Pendaftaran Kursus Kahwin Online:Cara Daftar Kursus Kahwin Online Seluruh Negara
Pendaftaran kursus kahwin online. Kini lebih mudah kerana pasangan yang ingin membina rumah tangga boleh menghadiri kursus kahwin online sahaja tanpa perlu menghadiri kelas secara bersemuka.
Bagi pasangan yang pertama kali ingin berkahwin, mereka diwajibkan menghadiri kursus perkahwinan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Bagi perkahwinan kedua dan seterusnya, seseorang individu itu tidak lagi perlu menghadiri kursus perkahwinan.
Sijil kursus perkahwinan ini diperlukan apabila menghantar dokumen permohonan perkahwinan kepada pejabat agama Islam daerah masing-masing.
Disarankan untuk menghadiri kursus perkahwinan awal dan tidak menunggu di saat akhir kerana dikhuatiri tiada kekosongan untuk anda.
Malah, sekiranya anda masih belum mempunyai calon pasangan sekalipun, anda sudah boleh menghadiri kursus pra-perkahwinan dan mendapat sijil kursus yang diperlukan untuk memohon pendaftaran perkahwinan kelak.
Berikut dikongsikan cara pendaftaran kursus kahwin online serta perkara berkaitan untuk panduan mereka yang ingin memohon untuk menghadiri kursus tersebut.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Rayuan BKM Mulai 2 Mei 2022 Bagi Pemohon Yang Gagal
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysim (SPPIM)
Kini, JAKIM telah mempermudahkan urusan pendaftaran kursus kahwin online dengan mewujudkan sebuah laman web khusus bagi pendaftaran kursus kahwin online bagi semua negeri di Malaysia melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) sahaja.
Melalui laman web ini, setiap individu boleh membuat carian kursus pra-perkahwinan mengikut lokasi masing-masing.
Harap maklum bahawa anda dikehendaki mengikuti kursus pra-perkahwinan di negeri asal anda atau di negeri tempat anda ingin melangsungkan pernikahan tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya anda berasal dari Perlis tetapi kini bekerja di Kuala Lumpur, maka anda mesti mendaftarkan kursus perkahwinan untuk negeri Perlis sekiranya merancang untuk bernikah di Perlis.
Baca Juga: Pasang Kalkulator Sanintifik Di Komputer:Cara Mudah Memasangnya
Panduan Pendaftaran Kursus Kahwin Online SPPIM
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftarkan kursus perkahwinan anda:
- Layari laman SPPIM di pautan https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home
- Klik butang “Daftar Kursus”
- Lakukan carian mengikut kriteria berikut:
- Negeri
- Daerah
- Penganjur
- Tarikh kursus
- Pilih tempat dan lokasi kursus berdasarkan hasil carian yang dipaparkan
- Teruskan pendaftaran dengan memasukkan maklumat yang tepat mengenai diri anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, emel, nombor telefon dan sebagainya
- Klik pada kota perakuan yang mengatakan anda bersetuju dengan syarat dan terma
- Setelah berjaya, satu laman khas akan memaparkan maklumat mengenai jumlah yuran, nama penganjur, cara pembayaran dan pelbagai info berkaitan.
- Pastikan anda menghadiri kesemua modul dan bahagian dalam kursus perkahwinan yang didaftarkan bagi membolehkan anda lulus dan layak mendapat sijil kursus pra-perkahwinan.
Baca Di sini: Dual Language Programme Malaysia:Pengenalan & Maklumat Penting DLP
Cara Pendaftaran Kursus Kahwin Online 2022
LANGKAH 1: Anda daftar kursus kahwin secara online anda melalui sistem portal pra perkahwinan sppim melalui link pautan ini, https://www.sppim.gov.my
LANGKAH 2: Anda pilih tarikh dan tempat lokasi kursus kahwin secara online sppim mengikut negeri samada di melaka Kuala Lumpur KL Labuan sabah Sarawak Negeri Sembilan Perlis kelantan terengganu Pulau Pinang Penang Kedah Perak Selangor Johor Pahang Perak yang disusun mengikut daerah
LANGKAH 3: Masukkan maklumat yang tepat dan terkini berkaitan tentang anda termasuklah nombor kad pengenalan / mykad, nama penuh seperti dalam IC anda, tarikh lahir, warganegara, negeri, no telefon, emel
LANGKAH 4: Sila baca maklumat perakuan seperti yang contoh gambar yang terera di bawah dan tekan ‘SAYA BERSETUJU’
LANGKAH 5: Jika pendaftaran kursus pra perkahwinan online anda telah berjaya, anda tertera paparan gambar seperti di bawah
Tahniah permohonan anda untuk daftar kursus pra perkahwinan secara online telah dilulus. Sila hadir pada tarikh yang telah ditetapkan untuk anda bersama-sama dokumen yang diperlukan ketika datang.
Pastikan anda mengikut peraturan yang telah ditetapkan sebagai anda menghadari kursus perkahwinan ini.
Jangan sesekali terlewat sepanjang tempoh kursus diadakan. Jika didapati anda tidak mengikut kursus dalam tempoh masa yang elah ditetapkan oleh penganjur, sijil anda bakal ditahan.
Artikel Lain: Permohonan Permit Umrah:Aplikasi Wajib Umrah (Eatmarna & Tawakkalna)
Soalan Lazim & FAQ Pendaftaran Kursus Kahwin Online
1) Apakah pakaian yang dibenarkah semasa hari kursus?
Berpakaian menutup aurat
Ketahui Juga: Cara Permohonan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran Online
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan cara pendaftaran kursus kahwin online atau perkara lain berkaitan sila layari https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home .
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara pendaftaran kursus kahwin online ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com