Pendaftaran MUET Online 2021:Tarikh Peperiksaan MUET Terkini

Pendaftaran MUET Online 2021:Tarikh Peperiksaan MUET Terkini

Pendaftaran MUET Online 2021:Tarikh Peperiksaan MUET Terkini

Perhatian buat calon yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET, pendaftaran MUET online kini boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Pendaftaran MUET

Tujuan MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pendaftaran MUET

Baca Juga: Contoh Soalan MUET:Soalan & Jawapan MUET Terkini Speaking Reading Listening & Writing

Adakah MUET Wajib Diambil?

Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan. Pendaftaran MUET

Artikel Lain: Muet Gantian 2021:Permohonan Menduduki MUET/CEFRR 2021

Tarikh Peperiksaan MUET Setiap Tahun

Bermula pada tahun 2012, peperiksaan MUET ini dijalankan tiga (3) kali setahun dan dijangka akan berlansung pada bulan Mac, Julai dan November dimana tiada syarat khusus dikenakan untuk mengambil peperiksaan ini.

Baca Juga: Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini

Pendaftaran Tarikh Peperiksaan MUET Sesi 3 / 2021

Pendaftaran MUET Sesi 3 Tahun 2021 akan dibuka dari 27 Julai hingga 12 September 2021.

Bayaran Pendaftaran MUET untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan waarganegara) dengan cara membeli PIN MEC di kaunter / mesim ATM / perbankan internet BSN dan juga secara dalam talian melalui https://dapatpay.dapat.com/mpm.

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran MUET dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai 13 Oktober 2021 dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Semua calon persendirian undividu WAJIB menyertai channel Telegram MUET Sesi 3 Tahun 2021 melalui pautan https://t.me/muets32021 bagi mendapatkan informasi terkini berhubung ujian MUET Sesi 3 Tahun 2021.

Pendaftaran MUET adalah secara dalam talian (online). Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau rujuk langkah di bawah untuk pendaftaran.

Pendaftaran Tarikh Peperiksaan MUET Sesi 3 / 2021

Tarikh Penting Peperiksaan MUET 2021 Sesi 3

Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET 2021 Sesi 3 yang dikeluarkan oleh MPM

  • Tarikh pendaftaran dibuka: 27 Julai 2021
  • Tarikh pendaftaran ditutup: 12 September 2021
  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking): 23, 24, 25, 29, 30 November dan 1 Disember 2021
  • Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening): 4 Disember 2021

Sila rujuk jadual di bawah:

Tarikh Penting Peperiksaan MUET 2021 Sesi 3

Rasmi Penangguhan MUET Sesi 2 & 3 Tahun 2021

Rasmi Penangguhan MUET Sesi 2 & 3 Tahun 2021
Rasmi Penangguhan MUET Sesi 2 & 3 Tahun 2021
Rasmi Penangguhan MUET Sesi 2 & 3 Tahun 2021

Pendaftaran MUET Online 2021

Berikut merupakan carta alir proses pendaftaran dan pengambilan MUET 2021. Pendaftaran akan berakhir pada 12 September 2021 bagi Sesi 3 tahun ini.

Calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET boleh mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET secara online di laman sesawang MPM di :

  1. Login eSubmission MPM online: http://online.mpm.edu.my/web/guest/home
  2. Klik butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’
  3. Calon dinasihatkan untuk membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal
Pendaftaran MUET Online 2021

Rujuk manual pengguna selengkapnya di bawah ini:

Cara Pendaftaran MUET Calon Persendirian

Ikuti Langkah berikut untuk pendafatarn MUET bagi calon persendirian:

  1. Log masuk melalui laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my
  2. Sekiranya ingin mengakses portal MeSP sila klik pada logo imej log masuk MeSP.
  3. Klik pada jenis penguna portal yang ingin digunakan.
  4. Skrin log masuk dan daftar akan terpapar setelah penguna memilih bagi calon persendirian
  5. Pendaftaran penguna Portal e-Servis Majlis Peperiksaan Malaysia (MeSP)
  6. PERINGATAN : Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan
  7. Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.
  8. Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’
  9. Pilih jenis pengenalan diri. Contoh: Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis, Pasport atau Sijil Kelahiran
  10. Isikan no kad pengenalan diri (No Kad Pengenalan Baru, tentera, polis, passport atau sijil kelahiran)
  11. Isikan nama penuh seperti di dalam sijil pengenalan diri
  12. Isikan e-mail yang sah bagi memudahkan pengurusan akaun portal
  13. Kata laluan (Maksimum 8 askara sahaja)
  14. Klik butang simpan sekiranya telah mengisi kesemua maklumat.
  15. Sila isikan soalan peringatan bagi log masuk kali pertama ke dalam portal.
  16. Dashboard bagi penguna portal akan terpapar. Menunjukan bahawa proses pendaftaran penguna portal berjaya.
  17. Log masuk pengguna berdaftar Portal e-Servis Majlis Peperiksaan Malaysia
  18. Masukkan nombor kad pengenalan sebagai pengguna ID berserta simbol ‘-‘
  19. Masukkan kata laluan akaun portal
  20. Klik butang ‘Log Masuk’
  21. Dashboard portal MeSP di paparkan setelah log masuk berjaya
  22. Pendaftaran Malaysian University English Test (MUET)
  23. Paparan dashboard Portal e-Service Majlis Peperiksaan Malaysia
  24. Paparan dashboard portal setelah berjaya log masuk
  25. Klik pada tab panel ‘Peperiksaan’
  26. Klik pada menu Pendaftaran >> Pendaftaran Calon Persendirian
  27. Skrin pendaftaran MUET dan STPM akan dipaparkan
  28. Klik pada ikon imej ‘Pendaftaran MUET’
  29. Masukkan no pin yang telah dibeli di cawangan BSN mengikut jenis peperiksaan
  30. Klik butang ‘Teruskan’ sekiranya telah mengisi no. Pin yang sah. Pendaftaran MUET
  31. Masukkan segala maklumat yang diperlukan
  32. Pusat bagi menduduki ujian adalah berdasarkan kekosongan pada pusat berkenaan
  33. Tekan butang ‘Simpan’ sekiranya telah mengisi kesemua maklumat yang diperlukan
  34. Skrin maklumat calon akan dipaparkan sekiranya kemasukan maklumat berjaya
  35. Klik ‘Kemaskini’ sekiranya ingin membaiki maklumat sebelum ini. Pendaftaran MUET
  36. Klik ‘Cetak Slip Pendaftaran’ sekiranya berpuas hati dengan maklumat. Slip perlu dicetak dan disimpan ia akan digunakan bagi rujukan dari masa ke semasa kelak. Pendaftaran MUET

Pengenalan MUET on Demand

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), kini menawarkan Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang mula diperkenalkan bermula bulan April 2018.

Penawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.

Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.

  • Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
  • Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
  • Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
  • Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.

Maklumat Lanjut Tentang Pendaftaran MUET

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pendaftaran MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/

atau

hubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke psm@mpm.edu.my untuk mengajukan sebarang pertanyaan.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara Pendaftaran MUET Online 2021 & Tarikh Peperiksaan MUET Terkini ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment