Permohonan Rayuan UPU Online Sesi 2022/2023

Permohonan Rayuan UPU Online Sesi 2022/2023

PERMOHONAN RAYUAN UPU ONLINE (Buat e-Rayuan Sesi 2022/2023)

RAYUAN UPU ONLINE

Pihak UPU membuka peluang kepada mereka yang tidak berjaya dalam mendapatkan tempat pada permohonan UPU yang lepas melalui permohonan rayuan UPU Online. Permohonan rayuan UPU online ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai e-rayuan dan semakan keputusan e-rayuan UPU untuk panduan calon yang gagal dalam permohonan.

Baca Juga: UPU Online 2022/2023 Mohon / Daftar & Semak Keputusan

Cara Permohonan Rayuan UPU Online

Berikut adalah maklumat berkaitan semakan rayuan UPU sesi ambilan 2022/ 2023 buat rujukan pelajar.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara online setelah tarikh hebahan keputusan UPU 2022 telah diumumkan secara rasmi.

Permohonan rayuan hanya layak dipohon oleh pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia.

Untuk membuat permohonan rayuan UPU secara online, sila rujuk di Aplikasi Permohonan Rayuan UPU Lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf.

Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan SPM Sesi Akademik 2022/2023

Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh membuat permohonan rayuan UPU melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik.

Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU :

http://upu.moe.gov.my/

Semak contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.

Baca Juga: MyKad Online:Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun

JPN juga memperkenalkan permohonan pendaftaran surat beranak online: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online boleh daftar kelahiran di pautan tersebut.

Tarikh Permohonan Rayuan UPU Online 2022

Tarikh permohonan rayuan UPU Online akan dibuka dan ditutup seperti berikut:

Tarikh Buka : Akan Dikemaskini

Tarikh Tutup : akan Dikemaskini

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU di :

http://upu.moe.gov.my/

Semak contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.

Artikel Lain: LOGIN UPUONLINE (Cara Log Masuk Kemaskini Semakan Keputusan Sesi 2022)

Permohonan Rayuan Politeknik

Calon yang gagal permohonan kemasukan ke Program TVET di Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan permohonan rayuan terus kepada agensi yang berkaitan.

http://ambilan.mypolycc.edu.my

Hebahan Keputusan Rayuan UPU ONLINE Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2022/2023

Dimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan rayuan UPU Online lepasan STPM dan setaraf bagi sesi 2022/ 2023 akan dikemaskini nanti.

Sila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.

Tarikh Semakan Keputusan UPU Online Lepasan STPM 2022/2023

Dibuka : akan dikemaskini

Ditutup : akan dikemaskini

Tempoh Setuju Terima Tawaran UPU

Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:

*akan dikemaskini

Cara Semakan Semakan Keputusan Rayuan UPU Online Bagi Lepasan STPM 2022/2023

Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.

Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.

Log masuk seperti biasa.

Semak keputusan rayuan yang tertera.

Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran mulai tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pautan Semakan

Panduan Jika Permohonan UPU Tidak Berjaya

Untuk pemohon dari lepasan SPM dan STPM atau setaraf, sekiranya permohonan tidak berjaya perlu melakukan langkah persediaan bagi memastikan anda boleh sambung belajar. Inilah tip yang boleh anda pertimbangkan.

1. Buat Rayuan

Sebelum buat keputusan untuk masuk ke IPTS, kemukakan rayuan anda. Ramai pemohon yang sebelum ini tidak diluluskan, tetapi akhirnya berjaya mendapat tawaran meskipun keputusan yang diperolehi kurang baik. Rayuan yang boleh dibuat ialah rayuan fasa 1 dan 2 bagi lepasan STPM dan setaraf.

2. Pilih Kursus yang Jarang Dipohon

Dalam rayuan, pemohon lepasan SPM dan setaraf dibenarkan memilih 2 kursus, sedangkan lepasan STPM dan setaraf boleh mengambil 4 kursus mengikut kelayakan. Agar permohonan berjaya, dinasihatkan anda mengambil kursus yang tak ramai peminat dan berkemahiran.

Kursus tersebut misalnya programming, arts, accounting, dan graphic design. Meskipun bidang ini dibutuhkan dalam industri semasa, tak ramai graduan berminat belajar dalam bidang berkenaan. Jadi disarankan anda mengambil kursus yang sesuai dengan industri semasa dan menjanjikan peluang kerjaya selepas pengajian tamat.

3. Buat Kajian IPTS yang Sesuai untuk Anda

Sambil menunggu keputusan rayuan, buatlah kajian mengenai IPTS yang menawarkan kursus yang anda minat. Di IPTS memang majority kursus yang ditawarkan mempunyai kemahiran dan menepati kebutuhan industri. Untuk menyemak kursus, cuba layari laman rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Di sini anda boleh menyemak kursus yang ingin dipohon dan IPTS yang menawarkan kursus berkenaan. Selepas itu, masuk terus ke laman web rasmi IPTS yang anda rasa sesuai untuk menyemak kelayakan, yuran pengajian, dan tarikh pengambilan.

4. Memilih IPTS

Apabila permohonan UPU benar-benar gagal, anda perlu ambil keputusan untuk masuk IPTS bagi menyambung pengajian. Pilihlah IPTS yang menawarkan pembiayaan mudah atau beasiswa, atau sekurang-kurangnya anda perlu bayar separuh yuran sahaja. Coba layari laman rasmi IPTS di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti UNIKL, KUPTM, dan KPTM yang menawarkan pinjaman mudah. Selain itu, anda boleh ambil diploma kemahiran seperti ADTEC, GMI, dan JMTI.

5. Buat Pertimbangan Hasil Rayuan

Apabila anda telah mendapat tawaran selepas keputusan rayuan diumumkan, buatlah pertimbangan sama ada menerima atau menolaknya. Buat keputusan yang bijak termasuk mengambil kira potensi kerjaya pada masa hadapan, tempoh pengajian, dan yuran pengajian.

Kesimpulannya, bagi lepasan SPM dan STPM atau setaraf perlu memohon UPU Online dan mendapatkan UPU Pocket bagi memudahkan mencari kursus-kursus di institusi pengajian tinggi dan university awam. Untuk yang gagal memohon pula, tidak perlu berkecil hati karena masuk ke IPTS pun tak kurang baiknya.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut & pertanyaan tentang permohonan rayuan UPU Online hubungi UPU di:

FACEBOOK: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU

TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200 / 03-8870 6769 / 6121/ 6829 / 6774

FAKS : 03 8870 6864

ALAMAT EMEL : upu@mohe.gov.my

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA

Jabatan Pendidikan Tinggi,

Kementerian Pengajian Tinggi

Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6

Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

ALAMAT RASMI:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA

Jabatan Pendidikan Tinggi,

Kementerian Pengajian Tinggi

Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6

Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE  : 03 8870 8200

FAKS            : 03 8870 6864

ALAMAT EMEL     : upu@mohe.gov.my

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan rayuan UPU Online sesi kemasukan 2022/2023 ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment