UPU Online 2022/2023 Mohon / Daftar & Semak Keputusan

UPU Online 2022/2023 Mohon / Daftar & Semak Keputusan

Permohonan & Pendaftaran UPU Online sesi akademik 2022-2023 untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti (KK), Politeknik & ILKA (Institusi Latihan Kemahiran Awam) kini boleh dibuat bermula Februari 2022.

Kemasukan sesi akademik 2022/ 2023 ini adalah khas untuk Lepasan SPM (setaraf) dan Lepasan STPM (setaraf).

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan UPU online tarikh penting serta panduan kepada calon bagi sesi akedemmik 2022 / 2023.

Baca Juga: Keputusan Permohonan UPU 2022: Cara Semakan Keputusan Sesi 2022/2022

Tarikh Permohonan UPU Online 2022

Tarikh rasmi untuk permohonan bagi sesi Akademik 2022/ 2023 adalah seperti berikut :

Buka : 1 Jun 2022

Tutup : 28 Jun 2022

Untuk panduan rayuan UPU jika gagal permohonan UPU baca: Permohonan Rayuan UPU Online:Rayuan Gagal Permohonan / Tukar Kursus Pilihan

Cara Mohon UPU 2022/2023

TERKINI : KPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bersetuju untuk menanggung bayaran proses UPUONLINE/ Unik ID kepada setiap pemohon.

Justeru itu, permohonan kini bleh dibuat tanpa perlu membeli ID pin unik.

Untuk permohonan, sila ke pautan berikut : http://upu.mohe.gov.my

Sila daftar dan login masuk ke aplikasi permohonan dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah disahkan.

Pastikan anda cetak slip permohonan anda untuk dijadikan sebagai bukti permohonan anda telah dibuat.

Kategori Permohonan UPU Online

Berikut merupakan kategori-kategori pilihan bagi permohonan sesi kali ini

Lepasan SPM Tahun

  • SPM 2021 (Kategori A)
  • SPM 2020 (Kategori B)
  • SPM 2019 (Kategori B)

Menyambung Pelajaran Ke

  1. Asasi – UA
  2. Diploma – UA, Politeknik, & ILKA
  3. Sijil – Koleh Komuniti & ILKA
  4. Matrikulasi – Kolej Matrikulasi (SPM 2019)
  5. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di IPG

Lepasan STPM/Setaraf

STPM 2021

Matrikulasi/Asasi/Sains UM/Asasi Uitm 2021/ 2022

Stam 2021 & 2020

  • Diploma / Setaraf
  • Diploma UA/Politeknik
  • DKM/DLKM/DVM/DIPLOMA IPTS/DIPLOMA LUAR NEGARA/LAIN-LAIN DIPLOMA
  • KELAYAKAN SETARAF SEPERT A-LEVEL/IB/AUSMAT/SAM/CPU
  • STPM, Matrikulasi, STAM (Bukan tahun semasa)
  • Menyambung Pelajaran Ke

Ijazah Sarjana Muda di UA

UPU Online Semakan Syarat Kelayakan

Bagi semakan kelayakan syarat untuk membuat permohonan menerusi upu online anda boleh rujuk pautan seperti yang kami kongsikan dibawah. Untuk syarat AM permohonan rujuk pautan pertama, manakala bagi menyemak setiap kursus/universiti yang lebih detail rujuk pautan berikutnya.

Syarat Am : Masuk ke http://upu.moe.gov.my/ dan klik pada syarat am permohonan

Syarat Khas Program Pengajian (SPM) : Masuk ke ePanduan Syarat (SPM)

Syarat Khas Program Pengajian (SPM) : Masuk ke ePanduan Syarat (STPM/Setaraf)

Syarat Khas Program Politeknik & Kolej Komuniti : Masuk ke Mypolycc

Semakan UPU Result (Keputusan) Online

Semakan boleh dibuat apabila sesi permohonan selesai dan tarikh buka keputusan dimaklumkan oleh UPUonline. Berikut merupakan pautan yang sering digunakan bagi membuat semakan upu result

Semakan UPU online ikut saluran yang ditetapkan :

*Akan Dikemasikini Jika Ada Perubahan

Semakan Temuduga UPU Online (Kursus Pilihan)

Bagi anda yang membuat permohonan upu online dengan bidang yang memerlukan “Temuduga” dibawah adalah senarai pautan untuk check result nanti mengikut universiti masing-masing. Kami akan kemaskini semula pautan apabila proses semakan sesi 2020 dibuka nanti.

