Cara Tutup Pinjaman ASB : Terminate ASB Loan (Maybank,CIMB,RHB)

Cara Tutup Pinjaman ASB : Terminate ASB Loan (Maybank,CIMB,RHB)

Kepada pelanggan ASB yang ingin terminate atau tutup pinjaman ASB atas pelbagai sebab tertentu, sudah semestinya ingin mengetahui bagaimana cara untuk tutup atau terminate akaun pinjaman atau loan ASB tersebut.

Berikut dikongsikan cara tutup atau terminate pinjaman ASB anda untuk memudahkan urusan anda.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Baca Juga: Pengeluaran Duit ASB Online (Transfer Bank Lain)

Apa Itu Pinjaman ASB?

Pinjaman ASB merupakan pinjaman berjangka asas dan faedah yang dikenakan ke atas peminjam ASB menggunakan kaedah pengurangan baki. Di Malaysia, sesetengah bank yang merupakan ejen dana ASB juga memberikan pinjaman ASB seperti perkhidmatan Maybank,CIMB Bank dan RHB.

Artikel Lain: Cara Semak Dividen ASB Online & Kaedah Pengiraan

Sebab Ingin Tutup / Terminate Pinjaman ASB

Antara punya pelanggan ingin terminate akaun ASB adalah:

  • Pulangan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang adakalanya rendah
  • Kadar keuntungan atau dividen yang diperolehi daripada melabur di ASB dan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank untuk pinjaman yang dilakukan semakin tidak berbaloi.
  • Bebanan tanggungan
  • Kenaikan kos sara hidup

Baca Juga: Transfer Duit ASB Online:Cara Pindah / Tambah Pelaburan ASNB Online Maybank2u

Cara Tutup Atau Terminate Pinjaman ASB Maybank

Berikut adalah merupakan cara terminate pinjaman ASB dengan Maybank:

  • Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan Maybank.Dokumen yang perlu dibawa adalah kad pengenalan anda.
  • Anda disarankan membawa nombor akaun pinjaman ASB anda. Sekiranya anda terlupa, pegawai bank boleh memeriksa akaun pinjaman ASB anda melalui nombor kad pengenalan anda.
  • Kemudian, anda pergi ke bahagian kaunter front desk dan perlu maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB.
  • Pegawai bank akan memeriksa status akaun pinjaman anda samaada terdapat baki, status tunggakan dan sebagainya.
  • Anda perlu myatakan sebab atau alasan anda ingin membatalkan pinjaman ASB anda.
  • Anda akan diberikan borang daripada pegawai bank iaitu borang membatalkan pinjaman ASB anda.
  • Setelah borang permohonan selesai diisi, anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari.
  • Urusan terminate asb loan bank Maybank anda selesai.

Cara Tutup Atau Terminate Pinjaman ASB CIMB Bank

Berikut adalah merupakan cara tutup atau terminate pinjaman ASB dengan Bank CIMB:

  • Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan CIMB dan dokumen yang perlu dibawa adalah kad pengenalan anda.
  • Anda perlu pergi ke bahagian kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.
  • Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.
  • Kebiasaannya pegawai bank yang bertugas akan bertanyakan sebab anda ingin menamatkan pinjaman ini dan anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.
  • Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.
  • Proses biasanya akan mengambil masa 2 minggu dimana anda akan dihubungi pegawai bank dan pengesahana bayaran baki bon pinjaman anda.

Cara Tutup Atau Terminate Pinjaman ASB RHB Bank

Berikut adalah merupakan cara tutup atau terminate pinjaman ASB dengan Bank RHB:

  • Sebelum anda kujungi cawangan bank RHB. Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan CIMB dan dokumen yang perlu call customer service dulu untuk maklumkan cancellation. Customer Service akan memberi maklumat kepada anda berkaitan terminate ASB Loan.
  • Jika loan asb yang anda buat tidak cukup tempoh 36 bulan bayaran,akan dikenakan denda sebab tidak cukup 36 bulan. Jika lebih  36 bulan bayaran, anda boleh tutup tanpa sebarang denda.
  • Anda perlu pergi ke bahagian kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.
  • Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.
  • Anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.
  • Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.
  • Anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari.
  • Proses terminate asb loan bank RHB  anda selesai.
  • Bagi bank RHB, tempoh 2 bulan untuk urusan  jualan balik and urusan BNM diperlukan. Selepas proses ini selesai, anda akan tahu berapa jumlah hasil yang diperolehi daripada terminate asb loan RHB.

Cara Tutup Atau Terminate Pinjaman ASB Dengan Bank Lain

Berikut adalah merupakan cara tutup atau terminate pinjaman ASB dengan lain-lain Bank:

  • Proses Cara Tutup Pinjaman ASB membatalkan loan anda dengan mana-mana bank lebih kurang sama iaitu anda perlu melakukannya di kaunter kerana proses sebegini tidak boleh dilakukan secara dalam talian.
  • Untuk pengesahan, anda akan diberikan borang untuk diisi sebagai tanda persetujuan membatalkan ASB loan.
  • Walau bagaimanapun, tempoh proses pembatalan mungkin berbeza bagi setiap bank.
  • Untuk maklumat lanjut, boleh bertanyakan lebih terperinci dengan pegawai bank yang anda temui di kaunter bank.

Tempoh Proses Penutupan Akaun Pinjaman ASB (ASB LOAN)

Setiap bank mempunyai tempoh tertentu untuk peminjam membatalkan ASB loan ini.

Anda boleh rujuk bank pinjaman anda untuk mengetahui tempoh masa yang diambil untuk prosedur penutupan akaun pinjaman loan ASB ini.

Caj Proses Tutup Atau Terminate Akaun Pinjaman ASB Ini

Untuk makluman anda, pada masa kini kesemua asbf dari pelbagai bank tiada lagi Lock In Period. Maksudnya boleh terminate anytime walaupun asbf tersebut baru setahun sahaja. Cara Tutup Pinjaman ASB

Jika Terminate Akaun ASB Loan Apa Berlaku?

Antara kesan yang mungkin anda akan terima jika anda tutup akaun Pinjaman ASB anda antaranya adalah seperti berikut:

  1. Lebihan bayaran takaful kena dibayar
  2. Contohnya ASBF RM100,000 + takaful 30 tahun. Total loan RM103,000.
  3. Lebihan RM3,000 tu sebenarnya untuk bayaran takaful
  4. Jika terminte terlalu awal, lebihan itu dipanggil shortfall

Cara Elakkan Shortfall Jika Terminate Akaun ASB Loan

  • Ambil takaful minimum 5 tahun.
  • Untuk sijil RM100,000, bayaran takaful untuk 5 tahun hanya lebih kurang RM620 sahaja. Jadi total loan sekitar RM100,620.
  • Dalam masa 6 bulan baki loan akan kurang daripada RM100,000.

Soalan Lazim

1.Boleh ker terminate loan ASB secara online? Cara Tutup Pinjaman ASB Online..

Tidak boleh

2.Apakah dokumen yang diperlukan untuk terminate ASB LOAN?

Kad pengenalan

3.Apa itu nombor akaun pinjaman ASB?

Ia adalah nombor rujukan untuk pinjaman ASB anda.

4.Adakah saya akan dapat terus duit selepas terminate ASB LOAN?

Bergantung kepada bank,ada yang mengambil masa sehingga 2 minggu untuk dapat duit.

5.Adakah saya dikenalkan penalti jika terminat ASB LOAN?

Bergantung kepada kontrak yang dipersetujuan semasa memohon ASB LOAN,sila semak butiran ASB LOAN anda.

6.Adakah saya untung atau rugi jika terminate loan ASB?

Bergantung kepada pelaburan anda,sila buat semakan tentang pelaburan ASB LOAN anda.

Cara Pengeluaran Duit ASB Online

Untuk buat pengeluaran ASB secara online, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.

Jika belum ada, bolehlah daftar terlebih dahulu. Sila rujuk panduan mendaftar di sini: MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen

Bagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB mengikut langkah berikut:

  1. Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my
  2. Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
  3. Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
  4. Pilih “Seterusnya”.
  5. Akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
  6. Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.
  7. Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
  8. Lepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.

Artikel Lain; Cara Tukar Had/Limit Akaun online (Maybank2u Cimb Click i-Rakyat MyBsn RHB Online PBeBank)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Cara Tutup Pinjaman ASB atau perkara lain berkaitan Cara Tutup Pinjaman ASB, anda boleh layari pautan berikut: https://www.asnb.com.my/

Facebook: Amanah Saham Nasional Berhad

Hotline ASNB: 03-7730 8899

Share laju-laju Cara Tutup Pinjaman ASB ini. Ramai yang belum tahu!

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Cara Tutup Pinjaman ASB ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment