Rayuan BKM Mulai 2 Mei 2022 Bagi Pemohon Yang Gagal

Rayuan BKM Akan Dibuka Mulai 2 Mei 2022 Bagi Pemohon Tidak Lulus

PERMOHONAN RAYUAN BKM ONLINE (BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022)

Seperti yang dimaklumkan oleh Kerajaan, Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan mula dibayar bermula 28 Mac 2022 bagi peneirma yang mempunyai akaun bank.

Bagi penerima yang tiada akaun bank, bayaran akan disalurkan mulai 30 Mac 2022.

Bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 akan diterima berdasarkan kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan.

Pemberian bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.

Bagi mereka yang gagal atau tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia mereka dipohon untuk membuat rayuan BKM yang akan dibuka mulai 2 Mei 2022.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan permohonan rayuan BKM cara mohon Rayuan BKM dan maklumat lain berkaitan permohonan rayuan BKM ini.

Baca Juga: Kenapa BKM Tak Masuk Akaun?

Permohonan Rayuan BKM

Untuk makluman, bagi mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia, atau mendapat status TIDAK LULUS BKM, anda boleh membuat Rayuan BKM.

Anda boleh membuat semakan status untuk mengetahui mengapa dan punca Tidak Lulus BKM.

Ketahui Juga: Bayaran BKM Tambahan RM500-RM300 Bagi Isi Rumah & Warga Emas

Alasan Tidak Lulus BKM

Untuk makluman pemohon, alasan tidak lulus BKM akan dipaparkan pada Butang ‘Alasan’ seperti yang tertera di bawah:

Alasan Tidak Lulus BKM

Baca Juga: Permohonan Rayuan BKM: Cara Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia

Tarikh Rayuan BKM

Permohonan rayuan BKM akan dibuka secara atas talian (online) bermula 2 Mei 2022.

Sila ke pautan berikut untuk permohonan Rayuan BKM:

https://bkm.hasil.gov.my/

Sila pastikan anda menyediakan dokumen yang lengkap untuk proses semakan semula Rayuan BKM oleh LHDN.

Cara Nak Semak Status Permohonan BKM? Kenapa BKM Tak Masuk Akaun?

Semakan Status Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 1

Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM. Atau baca Semakan Status BKM

Sila rujuk langkah di bawah:

  • Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
  • Klik [LOG MASUK BKM].

*NOTA: Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.

  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  • Klik [Semak].
  • Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
  • Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.
  • Sila masukkan Kata Laluan anda.
  • Klik [Log Masuk].
  • Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).
  • Klik Menu [Semakan Status].
  • Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
  • Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
  • Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
  • Selesai.

*NOTA PENTING: Jika anda menerima status sila rujuk cawangan LHDM berhampiran, pastikan anda menghubungi pihak LHDNM dengan segera

Baca Di Sini: Bayaran BKM Tambahan RM500-RM300 Bagi Isi Rumah & Warga Emas

Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut Rayuan BKM, sila rujuk FAQ BKM di bawah:

1.Saya ingin membuat semakan pada MyBKM dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Fasa 1 BKM 2022 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?

Anda boleh membuat semakan status kelulusan mulai 28 Mac 2022 pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1.

Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:

i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit

ii. Nama Penerima

iii. Fasa Pembayaran

iv. Jumlah dikredit

v. Status Kredit

vi. Nama Bank

vii. Nombor Akaun Bank

2.Bilakah tarikh rayuan BKM?

Permohonan rayuan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 selama 1 bulan.

3.Bagaimana cara membuat rayuan BKM?

Permohonan Rayuan BKM boleh dibuat secara online melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my/

4.Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah

a) Kahwin; atau

b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati

syarat; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai

anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan

c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. Rayuan BKM

5.Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu / Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diproses oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan ke cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula.

6.Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka adakah saya layak BKM 2022?

Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

7.Bilakah bayaran BKM Fasa 1 akan dikreditkan?

Bayaran BKM fasa 1 dijangka akan diterima bermula bulan Mac 2022.

8.Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima?

BKM Fasa 2 dijangka akan diterima pada Jun 2022.

9.Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan?

Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022.

10.Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat?

Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022.

11.Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima?

Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali.

12.Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang?

RM350

13.Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas?

  • RM600 : Warga emas bujang / tiada pasangan
  • RM900 – RM2300 : Isi rumah berstatus warga emas

Baca Juga: BKM Kategori Bujang:Bantuan RM350-RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitanRayuan BKM anda boleh layari https://bkm.hasil.gov.my. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747

Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM dan Rayuan BKM melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

ATAU rujuk: soalan lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia .

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Rayuan BKM ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment