Maybank Zest-i:Cara Buka Akaun Online,Semakan Pemenang Cabutan&Syarat Kelayakan Cabutan

Maybank Zest-i:Cara Buka Akaun Online,Semakan Pemenang Cabutan & Syarat Kelayakan Cabutan

Maybank Zest-i akaun pelaburan Zest-i Maybank Islamic mempunyai ciri istimewa cabutan hadiah sepanjang tahun dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah menarik dengan nilai keseluruhan hampir RM2 juta.

Maybank Islamic Bhd menawarkan hadiah bernilai RM2 juta kepada pelanggan yang membuka akaun baharu Zest-i melalui platform Maybank2U.

Sejak dilancarkan dua tahun lalu, akaun pelaburan yang juga pertama seumpamanya ditawarkan dalam Kumpulan Maybank itu bertujuan untuk memberikan manfaat yang lebih baik dan nilai unik kepada pelanggan.

“Bersesuaian dengan keadaan semasa, penyelesaian digital ini memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuka akaun pelaburan Zest-i dari mana sahaja, selain menjimatkan masa, lebih selamat dan mesra alam.

Cabutan Maybank Zest-i juga antara cabutan yang ditunggu oleh para pelabur selain daripada pelaburan SSP BSN. Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan akaun pelaburan Maybank ini.

Maybank Zest-i:Cara Buka Akaun Online,Semakan Pemenang Cabutan & Syarat Kelayakan Cabutan

Baca Juga: Maybank Trade:Cara Buka Akaun CDS & Pelaburan Online Maybank2u

Kelebihan Akaun Maybank Zest-i

Dengan akaun Maybank Zest-i ini, anda akan mendapat kelebihan seperti berikut:

  • Hadiah-hadiah menarik sepanjang tahun untuk dimenangi setipa bulan, suku tahun, setengah tahun dan hadiah utama dengan pelaburan serendah RM200.
  • Dapatkan potensi keuntungan daripada pelaburan anda berdasarkan nisbah pembahagian keuntungan yang telah dipersetujui dengan pihak Bank.
  • Laman web dan aplikasi Maybank2u dapat diakses pada bila-bila masa, di mana sahaja
  • Akses kepada lebih 2,500 ATM MEPS di seluruh negara.

*Nota: Keuntungan akan dibayar setiap bulan dan tidak tertakluk kepada jumlah baki atau jumlah pengeluaran.

  • Akaun Zest-i tidak dilindungi oleh PIDM
  • Maybank Islamic Berhad adalah ahli PIDM

Untuk mendapatkan penyata bulanan atau tahunan bank baca: Penyata Bank Statement:Print Penyata CIMB,MAYBANK,RHB & BSN Cetak Online

Pembukaan Akaun Zest-i

“Proses pembukaan akaun Zest-i melalui Maybank2u ini lebih mudah, pantas dan lancar selaras dengan misi Kumpulan Maybank untuk menginsankan perkhidmatan kewangan dengan menjadikan kemudahan perbankan dapat diakses oleh semua pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan menambah, Maybank Islamic terus komited dalam menambah baik mutu dan capaian perkhidmatan perbankan kepada pelanggan seiring dengan perkembangan digital dan bagi mengurangkan interaksi bersemuka di seluruh kaunter cawangan Maybank berikutan penularan COVID-19 yang amat membimbangkan pada masa kini.

“Akaun Zest-i terbuka untuk semua pelanggan baharu dan sedia ada Maybank Islamic termasuk pemegang Akaun Individu, Akaun Bersama dan Akaun Amanah.

“Akaun Zest-i ini juga layak dipohon oleh warga asing yang mempunyai pas bekerja atau pelajar yang sah.

Untuk mengubah had limit perbankan internet anda baca: Cara Tukar Had/Limit Akaun online (Maybank2u Cimb Click i-Rakyat MyBsn RHB Online PBeBank)

Cara Buka Akaun Maybank Zest-i Dalam Talian

Pelanggan Sedia Ada

Cara buka akaun Maybank Zest-i bagi pelanggan Maybank sedia ada adalah seperti berikut:

Pelanggan Baru

Cara buka akaun Maybank Zest-i bagi pelanggan baru Maybank adalah seperti berikut:

  • Layari https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/page/apply/cardSTP.do?productType=zesti
  • Lengkapkan maklumat kemudian daftar
  • Selesai
  • Selepas pendaftaran dibuat, sila tetapkan janji temu sebelum anda mengunjungi cawangan Maybank/Maybank Islamic terdekat. Sila bawa Kad Pengenalan (warga Malaysia) atau Pasport (warga asing) anda untuk proses pengesahan.
  • Buat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana cawangan Maybank berhampiran. Klik pautan temujanji di bawah:

BUAT TEMUJANJI

*Nota: Untuk melayakkan anda mendapat cabutan ikuti langkah di bawah:

  • Labur serendah RM200 untuk peluang memenangi hadiah
  • Kekalkan Baki Akhir Bulan minimum sebanyak RM200

Buka akaun Maybank Zest-i anda secara dalam talian dan kekalkan baki akhir bulan untuk mendapatkan ganjaran berganda! Anda juga berpeluang untuk menangi salah satu daripada ganjaran di bawah apabila anda memenuhi kriteria yang ditetapkan

Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran boleh memohon biasiswa Maybank, Baca: Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

Cabutan Akaun Zest-i 2021

Tahun ini, Maybank Islamic menawarkan hadiah yang menarik sepanjang tahun kepada pelanggan Maybank Zest-i yang bertuah, antaranya adalah MacBook Air, iPhone 12, Proton X50, wang tunai, pelaburan emas 10 gram dan 30 gram serta hadiah utama berupa pelaburan emas bernilai 1 kilogram melalui Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i).

Baca Juga: Permohonan Akademi Laut Malaysia(ALAM) 2021:Cara Mohon,Syarat & Semak Status

Hadiah Pemenang Cabutan Maybank Zest-i 2021

Antara hadiah pemenang cabutan Maybank Zest-i bagi tahun 2021 adalah seperti berikut:

Hadiah Pemenang Cabutan Maybank Zest-i 2021

Cara Semak Pemenang Cabutan Maybank Zest-i

Untuk menyemak senarai pemenang cabutan Maybank Zest-i anda hanya perlu klik pautan di bawah:

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/promotions/contests_winner/promo_my_zest-i-winners2021.page?

Cara Semak Pemenang Cabutan Maybank Zest-i

Baca Juga; SIMPENI KAFA:Cara Login Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI)

Syarat Kelayakan Penyertaan Cabutan Zest-i

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membuka akaun pelaburan Maybank Zest-isecara dalam talian dengan nilai minimum sebanyak RM50.

Pelaburan seterusnya adalah minimum RM200 untuk kelayakan mereka memenangi hadiah bulanan, RM300 untuk hadiah suku tahunan dan RM400 untuk hadiah setengah tahun serta RM500 untuk cabutan hadiah utama.

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:

Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com

Syarat Memohon Akaun Zest-i

Syarat permohonan pembukaan akaun Maybank Zest-i adalah seperti berikut:

•Pelaburan permulaan Maybank Zest-i minimum RM50

•Terbuka kepada individu yang berumur di bawah 18 dalam kategori akaun amanah;

•Individu yang berumur 18 tahun dan ke atas;

•Warga Malaysia dan penduduk tetap;

•Terbuka untuk warga asing dengan permit bekerja/belajar yang sah;

•Akaun bersama

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan cabutan Maybank Zest-i sila layari https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/accounts/mudarabah/zest-i-bm.page atau kunjungi cawangan maybank berhampiran anda.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Maybank Zest-i ini memudahkan untuk membuka akaun dan juga menyertai cabutan yang ditawarkan kepada anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Leave a Comment