Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
Cara Membuat Surat Permohonan Kerja Kosong Dengan Betul. Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Mudah 2021|ADAKAH anda ingin membuat surat permohonan kerja kosong? Bagaimana cara mudah membuat surat permohonan kerja kosong? Perhatian buat anda yang ingin membuat surat permohonan kerja kosong dengan mudah. Semoga panduan surat mohon kerja kosong ini dapat memudahkan anda mencari jawatan kosong. Berikut dikongsikan Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Yang Mudah buat rujukan anda.
Ramai pencari kerja sekarang kurang menitikberat cara menulis surat permohonan kerja yang betul.
Mencari pekerjaan adalah satu perkara yang akan dilalui oleh hampir setiap orang pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Seringkali ini berlaku tatkala kita baru selesai pengajian dan tidak mempunyai pengalaman dalam mencari perkerjaan.
Antara cara-cara untuk mencari pekerjaan adalah dengan melihat iklan di akhbar atau dengan melayari laman-laman pekerjaan seperti jobstreet.com, jobsDB.com dan sebagainya.
Unuk format surat rasmi terkini rujuk: Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
Contoh Cara Membuat Surat Permohonan Kerja Kosong Dengan Betul
Namun ramai pencari kerja tidak tahu cara sebenar untuk membuat surat permohonan kerja. Ada yang menghantar resume tanpa surat. Malah ada yang hanya tulis surat ringkas untuk memohon kerja.
Dalam mencari pekerjaan, perkara yang pertama yang memberikan bakal majikan gambaran yang positif atau sebaliknya mengenai kita adalah melalui surat permohonan kerja dan resume. Sebaiknya surat pemohonan kerja ini disesuaikan dengan jawatan dan syarikat yang dipohon.
Ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk disenaraikan antara mereka yang dipanggil untuk temu ramah. Elakkan dari menghantar surat permohonan kerja dan resume yang umum dan menghantar surat permohonan jawatan dan resume yang sama bagi semua jawatan. Surat Permohonan Kerja Kosong
Surat permohonan kerja adalah peluang anda “memasarkan” diri anda kepada majikan. Pastikan anda tekankan kemahiran dan sikap anda yang kritikal bagi jawatan yang dipohon. Surat Permohonan Kerja Kosong
Contohnya apabila memohon bagi jawatan pegawai pemasaran, anda boleh menekankan bahawa anda adalah seorang yang ceria, peramah dan senang berinteraksi dengan pelbagai pihak. Anda juga memiliki lesen motor / kereta yang memudahkan anda keluar bertemu dengan pelanggan. Surat Permohonan Kerja Kosong
Apabila memohon jawatan sebagai pegawai akaun pula, anda perlu tekankan sikap anda yang teliti, selesa bekerja dengan angka dan boleh bekerja secara berdikari. Surat Permohonan Kerja Kosong
Jika memohon pekerjaan sebagai guru tadika pula, tekankan bahawa anda adalah seorang yang senang berinteraksi dengan kanak-kanak. Anda juga perlu penyayang, penyabar dan suka memperkenalkan perkara-perkara baru kepada kanak-kanak. Surat Permohonan Kerja Kosong
Sepertimana anda tahu, surat permohonan kerja perlu dilampirkan bersama resume. Ini untuk menunjukkan diri anda seorang yang profesional dalam memohon jawatan kosong. Surat permohonan boleh ditulis dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris mengikut kesesuaian jawatan yang dipilih. Surat Permohonan Kerja Kosong
Berikut adalah cara membuat surat permohonan kerja kosong dengan mudah dan terbaik.
Tips Penting Untuk Menulis Surat Permohonan Kerja Kosong
- Pastikan menggunakan perkataan penuh bukan singkatan.
- Menggunakan kata ganti diri yang bertul.
- Mendapatkan maklumat jawatan yang betul.
- Pastikan ejaan yang betul.
Contoh Surat Lain
Baca juga contoh surat lain seperti berikut:
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Perjanjian Perkongsian CIDB: Surat Perjanjian Perkongsian
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Dalam Bahasa Melayu
CONTOH 1 Surat Permohonan Kerja Kosong
Nama dan alamat pemohon yang lengkap
_____________________________________________
Alamat syarikat jawatan dipohon yang lengkap.
Tarikh
Tuan/Puan,
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI ………………
Merujuk perkara di atas, saya nama pemohon (No. Kad Pengenalan) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai (jawatan yang diiklankan) di organisasi tuan.
02.Untuk makluman anda, saya sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai (jawatan sekarang atau pengalaman kerja yang sama) di sebuah (nyatakan tempat kerja terdahulu). Saya juga mempunyai pengalaman dan kemahiran yang luas dalam bidang (bidang bersesuaian).
03.Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang sedia ada. Menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan organisasi tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam pentadbiran dan servis.
04.Untuk memudahkan pihak tuan/puan, saya juga menyertakan resume serta lampiran sijil-sijil yang disahkan untuk rujukan tuan/puan. Saya amat berbesar hati agar tuan/puan menghubungi saya di talian xxxxxx untuk tindakan lanjut.
Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
………………………………
(Nama Pemohon)
No. Kad Pengenalan
Baca Juga: e-Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia
CONTOH 2 Surat Permohonan Kerja Kosong
Nama syarikat dan alamat tempat jawatan dipohon dengan lengkap.
Tarikh
Tuan/Puan,
PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI (JAWATAN YANG DIPOHON)
Perkara di atas dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai (jawatan yang dipohon) di organisasi tuan/puan.
02. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemegang Ijazah dalam bidang (nyatakan) daripada (Universiti/kolej). Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2018.
03.Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai (jawatan dan tempat kerja sekarang), sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.
Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihaktuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
………………………….
NAMA PEMOHON
Baca Juga: Permohonan TUDM 2021/2022:Syarat & Borang Pengambilan TUDM
Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Mudah 2021
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Yang Mudah:
Ali Bin Abu
No. 1 Lorong Sentosa,
Taman Sentosa,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman
_____________________________________________
Pengurus Besar
RnR Auto Service,
No. 34 Jalan Semarak,
Taman Semarak,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman
5 Januari 2021
Tuan/Puan,
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI TECHNICIAN
Merujuk perkara di atas, saya Ali Bin Abu (No. KP 860578075501) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai technician di organisasi tuan.
2. Untuk makluman anda, saya sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Technician di sebuah auto service di Selangor. Saya juga mempunyai pengalaman dan kemahiran yang luas dalam bidang automotif.
3. Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang sedia ada. Menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan organisasi tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam pentadbiran dan servis.
4. Untuk memudahkan pihak tuan/puan, saya juga menyertakan resume serta lampiran sijil-sijil yang disahkan untuk rujukan tuan/puan. Saya amat berbesar hati agar tuan/puan menghubungi saya di talian xxxxxx untuk tindakan lanjut.
Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
………………………………
(Ali Bin Abu)
No. KP: 860578075501
Baca Juga: Permohonan BKC PEMULIH & Bantuan Khas Covid-19 Kerajaan Negeri
Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Sebagai Juruteknik / Juruteknik
Zuhaidi Bin Hilmi
No. 7 Jalan Peserai Jaya 1,
Taman Peserai Jaya,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim
_____________________________________________
Pengurus Besar
ABC Auto Service,
No. 100 Jalan Rahmat,
Taman Maju,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim
16 Julai 2018
Tuan/Puan,
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTERA
Merujuk perkara di atas, saya Zuhaidi Bin Hilmi (No. KP 930801015501) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai jurutera di organisasi tuan.
2. Buat makluman tuan, sebelum ini saya pernah memegang jawatan sebagai Jurutera di sebuah syarikat kejuruteraan di Sepang. Saya juga memiliki pengalaman yang luas dalam bidang automotif serta menguasai kemahiran menggunakan perisian khas dalam komputer.
3. Saya yakin bahawa kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang sedia ada. Sudah menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan organisasi tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dari segi pentadbiran dan servis.
4. Bagi memudahkan pihak tuan/puan, saya juga menyertakan resume serta lampiran sijil-sijil yang disahkan untuk rujukan tuan/puan. Saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan menghubungi saya di talian 0147752121 untuk tindakan lanjut.
Diharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
………………………………
(ZUHAIDI BIN HILMI)
Jurutera,
Malaysia Airlines Berhad.
Baca Juga: Bantuan Khas Covid-19 BKC:Cara Mohon, Syarat & Semakan Status Permohonan
Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Sebagai Setiausaha
Baca Juga: Cetak Sijil Vaksinasi MySejahtera Covid-19:Print Salinan Untuk Rentas Daerah/Negeri
Pengarah,
Sumber Manusia
Daerah Batu Pahat
83000, Batu Pahat, Johor
16 Julai 2018
Tuan/Puan,
PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA
Perkara di atas dirujuk. Saya Nur Aina Najwa Binti Yahya, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.
2. Buat makluman tuan/puan, saya merupakan seorang pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Skudai. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Jun 2017.
3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai seorang kerani di Maju Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap. Tambahan pula, syarikat tuan/puan terletak berhampiran dengan rumah saya, yang secara tak langsung menjadikan urusan perjalanan ke kerja lebih mudah.
Saya berharap bahawa permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan menghubungi saya di talian 0147752121 untuk tindakan lanjut. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
………………………….
(NUR AINAA NAJWA BINTI YAHYA)
Kerani,
Maju Sdn. Bhd.
Baca Juga : Jadual Bayaran BKC:Bantuan Khas Covid-19
Contoh Surat Permohonan Kerja Dalam Bahasa Inggeris
Berikut dikongsikan adalah contoh surat mohon kerja dalam bahasa Inggeris sebagai panduan buat anda terutamanya para graduan.
Nama Pemohon dan Alamat Lengkap
_____________________________________________
Nama dan Alamat Syarikat Yang Dipohon
Date
APPLICATION FOR THE POST OF LECTURER
I am writing this cover letter to apply the post for lecturer in Computer Science. I consider that my resume and interests matches with your requirement. I would like to draw your attention to several features of my professional experience.
I have a Bachelor in Computer Sciences from Universiti Utara Malaysia (UUM). I am available to begin next semester and I believe I am the one who has the skill set and the experience you have been looking for.
I am very interested in winning this job and will be happy to speak with you in person if you’d like to get together to discuss the duties. If you’re available to get together, please call me any time at 0xx-xxx xxxx. I’ll be glad to work my schedule to suit yours. Thank you for your time and attention.
Sincerely Yours,
……………………
[Your Name]
Baca Juga: Renew lesen Roadtax Insurans MyEG:Cara Renew Online Mudah Guna MyEG
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang contoh Surat Permohonan Kerja Kosong ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com