Semakan Matrikulasi Ambilan Kedua & Rayuan Sesi 2022/2023

Semakan Matrikulasi Ambilan Kedua & Rayuan Sesi 2022/2023

Semakan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Ambilan Kedua Sesi 2022 & Rayuan

Makluman Semakan Keputusan Calon Jaya Program Matrikulasi KPM Ambilan Kedua Sesi 2022 / 2023

Dimaklumkan bahawa Keputusan Calon Jaya ke Program Matrikulasi Ambilan Kedua Kementerian Pendidikan Malaysia boleh disemak mulai 29 Julai 2022 mulai 5.00 petang.

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Matrikulasi Ambilan Kedua serta semakan keputusan rayuan matrikulasi sesi 2022 / 2023 secara online dan tindakan yang perlu dilakukan untuk membuat pengesahan / setuju terima tawaran.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Baca Juga: Permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary 2022 Untuk Pelajar Cemerlang

Cara Semak Keputusan Matrikulasi Ambilan Kedua 2022/2023

Untuk semak keputusan matrikulasi ambilan kedua sesi pembelajaran 2022/2023 sila layari http://matrikulasi.moe.gov.my

Baca Juga: Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM Pasca-Siswazah

Semakan Rayuan Matrikulasi 2022/2023

Calon-calon yang berjaya merayu ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2022/2023 bagi ambilan kedua, dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran

  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran pelajar
  • Maklumat peribadi pelajar
  • Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
  • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan rayuan secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut:  matrikulasi.moe.gov.my

Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya!

Artikel Lain: Biasiswa Kerajaan : Senarai Biasiswa / Tajaan / Pinjaman Pengajian Sektor Awam / Kerajaan

Semakan Tarikh-tarikh Penting Matrikulasi

  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (16-23 Julai 2022)
  • Pendaftaran ke kolej 24 / 25 Julai 2022
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (16-18 Julai 2022)
  • Keputusan pertukaran (22 Julai 2022).
  • Keputusan ambilan 2 (29 Julai 2022)
  • Pendaftaran ke kolej (2) 31 Julai 2022.

Senarai Biasiswa IPT Terkini baca: Biasiswa Ijazah Sarjana Muda (Degree Scholarship)

Selepas Semakan Matrikulasi Ambilan Kedua

1. Jikalau selepas semakan tawaran secara online dilakukan, anda lulus berjaya dan menerima tawaran untuk masuk ke sini, kami ucapkan tahniah. Gunakan peluang diberikan dengan sebaiknya.

2.Yang sudah berjaya, usah berlengah lagi persiapkan segala kelengkapan dan dokumen yang perlu dibawa pada hari daftar diri kelak.

  • Ini termasuklah salinan surat tawaran, informasi mengenai diri anda sebagai pelajar, bawa salinan perakuan yang ibu bapa anda bersetuju, salinan rekod kesihatan anda dan tidak lupa juga salinan anda bebas daripada masalah penyalahgunaan dadah.

3.Tetapi kepada yang masih tidak menerima keputusan apabila melakukan semakan online, boleh cuba untuk melakukan semakan melalui sms

  • Hanya TAIP : MOE<space>MAT<space>Nombor Kad Pengenalan Anda dan send ke nombor 15888

4.Kepada yang tidak berjaya semakan matrikulasi , usah bersedih. Masih ada peluang untuk cuba masuk bagi panggilan yang kedua. Mana tahu kali ini rezeki berpihak kepada anda.

  • Cara yang perlu anda lakukan adalah hantar permohonan rayuan kepada pihak matrikulasi.

5. Ada beberapa cara untuk buat permohonan rayuan.

Cara membuat rayuan adalah seperti berikut:

  • Boleh cuba hantar permohonan rayuan secara online.
  • Anda boleh terus ke Bahagian Matrik Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) di Putrajaya dan dibawa bersama salinan keputusan SPM anda bersama-sama surat rayuan.

Baca juga: ISMP: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Program Dan Jurusan Matrikulasi

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada 2 iaitu :

  • Program Satu Tahun
  • Program Dua Tahun

Program ini mempunyai 4 jurusan iaitu

  1. Sains Hayat
  2. Sains Fizikal
  3. Perakaunan
  4. Teknikal

*Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini.

Anggaran Yuran Matrikulasi KPM

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.

Cara Permohonan Matrikulasi

Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my

Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM

Permohonan akan dibuka pada 15 Mac sehingga 15 April 2022.

Tarikh Semakan Keputusan / Rayuan Kemasukan Ke Matrikulasi

  • Kemaskini Permohonan / baharu (Jun 2022)
  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Julai 2022)
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2022)
  • Keputusan (Julai 2022).
  • Semakan tawaran fasa 2 (Ogos 2022)

Semakan Permohonan Rayuan Matrikulasi 2022/2023

Calon yang telah berjaya melakukan rayuan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2022/2023 bagi ambilan kedua, dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran.

  • Surat tawaran
  • Panduan Pendaftaran pelajar
  • Maklumat Peribadi pelajar
  • Akaun persetujuan ibu bapa/ penjaga dan kesihatan pelajar
  • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Permohonan boleh membuat semakan keputusan permohonan rayuan secara atas talian melalui pautan rasmi berikut: matrikulasi.moe.gov.my

Semakan Tarikh Penting Matrikulasi Sesi Kemasukan 2022/2023

  • Semakan Keputusan Tawaran/ Setuju Terima (16-23 Julai 2022)
  • Pendaftaran ke Kolej 24 / 25 Julai 2022
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (16-18 Julai 2022)
  • Keputusan Pertukaran (22 Julai 2022)
  • Keputusan Ambilan 2 (29 Julai 2022)
  • Pendaftaran ke Kolej (2) 31 Julai 2022

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan Matrikulasi Ambilan Kedua

Sebarang pertanyaan berkaitan Semakan Matrikulasi Ambilan Kedua & Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/ 4042 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Semakan Matrikulasi Ambilan Kedua & permohonan rayuan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2022/2023 ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Semakan Matrikulasi Ambilan Kedua Semakan Matrikulasi Ambilan Kedua

Leave a Comment