggilan anda sendiri pada ruangan First Name dan juga Last Name. Misalnya, nama anda Kamil, dan anda boleh meletakkan nama Kamil pada ruangan First Name dan Last Name.
- Untuk teruskan cara daftar MYEG, pada bahagian Gender, tick pada jantina anda, sama ada Male (Lelaki) atau Female (Perempuan).
- Pada ruangan NRIC/Army/Police No, masukkan sama ada nombor MyKad anda, nombor keahlian tentera sekiranya anda seorang tentera, atau nombor badan polis sekiranya anda polis.
- Pada ruangan Passport No, masukkan nombor passport anda (sekiranya ada).
- Klik pada ruangan untuk Date Of Birth. Kalendar akan tertera. Pilih tarikh lahir anda.
- Pada ruangan Address, masukkan alamat penuh tempat tinggal anda, lebih tepat, alamat yang mudah untuk urusan surat-menyurat.
- Pada ruangan City, masukkan bandar tempat tinggal anda.
- Pada Postcode, masukkan poskod tempat tinggal anda.
- Pada State, pilih negeri tempat tinggal anda.
- Pada Country, pilih negara tempat tinggal anda.
- Pada Contact No, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
- Pada Marital Status, pilih sama ada Single (belum berkahwin), Married (sudah berkahwin), Divorced(bercerai) atau Widowed (kematian suami atau isteri).
- Kemudian, untuk teruskan cara daftar MYEG, pada bahagian Captcha, tick pada I’m not a robot.
- Sekiranya ada soalan ringkas yang perlu dijawab, jawab kesemua soalan tersebut.
- Kemudian, tick pada kenyataan di bawahnya.
- Tekan butang SUBMIT.
- Pendaftaran anda selesai. Anda akan menerima emel daripada MyEG. Periksa bahagian inbox atau di bahagian Spam.
- Apabila anda menjumpai emel tersebut, buka emel dan tekan link yang tertera di emel tersebut.
- Anda akan dibawa semula ke portal MyEG dan pendaftaran anda selesai.
Maybank Zest-i:Cara Buka Akaun Online,Semakan Pemenang Cabutan&Syarat Kelayakan Cabutan
Cara login (myeg.com.my)
Selepas selesai buat permohonan pendaftaran MYEG, anda kini sudah boleh login MYEG.
- Pada portal MyEG, pergi ke ruangan LOGIN.
- Kemudian, pada ruangan Eservices/1MID Username, masukkan username
- Pada ruangan Password, masukkan password untuk akaun anda.
- Tekan butang Login.
- Login anda berjaya
Baca Juga: Tarikh Bayaran BKSS 2021:Jadual Penuh Bayaran BKSS 2021
Semak Roadtax & Insurance Kereta
Yang bagusnya di portal ini ada banyak pilihan syarikat insuran yang boleh anda pilih.
Nak takaful atau tidak. Semestinya kita orang Islam akan pilih produk takaful bukan? Malah kita boleh tambah pilihan perlindungan tambahan untuk kereta kita sendiri termasuk cermin kereta dan perlindungan bencana.
Sistem akan kirakan berapa yang perlu anda bayar secara online selepas ditolak dengan NCD anda. Mudah sahaja. Road Tax dan insuran kereta anda akan dihantar secara pos. Akan ada seidkit caj dikenakan terhadap anda.
Baca Juga: Semak Elaun JPA Online:Login MySelf Portal Semakan JPA
Myeg Renew Lesen Memandu
Kepada lesen memandu kereta atau motosikal (motor) milik anda sudah tamat tempoh atau expired, jangan risau anda boleh renew secara online dengan sistem portal myeg.
Yang bagusnya lesen memandu yang telah anda perbaharui dan renew secara online, boleh dihantar terus ke alamat rumah yang telah anda daftarkan.
Senang bukan, lebih lebih lagi renew di waktu PKP 3.0 COVID 19 ini. Ikut panduan langkah demi langkah melalui pautan ini: Permohonan dan semak harga lesen memandu online
Status Penghantan Cukai Jalan Lesen memandu Dn Insurans Kenderaan
Semak dan check myeg mydelivery status secara online samada urusan renew lesen memandu, pekerja asing (imigresen Malaysia), cukai jalan kereta, roadtax motor / motosikal, pembantu rumah / maid (Immigration Malaysia) di link pautan ini, https://www.myeg.com.my/delivery_status
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan cara renew roadtax dan insurans MyEG layari: https://www.myeg.com.my/ Terima kasih. Semoga bermanfaat.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara renew roadtax insurans mengunakan portal MyEG ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com