Tukar No Telefon CIMB:Kemaskini Untuk Kegunaan Iternet Banking (CIMB Click)
Tukar no telefon untuk kegunaan internet banking (CIMB Click). Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. CIMB Clicks merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan CIMB Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).
Cara tukar no telefon yang didaftarkan ke CIMB bank untuk kegunaan parbankan internet anda.
Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No Tac akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar atau kemaskini nombor telefon, semoga membantu.
Baca juga : Kemaskini No Telefon KWSP:Cara Kemaskini Untuk Urusan KWSP Online
Tukar No Telefon CIMB Bank
Nombor telefon yang anda gunakan untuk transaksi perbankan mudah alih CIMB Bank mungkin perlu ditukar. Sesetengah sebab, misalnya, kerana nombor hilang, disekat, atau hilang telefon bimbit yang dicuri / diambil oleh orang lain atau juga ingin kemaskini no telefon untuk merima TAC atas beberapa perkara berikut
- Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
- Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
- TAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
- Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
- TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
- Anda perlu TAC dari bank untuk urusan online transfer
Kepada pemohon I-Citra sila baca : CHECIK i-CITRA 2021 (SEMAKAN STATUS PERMOHONAN LULUS & PEMBAYARAN)
Cara Tukar No Telefon CIMB Untuk CIMB Click
Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:
- Tukar No Telefon melalui CIMB Clicks (web & Aplikasi):
- Tidak boleh atas sebab keselamatan, penukaran no telefon untuk TAC CIMB tidak boleh dilakukan secara atas talian samada Web ataupun Aplikasi.
- Tukar No Telefon di cawangan CIMB Bank:
- Sila pergi ke cawangan CIMB Bank berdekatan,
- Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
- Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
- Ikuti langkah seterusnya supaya proses update phone number CIMB Bank lancar.
- Tukar No Telefon di ATM CIMB Bank:
- Sila pergi ke mesin ATM CIMB Bank berdekatan.
- Masukkan Kad ATM.
- Masukkan PIN ATM.
- Pilih menu Others/Lain-Lain.
- Pilih CIMB Clicks.
- Masukkan Nombor Telefon Baru Anda.
- Tekan butang Teruskan/Proceed.
- Cetak resit untuk rujukan
- Anda berjaya tukar nombor telefon CIMB Clicks lama dengan yang baru..
- Tukar no Telefon melalui Perkhidmatan Pelanggan CIMB Bank
- Hubungi Perkhidmatan Pelanggan CIMB Bank di talian 03 6204 7788
- Beritahu kepada pegawai bank bahawa Anda mahu tukar no telefon lama dengan yang baru.
- Pegawai bank akan minta maklumat peribadi Anda seperti nama, no kad pengenalan, no kad ATM dan no account bank.
- Selepas itu, pegawai bank akan kemaskini nombor handphone lama dengan yang baru.
Baca juga : Cara Claim Insurans Motosikal:Tuntutan Kemalangan & Tempoh Tuntutan
Masalah Kemaskini No Telefon CIMB bank CIMB Click
Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi Pusat Panggilan bank CIMB di talian 03-62047788
Baca Juga: Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN
Soalan Lazim
- Apa itu TAC?
Transaction Authorisation Code (TAC) adalah ciri keselamatan yang digunakan oleh Bank untuk melindungi akaun anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan. Untuk melengkapkan transaksi, anda akan menerima TAC daripada Nombor telefon yang anda daftarkan melalui Bank
2. Saya telah memasukkan TAC saya seperti yang diminta tetapi mendapat mesej ralat. Mengapa begitu?
Anda mungkin menerima mesej ralat atas sebab-sebab berikut:
- TAC anda tidak betul atau telah tamat tempoh
- Anda telah meminda butiran transaksi untuk TAC tertentu
- Anda telah melebihi jumlah maksimum lima (5) percubaan
3. Mengapakah saya tidak menerima SMS TAC?
- Telefon mudah alih anda mungkin di luar kawasan liputan rangkaian.
- Peti mesej anda mungkin penuh.
- Nombor mudah alih anda mungkin telah disenaraihitamkan atau anda telah memilih untuk tidak menerima sebarang mesej daripada mana-mana organisasi.
- Pengendali rangkaian mungkin mengalami masalah teknikal atau menghadapi kesesakan waktu puncak.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarnag maklumat lanjut berkaitan Tukar No Telefon anda boleh layari web rasmi CIMB Bank di pautan https://www.cimbclicks.com.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara Kemaskini tukar No Telefon CIMB Bank ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com