Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN

Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN

Siapakah yang memperkenalkan Bakul Prihatin Negara?Ia adalah cetusan idea daripada YAB Perdana Menteri ekoran kesan penularan pandemik Covid-19. Bagaimanakah cara mohon Bantuan Bakul Prihatin Negara?

Berapa peruntukan bagi pelaksanaan bantuan ini?

Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan UPU 2021:Cara Semak & Rayuan Kemasukan Sesi 2021/2022

Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN

Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul PrihatinNegara.Ia adalah tambah baik kepada  Program Bantuan Bakul Makanan melalui pakej  PERMAI dan PEMULIH

Kerajaan terus cakna dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan apabila melaksanakan inisiatif terbaharu, Bakul PrihatinNegara yang merupakan kerjasama strategik berkonsepkan “Whole of Society” melibatkan Kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad PrihatinNegara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bakul Prihatin Negara ini adalah hasil cetusan idea daripada YAB Perdana Menteri, sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul Prihatin Negara yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan, yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Kerajaan terus cakna dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan apabila melaksanakan inisiatif terbaharu, Bakul Prihatin Negara yang merupakan kerjasama strategik berkonsepkan “Whole of Society” melibatkan Kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Di sini dikongsikan maklumat lanjut tentang Bakul Prihatin ini dan cara untuk membuat permohonan bagi setiap keluarga di Malaysia.

Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Apa Itu Bakul PRIHATIN Negara

Bakul PrihatinNegara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Kandungan Bakul Prihatin Negara

Bakul Prihatin ini mengandungi barang keperluan asas seperti berikut:

  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi

Setiap keluarga yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik COVID19 layak membuat permohonan dan menerima Bakul Prihatin ini.

semak kelayakan SEMAK BANTUAN KASIH PRIHATIN?

Baca Juga: MyKad Online:Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun

JPN juga memperkenalkan permohonan pendaftaran surat beranak online: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online boleh daftar kelahiran di pautan tersebut.

Cara Permohonan Bakul Prihatin Negara JKM

Jika anda  terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan Bantuan Bakul PRIHATIN ini, boleh membuat  permohonan melalui 4 kaedah berikut:

  1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara klik di sini untuk mendapatkan no bilik gerakan JKM negeri masing-masing https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/articles&id=ZGtaeDhwamEwcEJzTGtCWUhYSFhJUT09
  2. Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
  3. Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau
  4. Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

JKM akan menerima laporan, menyediakan barangan keperluan tersebut dan dihantar terus ke rumah yang memerlukan oleh Skuad Prihatin Negara.

Borang Permohonan Bakul PRIHATIN Negara JKM

Sila muat turun Borang Permohonan BakulPrihatin disini:

Baca Juga: Permohonan TUDM 2021/2022:Syarat & Borang Pengambilan TUDM

Soalan Lazim

1.APAKAH KELAYAKAN BAGI PERMOHONAN BANTUAN INI?

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan

sepanjang pendemik COVID-19.

2.BAGAIMANAKAH DENGAN KAEDAH PENYAMPAIAN BAKUL PRIHATINNEGARA?

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon Bakul PRIHATIN Negara, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon. Pemohon akan menerima Bakul PrihatinNegara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.

3.ADAKAH DIBENARKAN UNTUK MENERIMA LEBIH DARIPADA SATU (1) BAKUL?

Setiap keluarga dibenarkan untuk menerima satu (1) Bakul  sahaja.

Namun begitu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatian bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.

Bagi pelajar yang ingin melanjutka pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:

Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda ingin tahu tentang Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Bakul PRIHATIN Negara di bawah JKM ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

2 thoughts on “Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN”

Leave a Comment