Bantuan Khas Covid-19 BKC:Cara Mohon, Syarat & Semakan Status Permohonan

Bantuan Khas Covid-19 BKC:Cara Mohon, Syarat & Semakan Status Permohonan

Seperti yang kita sedia maklum, Bantuan Khas Covid-19 BKC adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi menringankan kos sara hidup dan beban yang terpaksa ditanggung akibat pandemic COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Untuk semakan jadual bayaran Bantuan Khas Covid-19 BKC baca: Jadual Bayaran BKC:Bantuan Khas Covid-19

Untuk itu, izinkan kami terangkan mengenai semakan kelulusan BKC dan jadual pembayaran beserta amaun yang diluluskan untuk panduan anda.

Bantuan Khas Covid-19 BKC:Cara Mohon, Syarat & Semakan Status Permohonan

Baca juga : Permohonan MRSM Sesi 2022:Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4

Kelayakan Bantuan BKC

Berikut pula adalah jadual kelayakkan penerima BKC mengikut kategori penerima dan klasifikasi.

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah sperti berikut :

Kelayakan Bantuan Khas Covid-19

Untuk pengetahuan anda, permohonan untuk mendapatkan BKC adalah tidak perlu. Hal ini kerana kelayakan penerima akan dibuat berdasarkan data sedia ada melalui dapatan Permohonan BPR 2021 bagi katagori miskin tegar dan B40. Manakala, untuk M40 diambil data bantuan daripada Percukaian (LHDNM).

Baca Juga: Renew Roadtax Insurans MyEG:Cara Renew Online Mudah Guna MyEG

Jumlah Bayaran BKC

Bayaran BKC akan diterima mengikut kategori penerima dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan seperti Isi Rumah, Warga Emas mahupun bujang. Sila rujuk jadual untuk memudahkan pemahaman :

Baca Juga: TKWBNS:Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 2021

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19

Jangkaan pembayaran BKC adalah mulai Ogos hinggan Disember 2021. Sila rujuk jadual pembayaran untuk maklumat lebih detail bagi pembayaran mengikut kategori.

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19

Baca Juga: Cetak Sijil Vaksinasi MySejahtera Covid-19:Print Salinan Untuk Rentas Daerah/Negeri

Cara Bayaran Bantuan Khas Covid-19

Kepada mereka yang tertanya akan cara pembayaran BKC, jangan risau. Kaedah bayaran adalah secara automatik seperti Bantuan Prihatin Rakyat yang dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonana BPR 2021. Begitu juga bagi katagori M40, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan dalam rekod percukaian.

Artikel lain: Daftar Vaksin Untuk Orang Lain Guna MySejahtera:Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan

Siapa Yang Layak Memohon Bantuan Khas Covid-19

  • Warganegara Malaysia
  • Kategori pendapatan: Miskin tegar / B40 / M40
  • Klasifikasi: Isi rumah / Warga emas sebatang kara / Individu bujang

Ketahui Juga: Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis

Cara Permohonan Bantuan Khas Covid-19

Tiada permohonan diperlukan

Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM

Kategori PendapatanData pengesahan
Miskin TegarPermohonan BPR 2021
B40Permohonan BPR 2021
M40Rekod percukaian LHDNM

Nota: Jika anda tidak berjaya dalam rayuan BPR, anda tidak layak untuk bayaran BKC untuk kategori B40.

Namun, LHDNM akan memeriksa rekod cukai yang ada untuk mengesahkan jika anda termasuk di dalam kategori pendapatan M40 (RM5,001 – RM9,000 untuk isi rumah / RM2,501 – RM5,000 untuk individu bujang)

Jika anda berada di dalam kategori pendapatan ini anda akan layak mendapat bayaran BKC untuk kategori M40

Baca : Pendaftaran Vaksin Covid-19:Cara Datar Penerimaan Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera

Semakan Status Permohonan BKC

Untuk semakan status BKC, tarikh dan kaedah semakan BKC akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut makluman yang terkini. Untuk itu, kami akan pastikan update terkini jika mempunyai maklumat lanjut.

Baca Juga: Daftar SSM Online:Cara Pendaftaran Perniagaan Online

Soalan Lazim Bantuan Khas Covid-19 BKC

1. Bila dan bagaimana semakan boleh dibuat?

Tarikh dan kaedah semakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

2. Pasangan saya adalah penerima BPR 2021 tetapi telah meninggal dunia. Adakah permohonan pasangan saya masih layak untuk menerima BKC?

Sekiranya penerima BPR 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKC akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank.

3. Saya tidak memohon BPR 2021, adakah saya akan layak menerima Bantuan Khas Covid-19 BKC?

Penerima BKC adalah merujuk kepada jawapan bagi soalan 3. Sekiranya tuan tergolong dalam kategori data berkenaan dan menepati syarat, tuan akan menerima Bantuan Khas Covid-19 BKC.

4.Saya memohon BPR 2021 tetapi berstatus tidak lulus adakah saya layak menerima Bantuan Khas Covid-19 BKC?

Permohonan tuan akan disemak silang dengan data percukaian dan penetapan kategori penerima Bantuan Khas Covid-19 BKC akan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan kelayakan untuk menerima BKC.

5. Permohonan BPR 2021 saya telah lulus dengan status Bujang tetapi saya telah membuat rayuan dengan status berkahwin, adakah saya layak menerima BKC sebagai isi rumah?

Klasifikasi pembayaran BKC adalah berdasarkan status perkahwinan yang dilaporkan semasa kelulusan permohonan BPR 2021. Sekiranya tuan ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan status kahwin, pembayaran BKC akan dibuat dengan klasifikasi (Isi Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus.

6. Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus disebabkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Saya ada membuat rayuan BPR 2021 kerana saya telah tidak bekerja. Adakah saya layak menerima BKC sebagai kategori B40?

Permohonan tuan akan disemak silang dengan data percukaian dan penetapan kategori penerima BKC akan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan kelayakan untuk menerima Bantuan Khas Covid-19 BKC. Sekiranya Rayuan BPR 2021 lulus, pembayaran BKC akan dibuat berdasarkan kategori BKC (Miskin tegar / B40 / M40) yang terkini.

7. Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP). Adakah saya layak menerima Bantuan Khas Covid-19 BKC?

Penerima GKP tidak layak untuk menerima Bantuan Khas Covid-19 BKC.

Baca Juga: Cara Daftar Login MyEG:Check Status Roadtax, Semak Saman Renew Lesen Dll

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Makluman terkini mengenai Bantuan Khas Covid-19 BKC akan dikemaskini melalui portal rasmi bpr.hasil.gov.my atau anda boleh tekan pada pautan BKC 2021

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Khas Covid-19 BKC ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Leave a Comment