LEPASAN SPM/SETARAF

1              Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

2              Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

3              Universiti Utara Malaysia (UUM)

4              Universiti Teknologi MARA (UiTM)

5              Politeknik Seluruh Malaysia

6              ILJTM

Bagi lepasan STPM/Setaraf untuk program (Pendidikan) UPSI anda akan mengambil ujian MEdSI dimana ujian tersebut akan diadakan pada minggu ke 3 bulan mei

LEPASAN STPM/SETARAF

1              Universiti Malaya (UM)

2              Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

3              Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

4              Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

5              Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

6              Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

7              Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

8              Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

9              Univerisiti Teknologi Mara (UITM)

10           Universiti Malaysia Sabah (UMS)

11           Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

12           Universiti Sains Malaysia (USM)

13           Universiti Putra Malaysia (UPM)

14           Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

15           Universiti Utara Malaysia (UUM)

16           Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

17           UPSI : Semakan Ujian Medsi Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Semakan Rayuan UPU Online

Sebaik sahaja keputusan keluar, jika anda tidak layak ke mana-mana pilihan universiti, politeknik, kolej komuniti (ILKA), anda boleh buat rayuan terus. Keputusan akan dimaklumkan pada 26jun-2julai 2020 bagi fasa pertama. Boleh rujuk – Upu.Moe.Gov.My

Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022

Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh membuat permohonan rayuan UPU melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik.

Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU :

http://upu.moe.gov.my/

Semak contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.

FAQ & Soalan Lazim

Apa Itu UPU?

UPU merupakan pautan rasmi untuk anda membuat permohonan, semakan, dan kemaskini hal ehwal berkaitan kemasukan ke univeriti awam, politeknik, kolej komuniti dan ilka

Berapa Kali Boleh Kemaskini UPU?

Selalunya proses kemaskini boleh dilakukan apabila permohonan dibuka.

Panduan Jika Permohonan UPU Tidak Berjaya

Untuk pemohon dari lepasan SPM dan STPM atau setaraf, sekiranya permohonan tidak berjaya perlu melakukan langkah persediaan bagi memastikan anda boleh sambung belajar. Inilah tip yang boleh anda pertimbangkan.

1. Buat Rayuan

Sebelum buat keputusan untuk masuk ke IPTS, kemukakan rayuan anda. Ramai pemohon yang sebelum ini tidak diluluskan, tetapi akhirnya berjaya mendapat tawaran meskipun keputusan yang diperolehi kurang baik. Rayuan yang boleh dibuat ialah rayuan fasa 1 dan 2 bagi lepasan STPM dan setaraf.

2. Pilih Kursus yang Jarang Dipohon

Dalam rayuan, pemohon lepasan SPM dan setaraf dibenarkan memilih 2 kursus, sedangkan lepasan STPM dan setaraf boleh mengambil 4 kursus mengikut kelayakan. Agar permohonan berjaya, dinasihatkan anda mengambil kursus yang tak ramai peminat dan berkemahiran.

Kursus tersebut misalnya programming, arts, accounting, dan graphic design. Meskipun bidang ini dibutuhkan dalam industri semasa, tak ramai graduan berminat belajar dalam bidang berkenaan. Jadi disarankan anda mengambil kursus yang sesuai dengan industri semasa dan menjanjikan peluang kerjaya selepas pengajian tamat.

3. Buat Kajian IPTS yang Sesuai untuk Anda

Sambil menunggu keputusan rayuan, buatlah kajian mengenai IPTS yang menawarkan kursus yang anda minat. Di IPTS memang majority kursus yang ditawarkan mempunyai kemahiran dan menepati kebutuhan industri. Untuk menyemak kursus, cuba layari laman rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Di sini anda boleh menyemak kursus yang ingin dipohon dan IPTS yang menawarkan kursus berkenaan. Selepas itu, masuk terus ke laman web rasmi IPTS yang anda rasa sesuai untuk menyemak kelayakan, yuran pengajian, dan tarikh pengambilan.

4. Memilih IPTS

Apabila permohonan UPU benar-benar gagal, anda perlu ambil keputusan untuk masuk IPTS bagi menyambung pengajian. Pilihlah IPTS yang menawarkan pembiayaan mudah atau beasiswa, atau sekurang-kurangnya anda perlu bayar separuh yuran sahaja. Coba layari laman rasmi IPTS di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti UNIKL, KUPTM, dan KPTM yang menawarkan pinjaman mudah. Selain itu, anda boleh ambil diploma kemahiran seperti ADTEC, GMI, dan JMTI.

5. Buat Pertimbangan Hasil Rayuan

Apabila anda telah mendapat tawaran selepas keputusan rayuan diumumkan, buatlah pertimbangan sama ada menerima atau menolaknya. Buat keputusan yang bijak termasuk mengambil kira potensi kerjaya pada masa hadapan, tempoh pengajian, dan yuran pengajian.

Kesimpulannya, bagi lepasan SPM dan STPM atau setaraf perlu memohon UPU Online dan mendapatkan UPU Pocket bagi memudahkan mencari kursus-kursus di institusi pengajian tinggi dan university awam. Untuk yang gagal memohon pula, tidak perlu berkecil hati karena masuk ke IPTS pun tak kurang baiknya.

Maklumat Lanjut UPU Online

Jika ada pertanyaan berkaitan UPU online Boleh rujuk maklumat dibawah:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA

Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6

Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Hotline 1 : 03-8870 8200

03-8870 6864

upu@moe.gov.my

Laman Facebook Rasmi UPU UPU BPKPJPT

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan rayuan UPU Online sesi kemasukan 2021/2022 ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment