Daftar SSM Online:Cara Pendaftaran Perniagaan Online
Kerajaan memperkenalkan platform baru mereka yang ingin daftar perniagaan mereka melalui SSM secara online. Daftar perniagaan melalui SSM online ini dilihat sangat membantu para peniaga mendaftarkan perniagaan mereka bagi memudahkan urusan lain yang memerlukan peniaga daftar perniagaan mereka dengan SSM terlebih dahulu.
Kepada anda yang baru memulakan perniagaan dan ingin serius melakukan perniagaan tersebut, kini anda boleh daftar perniagaan anda melalui ezBiz SSM online tanpa perlu buat temujanji untuk hadir ke mana-mana kaunter SSM.
Berikut dikongsikan cara daftar perniagaan Enterprise atau Tunggal melalui perkhidmatan SSm online sahaja ezBiz.
Daftar perniagaan melalui SSM online dilihat lebih cepat dan mudah!
Jom ketahui lebih lanjut tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk daftar perniagaan anda kepada SSM secara online.
Baca Juga: Jadual Bayaran BKC:Bantuan Khas Covid-19
Perniagaan Yang Boleh Didaftarkan Di SSM
Menurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).
Ini bermakna, selain bisnes penjualan barang-barang atau makanan, servis tertentu seperti khidmat rider atau freelance juga termasuk antara perniagaan yang boleh daftar dengan SSM sama ada online atau ke kaunter khidmat pelanggan SSM.
Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan bentuk perniagaan adalah seperti berikut:
- Perniagaan Milik Tunggal – perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
- Perniagaan Perkongsian – perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi
Baca Juga: Maybank Zest-i:Cara Buka Akaun Online,Semakan Pemenang Cabutan&Syarat Kelayakan Cabutan
Syarat Pendaftaran Perniagaan
- Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
- Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
Lain-lain panduan / syarat yang berkaitan:
- Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
- Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
- Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
- Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.
Baca Juga: Semak Elaun JPA Online:Login MySelf Portal Semakan JPA
Cara Daftar ezBiz SSM Online
Cara daftar perniagaan melalui ezBiz SSM online adalah seperti berikut:
- Layari laman web daftar perniagaan ssm online di https://ezbiz.ssm.com.my/
- Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama.
- Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang ID NO dan isikan nama penuh pada ruang NAME AS PER IC.
- Tekan butang REGISTER.
- Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.
- Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.
- Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
- Setelah ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web tadi.
- Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.
- Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
- Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
- Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.
Baca Juga: Cara Daftar Login MyEG:Check Status Roadtax, Semak Saman Renew Lesen Dll
Kada Bayaran Daftar Perniagaan SSM Online
Fi / bayaran yang dikenakan untuk daftar syarikat di SSM online adalah sama seperti pendaftaran di kaunter SSM iaitu seperti berikut:
- Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
- Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
- Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
- Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00
Artikel Lain: Renew Lesen Memandu MyEG Online:Cara Renew Kaedah Bayaran & Harga Lesen
Cara Renew SSM Online
Sekiranya perniagaan Enterprise anda sudah tamat tempoh dan anda berminat untuk memperbaharuinya secara online, anda juga boleh memperbaharuinya secara online melalui portal ezBiz ini.
KEtahui Juga: Renew Roadtax Insurans MyEG:Cara Renew Online Mudah Guna MyEG
Panduan Memilih Nama Perniagaan Sebelum Daftar SSM Online
Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.
Anda boleh juga menyemak sama ada nama perniagaan sudah didaftaran atau tidak di portal MyData SSM.
Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy
Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise. daftar SSM online
Nama perniagaan merupakan gaya atau tajuk yang digunakan bagi pengenalan sesuatu perniagaan yang dijalankan.
1. Nama perniagaan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:
(a) Nama sendiri: Menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan. Kategori ini tidak perlu semakan untuk kelulusan. Contoh Ruslan Bin Mohamad, Lee Yng Fei dan Sharmila A/P Avaniappan. daftar SSM online
(b) Nama tred: Nama perniagaan yang dicadangkan dan perlumendapat kelulusan Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering dan ABS Unggul Enterprise.
2. PROSEDUR PENGENDALIAN PERMOHONAN NAMA SYARIKAT MELALUI SSM
Proses Permohonan Nama Perniagaan SSM
(a) Permohonan untuk carian nama mesti dibuat menggunakan Borang PNA42. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap.
(b) Jika nama daftar SSM online yang dipohon mengandungi perkataan yang memerlukan kelululusan YB Menteri, Pemohon perlu melengkapkan maklumat dan melampirkan dokumen sokongan untuk kelulusan YB Menteri.
3. PANDUAN PERTIMBANGAN PERMOHONAN KELULUSAN NAMA PERNIAGAAN
Mematuhi Peruntukan Undang-Undang/Akta Menamakan perniagaan mestilah tidak bertentangan dengan perlembagaan, undang-undang dan tidak mempunyai unsur negatif. Nama perniagaan tidak boleh menggunakan perkataan yang dilarang oleh undang-undang berikut:
(a) Kaedah 15, Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 (Lihat perkara 5);
(b) Warta Kerajaan Bil. 716, Akta Syarikat 1965 (Lihat perkara 6); dan
(c) Peruntukan undang-undang lain mengenai larangan penggunaan perkataan tertentu tanpa kebenaran pihak yang mentadbir dan mengawalselia undang-undang berkenaan.
Rujuk selanjutnya Panduan Daftar Nama Perniagaan oleh SSM.
Baca Juga: Permohonan MRSM Sesi 2022:Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumbalas mengenai cara daftar SSM online melalui ezBiz boleh dikemukakan melalui:
MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.
Pusat Panggilan SSM
Tel: 03-7721 4000
Faks: 03-7721 4001
Emel : enquiry@ssm.com.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara daftar perniagaan melalui SSM online ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com