Tips Beli Air Cond : Panduan Beli Baru / Terpakai
Ketahui tips beli air cond terlebih dahulu sebelum anda membeli air cond untuk rumah anda bagi mengelakkan anda terpaksa membayar bil yang melambung tinggi kerana lebih banyak tenaga elektrik yang diperlukan air cond anda untuk menyejukkan sesuatu ruangan.
Kebanyakan rumah sekarang memilih untuk memasang penghawa dingin (air cond) kerana cuaca yang semakin panas pada masa kini.
Apabila ingin memasang air cond untuk rumah, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti yang berikut:
- Keluasan ruang
- Inverter vs Non-Inverter
- Energy rating
Walaupun harga yang murah mungkin memainkan peranan penting sewaktu membeli aircond, anda mungkin terpaksa membayar bil yang melambung-lambung tinggi kerana tersilap beli penghawa dingin.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Tips Beli Air Cond sebagai panduan kepada semua.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Jual Beli Kereta Carsome Malaysia : Panduan Jual Beli Kenderaan Terpakai
Tips Beli Air Cond Keluasan Ruang
Antara perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah berapa besar “horsepower” atau singkatannya HP air cond yang perlu dibeli.
Secara umumnya, air cond dijual dalam varian 1.0HP, 1.5HP dan 2.0HP.
Lagi besar HP, lagi mahal harganya – namun lebih berbaloi membeli air cond dengan HP lebih besar sekiranya ruangan yang ingin disejukkan adalah besar seperti di ruang tamu.
Di sinilah anda perlu mengetahui seberapa besarkah ruangan yang ingin disejukkan.
Sekiranya anda memakai penghawa dingin dengan HP yang rendah, air cond anda terpaksa bekerja lebih keras untuk menyejukkan ruangan tersebut dan perkara ini akan menyebabkan bil elektrik anda melambunng tinggi!
Sekiranya ingin mendapatkan cadangan berapa HP air cond yang anda patut beli, boleh gunakan kalkulator yang disediakan di laman Daikin ini https://www.daikin.com.my/heat-calculator/
Baca Juga: Harga Lesen Memandu Terkini 2022
Pilihan Antara Air Cond Inverter & Non-Inverter
Tips tips beli air cond yang kedua adalah memilih air cond yang mempunyai inverter sekiranya anda mampu.
Kebiasaannya penjual akan bertanyakan sama ada anda perlukan air cond inverter atau non-inverter?
Secara umumnya, air cond jenis inverter lebih jimat tenaga berbanding non-inverter.
Namun, harganya sedikit mahal berbanding non-inverter.
Tapi, kos awal yang lebih besar ini cukup berbaloi sekiranya anda menggunakan penghawa dingin secara kerap hampir setiap hari untuk tempoh masa yang panjang – contohnya pada waktu malam sehingga pagi ketika masa tidur anda.
Sekiranya anda mampu, sentiasa pilih yang jenis inverter. tips beli Air Cond
Artikel Lain: i-MILIKI : Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah
Air Cond Inverter Energy rating
Kebiasaannya apabila anda membeli apa-apa perkakasan atau barangan elektrik, anda boleh lihat terdapat pelekat Energy rating yang biasanya diletakkan dengan logo bintang.
Lagi banyak bintang, lagi efektiflah penggunaan tenaga oleh alatan elektrik tersebut.
Kebiasaannya, air cond yang daripada jenis inverter mempunyai Energy rating yang lebih baik.
Sifir mudahnya, lebih tinggi Energy rating lebih jimat penggunaan tenaga elektrik.
Diharapkan selepas anda membaca tips beli air cond ini, anda dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk membeli air cond untuk dipasang di rumah anda. tips beli Air Cond
Pilihan Jenis Air Cond Sesuai
a) Wall mounted
Wall mounted atau dalam bahasa mudahnya penghawa dingin yang digantung pada dinding adalah jenis yang paling popular dikalangan pengguna kerana mudah dipasang, murah dan terdapat berbagai-bagai jenis model dipasaran.
Wall mounted ini sesuai untuk kediaman dan ruang yang kecil.
b) Ceiling Cassette
Seperti namanya, aircond jenis ini dipasang pada ceiling terutamanya di pejabat atau ruang yang besar.
Banyak kelebihan penghawa dingin jenis ini antaranya adalah dapat menyejukkan ruang yang besar dengan cepat kerana ia mempunyai 4 penjuru sayap penyebar.
Kelebihan yang lain adalah ceiling cassete aircond tidak memakan ruang dinding anda, nampak lebih classy dan kemas kerana kabelnya tidak kelihatan. tips beli Air Cond
Beza Aircond Inverter dan Non Inverter?
Sebelum kita mengetahui apakah perbezaan antara aircond inverter dan aircond non inverter kita kena tahu dulu apakah yang dimaksudkan dengan inverter.
Apakah inverter?
- Inverter tugasnya mengawal motor compressor aircond untuk berada dalam kondisi yang paling optimum.
- Inverter membolehkan motor compressor mempunyai pelbagai variasi pengawalan.
- Sebagai contoh, apabila suhu sudah mencapai kadar yang diinginkan, inverter akan memberi signal kepada motor compressor untuk berhenti bekerja.
- Oleh itu, motor tidak akan bekerja sepanjang masa dan penggunaan elektrik akan lebih rendah.
- Berbanding dengan aircond yang tidak mempunyai inverter, motor compressor hanya mempunyai variasi yang tetap samada rendah atau tinggi.
- Jika anda adalah pengguna aircond yang kerap, selalu terjaga malam untuk mengubah suhu yang terlampau sejuk beralihlah kepada inverter kerana inverter boleh mengawal suhu mengikut kesesuaian.
- Mengikut panduan daripada laman web Acson, jika anda menggunakan aircond lebih daripada 4 jam sehari, wajar anda mendapatkan aircond yang ada inverter. Jika tidak guna sahaja aircond yang non-inverter. tips beli Air Cond
Tips Beli Air Cond Saiz Kabel Mesti Betul
Jika ia dilakukan oleh pemasangan yang bertauliah, anda tidak perlu risau tentang size cable yang digunakan.
Jika anda memanggil orang luar pastikan cable yang digunakan adalah mengikut saiz yang disyorkan.
Ketebalan kabel yang yang bagus adalah 4mm kerana aircond menarik elektrik yang banyak.
Kabel yang nipis akan menyebabkan kabel tersebut panas dan jika kurang bernasib baik akan hangus terbakar.
Boleh jadi juga litar pintas. tips beli Air Cond
Tips Beli Air Cond Pilihan Jenis Penyejuk (Refrigerant)
Part ini selalu orang terlepas pandang dan tidak ambil peduli.
Jenis refrigerant tidak boleh ditukar selepas dibeli ya.
Terdapat banyak jenis refrigerant yang ditawarkan, ada yang menipiskan lapisan ozon dan ada yang menyebabkan kesan rumah hijau.
Pilihlah refrigerant yang tidak menipiskan lapisan ozon dan membebaskan haba yang sedikit kepada alam sekitar.
Kadangkala harga aircond yang ditawarkan murah, tetapi anda kena ingat apakah refrigerant yang digunakan.
Elakkan menggunakan refrigerant jenis R22 kerana ia berupaya menipiskan lapisan ozon.
Pengguna boleh lihat jadual dibawah untuk refrigerant dan kesannya keatas pemanasan global dan penipisan lapisan ozon.
Di pasaran Malaysia, yang ok setakat ini adalah refrigerant jenis R32.
Banyak juga yang menggunakan refrigerant jenis R410A, tetapi ia memberikan kesan keatas pemanasan global lebih banyak dari R32. tips beli Air Cond
Cara Mudah Pilih Air cond Jimat Tenaga
Kalau boleh pilih aircond yang jimat elektrik. Cara mudah untuk memilih air cond yang jimat tenaga adalah dengan berpandukan kepada sticker yang dilekat pada air cond.
Beli air cond yang ada stiker 5 bintang yang biasanya ditampal pada peralatan elektrik yang dijual.
Sticker ini dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Semakin tinggi bintang semakin bagus tahap kecekapan tenaga peralatan tersebut.
Semakin cekap penggunaan tenaga, dapatlah kita berjimat sikit pakai karan kat rumah. (Paling cekap 5 bintang, paling tak cekap 1 bintang)
Tips Beli Air Cond Terpakai
Tips membeli aircond terpakai (secondhand) :
Admin tidak menggalakkan anda semua membeli aircond terpakai yang sudah berusia.
- Perkara pertama sekali yang perlu anda semak sebelum membeli aircond terpakai adalah model tersebut dikeluarkan pada tahun apa.
- Dari situ anda boleh mengetahui dah berapa lama aircond tersebut dipakai.
- Selepas itu, tanyakan adakah aircond tersebut masih mempunyai warranty, jika ya ia satu bonus.
- Jika aircond tersebut tidak mempunyai warranty lagi, cek sistem filter, kadar gas yang ada dan yang paling penting adakah aircond tersebut mengeluarkan bunyi yang kuat.
- Aircond yang lama dan tidak diservis biasanya mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan.
- Sudah tentu anda tidak mahu tidur anda terganggu dengan bunyi yang bising.
- Kelebihan membeli aircond terpakai adalah harganya yang sedikit murah daripada yang baru.
- Tetapi anda perlu ingat, membeli aircond terpakai datangnya dengan kos maintenance.
- Lebih parah jika model yang anda beli sudah tidak lagi dibuat oleh kilang.
- Makanya sparepart mungkin susah dicari dan mahal.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan tips beli air cond anda boleh taip persoalan anda di youtube kerana sekarang ramai youtuber telah mula memasukkan panduan-panduan berguna seperti tips beli air cond di channel youtube mereka.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang tips beli Air Cond ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com