Permohonan Rayuan UPU Online Sesi 2024/2025
PERMOHONAN RAYUAN UPU ONLINE (Buat e-Rayuan Sesi 2024/2025)
RAYUAN UPU ONLINE
Pihak UPU membuka peluang kepada mereka yang tidak berjaya dalam mendapatkan tempat pada permohonan UPU yang lepas melalui permohonan rayuan UPU Online. Permohonan rayuan UPU online ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.
Berikut adalah beberapa maklumat mengenai e-rayuan dan semakan keputusan e-rayuan UPU untuk panduan calon yang gagal dalam permohonan.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: UPU Online 2024/2025 Mohon / Daftar & Semak Keputusan
Cara Permohonan Rayuan UPU Online
Berikut adalah maklumat berkaitan semakan rayuan UPU sesi ambilan 2024/2025 buat rujukan pelajar.
Permohonan rayuan boleh dibuat secara online setelah tarikh hebahan keputusan UPU 2024 telah diumumkan secara rasmi.
Permohonan rayuan hanya layak dipohon oleh pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia.
Untuk membuat permohonan rayuan UPU secara online, sila rujuk di Aplikasi Permohonan Rayuan UPU Lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf.
Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan SPM Sesi Akademik 2023/2024
Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh membuat permohonan rayuan UPU melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik.
Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.
Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU :
Semak contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.
Baca Juga: MyKad Online:Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun
JPN juga memperkenalkan permohonan pendaftaran surat beranak online: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online boleh daftar kelahiran di pautan tersebut.
Tarikh Permohonan Rayuan UPU Online 2024/2025
Tarikh permohonan rayuan UPU Online akan dibuka dan ditutup seperti berikut:
Tarikh Buka : Akan Dikemaskini
Tarikh Tutup : akan Dikemaskini
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU di :
Semak contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.
Artikel Lain: LOGIN UPUONLINE (Cara Log Masuk Kemaskini Semakan Keputusan Sesi 2022)
Permohonan Rayuan Politeknik 2024/2025
Calon yang gagal permohonan kemasukan ke Program TVET di Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan permohonan rayuan terus kepada agensi yang berkaitan.
http://ambilan.mypolycc.edu.my
Hebahan Keputusan Rayuan UPU ONLINE Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2024/2025
Dimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan rayuan UPU Online lepasan STPM dan setaraf bagi sesi 2024/2025 akan dikemaskini nanti.
Sila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.
Tarikh Semakan Keputusan UPU Online Lepasan STPM 2024/2025
Dibuka : akan dikemaskini
Ditutup : akan dikemaskini
Tempoh Setuju Terima Tawaran UPU
Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:
*akan dikemaskini
Cara Semakan Keputusan Rayuan UPU Online Bagi Lepasan STPM 2024/2025
Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
Log masuk seperti biasa.
Semak keputusan rayuan yang tertera.
Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran mulai tarikh yang akan diberitahu kelak.
Pautan Semakan
- UTM – https://jpt.utm.my
- UUM – http://jpt.uum.edu.my
- UNIMAS – https://jpt.unimas.my
- UMS – http://jpt.ums.edu.my
- UMT – http://jpt.umt.edu.my
Jika Permohonan UPU Gagal, Apa Perlu Buat?
Untuk pemohon dari lepasan SPM dan STPM atau setaraf, sekiranya permohonan tidak berjaya perlu melakukan langkah persediaan bagi memastikan anda boleh sambung belajar. Inilah tip yang boleh anda pertimbangkan.
1. Buat Rayuan
Sebelum buat keputusan untuk masuk ke IPTS, kemukakan rayuan anda. Ramai pemohon yang sebelum ini tidak diluluskan, tetapi akhirnya berjaya mendapat tawaran meskipun keputusan yang diperolehi kurang baik. Rayuan yang boleh dibuat ialah rayuan fasa 1 dan 2 bagi lepasan STPM dan setaraf.
2. Pilih Kursus yang Jarang Dipohon
Dalam rayuan, pemohon lepasan SPM dan setaraf dibenarkan memilih 2 kursus, sedangkan lepasan STPM dan setaraf boleh mengambil 4 kursus mengikut kelayakan. Agar permohonan berjaya, dinasihatkan anda mengambil kursus yang tak ramai peminat dan berkemahiran.
Kursus tersebut misalnya programming, arts, accounting, dan graphic design. Meskipun bidang ini dibutuhkan dalam industri semasa, tak ramai graduan berminat belajar dalam bidang berkenaan. Jadi disarankan anda mengambil kursus yang sesuai dengan industri semasa dan menjanjikan peluang kerjaya selepas pengajian tamat.
3. Buat Kajian IPTS yang Sesuai untuk Anda
Sambil menunggu keputusan rayuan, buatlah kajian mengenai IPTS yang menawarkan kursus yang anda minat. Di IPTS memang majority kursus yang ditawarkan mempunyai kemahiran dan menepati kebutuhan industri. Untuk menyemak kursus, cuba layari laman rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Di sini anda boleh menyemak kursus yang ingin dipohon dan IPTS yang menawarkan kursus berkenaan. Selepas itu, masuk terus ke laman web rasmi IPTS yang anda rasa sesuai untuk menyemak kelayakan, yuran pengajian, dan tarikh pengambilan.
4. Memilih IPTS
Apabila permohonan UPU benar-benar gagal, anda perlu ambil keputusan untuk masuk IPTS bagi menyambung pengajian. Pilihlah IPTS yang menawarkan pembiayaan mudah atau beasiswa, atau sekurang-kurangnya anda perlu bayar separuh yuran sahaja. Coba layari laman rasmi IPTS di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti UNIKL, KUPTM, dan KPTM yang menawarkan pinjaman mudah. Selain itu, anda boleh ambil diploma kemahiran seperti ADTEC, GMI, dan JMTI.
5. Buat Pertimbangan Hasil Rayuan
Apabila anda telah mendapat tawaran selepas keputusan rayuan diumumkan, buatlah pertimbangan sama ada menerima atau menolaknya. Buat keputusan yang bijak termasuk mengambil kira potensi kerjaya pada masa hadapan, tempoh pengajian, dan yuran pengajian.
Kesimpulannya, bagi lepasan SPM dan STPM atau setaraf perlu memohon UPU Online dan mendapatkan UPU Pocket bagi memudahkan mencari kursus-kursus di institusi pengajian tinggi dan university awam. Untuk yang gagal memohon pula, tidak perlu berkecil hati karena masuk ke IPTS pun tak kurang baiknya.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut & pertanyaan tentang permohonan rayuan UPU Online hubungi UPU di:
FACEBOOK: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200 / 03-8870 6769 / 6121/ 6829 / 6774
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL : upu@mohe.gov.my
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
ALAMAT RASMI:
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL : upu@mohe.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan rayuan UPU Online sesi kemasukan 2024/2025 ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com