Permohonan Permit Umrah:Aplikasi Wajib Umrah (Eatmarna & Tawakkalna)

Permohonan Permit Umrah:Aplikasi Wajib Umrah (Eatmarna & Tawakkalna)

Bagi bagi bagi rakyat Malaysia yang ingin menunaikan ibadah Umrah ketika Ramadhan kerana kerajaan Arab Saudi telah membuka permohonan permit Umrah melalui aplikasi Eatmarna & Tawakkalna.

Pengumuman mengenai perkara ini telah diumumkan sendiri oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi dan permohonan telah dibuka seawal 6 Mac lagi.

Baca Juga: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022

Apa itu Tawakkalna Permohonan Permit Umrah?

Secara mudah difahaminya, aplikasi Tawakkalna umpama aplikasi Mysejahtera yang kita gunakan di Malaysia.

Di Arab Saudi, orang luar atau penduduk setempat yang ingin memasuki ke mana-mana kedai, banngunan atau kawasan turut dikehendaki untuk scan kod bar yang ada bagi memudahkan pengesanan koontak rapat.

Aplikasi ini juga memudahkan pelbagai urusan lain seperti pendaftaran hotel, kemasukan ke pelbagai permis perniagaan dan sebagainya.

Tawakkalna sama sahaja penggunaanya seperti MySejahtera. Setiap jemaah perlu mendaftar kemasukkan diri ke setiap tempat di Arab Saudi dengan scan barcode di lokasi tersebut. Ini ada langkah lah wajib bagi memudahkan pengesanan jemaah sekiranya ada kontak rapat di lokasi berkaitan.

Artikel Lain:Cara Permohonan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran Online

Siapa yang boleh muat turun Aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna dan Membuat Permohonan Permit Umrah?

  • Mereka yang telah lengkap vaksin 2 dos bagi penerima Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson,Moderna dan lengkap 3 dos bagi penerima vaksin Sinovac.
  • Mereka yang telah sembuh dari Covid-19 selama 6 bulan
  • Mereka yang mempunyai SIM Card Arab Saudi
  • Dua aplikasi ini mempunyai peranan bagi memudahkan urusan seperti pendaftaran hotel, memasuki dan permis perniagaan, atau tempat beribadah.Pastikan anda muat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda sebelum berangkat ke sana tanpa mengaktifkannya.
  • Ketahui Juga: Semakan Keputusan PKSK / Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022 & Tarikh Pendaftaran

Cara Penggunaan Tawakkalna Permohonan Permit Umrah

  • Muat turun Aplikasi Tawakkalna (Playstore/Applestore)
  • Daftar sebagai pengguna baharu (Sign Up)
  • Pilih sebagai ‘Visitor’ dan isi butiran diri dan masukkan nombor telefon Arab Saudi
  • Kemudian akan keluar satu paparan barcode “Immune” untuk status sijil vaksin
  • Tunjukkan barcode tersebut setiap kali masuk ke premis di Arab Saudi
  • Atau anda boleh baca lebih lanjut di laman Rasmi Saudi : https://ta.sdaia.gov.sa/en/TawakkalnaEn.pdf

Tatacara Penggunaan Tawakkalna

  • Rakyat Malaysia yang ingin ke tanah suci wajib memuat turun aplikasi ini yang akan digunakan oleh mereka disana.
  • Aplikasi ini juga akan turut mengemaskinikan status vaksinasi anda boleh membolehkan anda menunaikan ibadah Umrah dengan lancar.

Muat Turun Aplikasi Tawakkalna

Untuk Muat turun aplikasi Tawakkalna sila klik link di bawah:

Daftar akaun anda

Pilih akauan Visitor dan masukkan butiran diri

Barcode status vaksin anda akan dipaparkan dan perlu ditunjukkan sekiranya diminta oleh pemilik permistaw

Apa itu Eatmarna?

Aplikasi Eatmarna membolehkan jemaah untuk membuat Permohonan Permit Umrah untuk tempahan mengikut slot tarikh dan masa bagi mengerjakan beberapa jenis ibadah di tanah suci termasuk:

  • Tunaikan Umrah
  • Solat Fardhu di Masjidil Haram
  • Ziarah Raudhah
  • Ziarah Makam Rasulullah
  • Mencium dan memegang Hajarul Aswad
  • Solat di Hijr Ismail

Cara Penggunaan Eatmarna

  1. Muat turun ‘Apl Eatmarna daripada App Store
  2. Isikan Butiran Peribadi untuk mendaftar
  3. Tunggu Kata Laluan Sekali untuk tujuan keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan Sekali sahaja setelah diterima
  5. Pilih permit yang anda perlukan
  6. Lengkapkan halaman Maklumat Peribadi yang diperlukan untuk meneruskan dengan memperoleh permit anda.
  7. Pilih Tarikh permit yang anda mahukan
  8. Pilih slot Masa yang anda mahu lakukan ibadah berkaitan.
  9. Pilih pusat Pengangkutan
  10. Lihat pengesahan butiran yang anda masukkan melalui langkah sebelumnya.
  11. Terima mesej kelulusan Permohonan Permit Umrah pada Peranti Mudah Alih anda
  12. Jika anda bergerak bersama agensi pelancongan, pastikan anda mendapat bimbingan yang jelas untuk pastikan pergerakan perjalanan ibadah yang lancar.

Cara Permohonan Permit Umrah

  1. Muat turun aplikasi Eatmarna:
  2. AppStore
  3. Google Play
  4. Daftar akaun baru dengan melengkapkan butiran diri
  5. Lengkapkan pendaftaran dengan memasukkan kata laluan yang dihantar
  6. Pilih permit yang ingin dimohon
  7. Lengkapkan maklumat peribadi
  8. Pilih tarikh permit yang ingin dimohon
  9. Pilih slot masa Permohonan Permit Umrah yang ingin dimohon
  10. Pilih pusat pengangkutan
  11. Semak butiran dan lakukan pengesahan
  12. Setelah permohonan selesai, anda akan menerima mesej yang mengatakan Permohonan Permit Umrah anda telah berjaya
  13. Sekiranya anda ingin menukar tarikh Permohonan Permit Umrah , anda dikehendaki membatalkan Permohonan Permit Umrah lama anda terlebih dahulu.

Kenyataan Media Penggunaan Aplikasi Eatmarna & Tawakkalna

RIYADH: Jemaah umrah luar negara boleh mendapatkan Permohonan Permit Umrah dan solat di Masjidil Haram serta melawat Masjid Nabawi menerusi aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan perkhidmatan Permohonan Permit Umrah baharu itu dilancarkan dengan kerjasama Saudi Data & Artificial Intelligence Authority (SDAIA).

Memetik laporan Saudi Gazette, perkhidmatan itu akan berkuat kuasa melalui Eatmarna dan Tawakkalna sejurus selepas mendaftar di platform “Quddum” Saudi.

Kementerian dan SDAIA menggesa semua pengguna aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna mengambil inisiatif dan mengemas kini dua aplikasi itu melalui Google Play, App Store, AppGallery dan Galaxy Store.

Sementara itu pentadbiran Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci menawarkan beberapa perkhidmatan dan teknologi pintar untuk pengunjung dalam usaha membangunkan tahap perkhidmatan di Masjidil Haram.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah robot pintar yang membantu jemaah umrah melaksanakan ibadah, menawarkan perkhidmatan Ifta dan menjawab soalan pengunjung, dengan kemungkinan menambah terjemahan segera kepada beberapa bahasa.

Robot kawalan jauh menyediakan 11 bahasa iaitu Arab, Inggeris, Perancis, Russia, Parsi, Turki, Malawi, Urdu, Cina, Benggali dan Hausa.

Robot itu turut menyertakan skrin sentuh bersaiz 21 inci yang boleh digunakan pengunjung seperti membimbing dan menyatakan pendapat.

Robot empat roda itu dilengkapi dengan sistem berhenti pintar yang membolehkannya bergerak dengan lancar dan fleksibel, selain mempunyai kamera berkualiti tinggi untuk penghantaran.

Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian tentang Permohonan Permit Umrah melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna ini dapat membantu anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment