Biasiswa ISMP 2021:Semakan & Tarikh Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Biasiswa ISMP 2021:Semakan & Tarikh Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Permohonan Biasiswa ISMP ini dibuka kepada semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Biasiswa ISMP dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

Untuk lain-lain bantuan pendidikan anda boleh baca: Aplikasi Pengurusan Bantuan KPM

Tarikh & Masa Permohonan Biasiswa ISMP 2021 Di Buka

Tarikh & masa para pemohon boleh memohon Biasiswa ISMP online adalah sepeti berikut:

Tarikh & masa permohonan Biasiswa ISMP adalah mulai mulai 1 Mac 2021 (Isnin), jam 5.00 petang sehingga 31 Mac 2021 (Rabu), jam 5.00 petang.

Biasiswa ISMP

Akaun SSPN kini boleh dibuka secara atas talian klik: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i PLUS Untuk Anak Online

Tatacara Permohonan Biasiswa ISMP

Sila baca tatacar lengkap seperti di bawah:

  • Permohonan Biasiswa ISMP secara dalam talian (online) yang telah ditangguhkan sebelum ini akan dibuka semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Biasiswa ISMP dibuka melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm mulai mulai 1 Mac 2021 (Isnin), jam 5.00 petang sehingga 31 Mac 2021 (Rabu), jam 5.00 petang.
  • Permohonan Biasiswa ISMP yang diterima selepas tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon Biasiswa ISMP dipohon untuk merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini.
  • Pemohon Biasiswa ISMP adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.
  • Kesilapan mengisi maklumat permohonan Biasiswa ISMP dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan Biasiswa ISMP ditolak.
  • Rujuk panduan permohonan Biasiswa ISMP di SINI.
  • Pemohon Biasiswa ISMP dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu.
  • Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web permohonan Biasiswa ISMP tersebut.
  • Permohonan Biasiswa ISMP melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
  • Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih.
  • Permohonan Biasiswa ISMP yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
  • Pemohon Biasiswa ISMP dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
  • Pemohon Biasiswa ISMP WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan Biasiswa ISMP sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.
Biasiswa ISMP

Baca Juga: Permohonan Bantuan JKM Online

Syarat Permohonan

Syarat permohonan Biasiswa ISMP adalah seperti berikut:

  1. Pemohon Biasiswa ISMP mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2021 (tahun permohonan);
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
  5. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan;
  6. Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  7. CalonBiasiswa ISMP yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
  8. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021

Cara Memohon Biasiswa ISMP

Cara memohon Biasiswa ISMP adalah mengikut panduan seperti berikut:

1.PANDUAN KHUSUS

  1. Semasa mengisi permohonan Biasiswa ISMP, beberapa panduan berikut adalah disarankan supaya urusan pengisian maklumat permohonan mudah dan jelas.
    • Pemohon Biasiswa ISMP adalah dikehendaki untuk mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan di semua menu yang disediakan dan sekiranya terdapat maklumat yang tidak lengkap, permohonan Biasiswa ISMP akan ditolak.

2. PAPARAN UTAMA PERMOHONAN

Biasiswa ISMP
  1. Pemohon Biasiswa ISMP perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 – 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.
    • Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidakboleh dipinda selepas pendaftaran.
    • Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.
    • Maklumat pendaftaran permohonan hendaklah disimpan dengan baik bagi tujuan rujukan / kemas kini.

Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

3. MENU: DIRI

  1. Pemohon Biasiswa ISMP WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda *.
    • Sila muat naik GAMBAR berukuran passport dengan saiz kurang daripada 1MB dalam format .jpg / .jpeg.
    • Sila lengkapkan NAMA PENUH dengan HURUF BESAR seperti dalam Kad Pengenalan baharu.
    • Sila lengkapkan ALAMAT SURAT-MENYURAT dan ALAMAT TETAP dengan lengkap. Jika ruang     tidak mencukupi, sila gunakan perkataan yang ringkas. Sila pastikan maklumat yang dinyatakan berpenghuni sebagai langkah memastikan sebarang surat menyurat rasmi berkaitan tawaran dan penajaan ini diterima.
    • Sila lengkapkan NOMBOR TELEFON (RUMAH DAN BIMBIT) tanpa sebarang tanda sempang (-) di antara nombor.
    • Sila tekan butang SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.

4. MENU: PENGAJIAN

  1. Pemohon Biasiswa ISMP WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda *.
    • Sila pilih UNIVERSITI AWAM daripada senarai. Sila rujuk syarat permohonan bagi senarai Universiti yang ditawarkan bagi sesi permohonan 2021.
    • Sila pilih BIDANG / KURSUS yang sedang diikuti (seperti dalam surat tawaran universiti). Bidang / kursus yang ditawarkan adalah seperti dalam senarai pilihan yang diberikan. Sila rujuk syarat permohonan Biasiswa ISMP bagi bidang yang ditawarkan bagi sesi permohonan 2021.
    • Sila tekan butang SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.

Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022

5. MENU : AKADEMIK

  1. Pemohon Biasiswa ISMP WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda * dan melengkapkan ruangan yang mana berkaitan.
    • Sila lengkapkan maklumat PNGK Keputusan Peperiksaan Terkini Di Universiti Awam dalam    format digit (2 titik perpuluhan).

               Contoh : 3.70

  • Sila tekan butang SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.

6. MENU : KO-KURIKULUM

  1. Pemohon Biasiswa ISMP WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda *.
    • Sila pilih Jenis Sukan Diwakili dan Peringkat Diwakili semasa mengikuti pengajian di Universiti Awam.
    • Sekiranya Jenis Sukan Diwakili tiada dalam senarai; sila pilih LAIN-LAIN SUKAN PERMAINAN YANG DIIKTIRAF.
    • Sila pilih Nama Persatuan yang disertai dan Jawatan Disandang Dalam Persatuan semasa mengikuti pengajian di Universiti Awam.
    • Sekiranya Nama Persatuan tiada dalam senarai; sila pilih LAIN-LAIN.
    • Sekiranya tidak menyertai sebarang persatuan semasa mengikuti pengajian di Universiti Awam; sila pilih TIADA.
    • Sila pilih Nama Pasukan Beruniform yang dianggotai dan Jawatan Dalam Pasukan Beruniform yang disandang semasa mengikuti pengajian di Universiti Awam.
    • Sekiranya Nama Pasukan Beruniform tiada dalam senarai; sila pilih LAINLAIN PASUKAN BERUNIFORM / SENIBELA DIRI.
    • Sekiranya tidak menyertai sebarang Pasukan Beruniform semasa mengikuti pengajian di Universiti Awam; sila pilih TIADA.
    • .Sila tekan butang SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.

Baca Juga: Cara Mohon Bantuan OKU: Mohon Melalui jkm.gov.my

7. MENU : IBUBAPA / PENJAGA

  1. Pemohon Biasiswa ISMP WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda *.
    • Sila lengkapkan No. MyKad / No. Tentera / No. Polis dengan lengkap dan tepat tanpa tanda sempang (-). Jika ibu / bapa telah meninggal dunia / tiada, sila isi TIADA.
    • Sila lengkapkan ALAMAT RUMAH dan ALAMAT MAJIKAN ibubapa/penjaga dengan lengkap. Jika ruang tidak mencukupi, sila gunakan perkataan yang ringkas.
    • Sila lengkapkan NOMBOR TELEFON ibubapa / penjaga dan majikan tanpa sempang (-).
    • Sila lengkapkan maklumat Pendapatan (Gaji Pokok + Elaun) dan Lainlain Pendapatan (Jika Ada) ibubapa / penjaga. Jumlah Pendapatan akan dikira secara automatik berdasarkan maklumat berkenaan.
    • Jika ibu / bapa / penjaga telah meninggal dunia / tiada, sila isi 0 (nombor kosong) di ruangan berkenaan.
    • Sila lengkapkan Bilangan Tanggungan Yang Masih Belajar / Menuntut di Sekolah. Bilangan yang dinyatakan adalah tanggungan yang berumur di bawah 18 tahun.
    • Sila lengkapkan Bilangan Tanggungan Yang Masih Belajar / Menuntut di IPTA. Bilangan yang dinyatakan termasuk pemohon.
    • Jumlah Pendapatan Keluarga akan dikira secara automatik berdasarkan maklumat yang telah dilengkapkan.
    • Sila tekan butang SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.

8. MENU : PERAKUAN

  1. Sila baca dan membuat perakuan dengan menandakan (✓) pada kotak yang disediakan.
    • Butang HANTAR hanya akan dipaparkan selepas pemohon menekan butang SIMPAN.
    • Pemohon Biasiswa ISMP dinasihatkan untuk menyemak semua maklumat yang telah dilengkapkan adalah   tepat sebelum menghantar permohonan.
    • Sila tekan butang HANTAR setelah melengkapkan permohonan dan pastikan Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan Biasiswa ISMP dicetak sebagai bukti permohonan.
    • Permohonan Biasiswa ISMP yang telah dihantar tidak boleh dikemas kini.

Baca Juga: Bonus Tabung Haji: Tarikh Pengumuman & Kadar Dividen 2020

Bidang Pendidikan Yang Layak Memohon Biasiswa ISMP

Bidang pengajian yang layak memohon Biasiswa ISMP adalah seperti berikut:

Biasiswa ISMP

1. Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia

  • Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Bahasa Malaysia)

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

2. Bahasa Inggeris / TESL / TESOL

  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  • Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan TESL)
  • Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (TESL) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (TESOL)
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

3. Bahasa Cina

  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina Dengan Pendidikan

4. Sejarah

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan Sains Sosial)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Sejarah)

5. Geografi

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan Sains Sosial)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Geografi)

Baca Juga: Cara Kemaskini Maklumat APDM

6. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Sukan Dan Rekreasi)
  • Bacelor Pendidikan Dalam Pendidikan Jasmani Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

7. Seni Visual

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Seni Dan Senireka

8. Pendidikan Khas

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Khas)

9. Dini (Medium Pengajaran dalam Bahasa Arab)

  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran)
  • Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) Dengan Kepujian

10. Tahfiz

  • Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz Al-Quran Dan Qira’at Dengan Kepujian

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

11. Kimpalan dan Fabrikasi Logam

  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan Dan Fabrikasi Logam) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) Dengan Kepujian (Kimpalan Dan Fabrikasi Logam)

12. Automotif

  • Sarjana Muda Teknologi Dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) Dengan Kepujian

13. Rekabentuk Teknologi

  • Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk Dan Teknologi) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Reka Cipta) Dengan Kepujian

Penting perlu tahu dan kongsi: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan panduan penggunaan sistem ePenawaran, Biasiswa ISMP boleh menghubungi urusetia berikut :

Biasiswa ISMP

Pertanyaan umum berkaitan program :

Cawangan Penawaran

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2, No. 2, Menara 2,

Jalan P5/6, Presint 5

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 PUTRAJAYA

(u.p. : Cik Nur Amalina Alyani binti Sajat / Encik Fizry Azmier bin Salehuddin / Cik Nurhafifah binti Rosli / Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)

No. Telefon : 03-8888 1616 (Hotline) / 03-8870 6375 / 03-8870 6362/ 03-8870 6442 / 03-8870 6369 03-8870 6000 samb. 4416 / 4950

Faks : 03-8870 6839

E-mel : [email protected]

Pertanyaan / masalah teknikal borang permohonan:

E-mel : [email protected]

(mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah teknikal borang permohonan yang dihadapi)

 Terima kasih. Semoga semua pemohon Biasiswa ISMP 2021 berjaya insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment