Semakan i-Citra: Semakan Status Bayaran & Kelulusan

Semakan Status i-Citra: Semakan Status Bayaran & Kelulusan

Jika anda telah membuat permohonan i-CITRA KWSP,anda boleh membuat semakan atau check permohonan anda diterima atau tidak,kemudian anda boleh membuat semakan status permohonan i-Citra lulus atau gagal bila dimaklumkan oleh pihak KWSP

Seterusnya anda perlu check juga sama ada pembayaran semakan i-Citra anda berjaya kredit atau gagal kredit. Akhir sekali anda buat semakn sama ada duit i-Citra dah masuk bank ke belum.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kemas kini di laman facebook sebentar tadi bahawa orang ramai kini sudah boleh mula membuat semakan status permohonan i-Citra dari semasa ke semasa.

Orang ramai yang mahu membuat semakan i-Citra boleh melakukannya melalui pautan ini: https://icitra.kwsp.gov.my

Terdahulu, para pencarum dibenar membuat pengeluaran maksimum RM 5,000 melalui program i-Citra ini. Bagaimanapun, jumlah berkenaan bergantung kepada baki simpanan yang dimiliki oleh pemohon.

Permohonan i-Citra dibuka bermula 12 Julai lalu hingga 30 September ini.

Begitulah proses semakan i-Citra 2021.Bagaimakah cara untuk membuat semakan i-Citra ini?Kami akan kongsikan cara semakan i-Citra 2021:

Semakan Status i-Citra: Semakan Status Bayaran & Kelulusan

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Semakan Bayaran i-Citra Berjaya Kredit Diterima

  1. Layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Tekan menu Semakan Status
  3. Masukkan nombor MYKad dan Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Semak Status.
  5. Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada diterima/ditolak

Baca Juga: Cara Claim Insurans Motosikal:Tuntutan Kemalangan & Tempoh Tuntutan

Semakan Status Permohonan i-Citra (Lulus / Gagal)

Anda boleh buat semakan status i-Citra bila dimaklumkan pihak KWSP kelak:

  1. Layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Tekan menu Semakan Status
  3. Masukkan nombor MYKad dan Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Semak Status.
  5. Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada lulus/gagal

Baca Juga: UPU Pocket 2.0:Cara Muat Turun Semakan Permohonan & Permohonan Rayuan

Semakan Status Bayaran i-Citra Berjaya Kredit

  1. Layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Tekan menu Semakan Status
  3. Masukkan nombor MYKad dan Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Semak Status.
  5. Jika anda lulus,status bayaran i-Citra akan dipaparkan sama ada berjaya kredit/gagal kedit)

Baca Juga: Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN

Semak Bayaran i-Citra Berjaya Kredit Masuk Akun Bank

Jika semakan i-Citra status pembayaran anda berjaya kredit,anda boleh buat semakan baki akaun bank online atau boleh check di mesin ATM.

Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan UPU 2021:Cara Semak & Rayuan Kemasukan Sesi 2021/2022

Soalan Lazim

1. Mengapakah Pengeluaran i-Citra diperkenalkan?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

2. Siapakah yang layak memohon?

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

3. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak. Semakan i-Citra

4. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

5. Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran i-Citra?

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

6. Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

7. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP.

8. Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

9. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal i-Citra Online. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021.

10. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Soalan 2.

11. Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

12. Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar. Semakan i-Citra

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.

Bagaimanapun, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut. Semakan i-Citra

13.Bila tarikh mula permohonan i-CITRA KWSP?

Permohonan boleh dibuat di talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai 2021

14.Bila tarikh mula program i-CITRA KWSP?

Bermula Ogos 2021

15.Berapa kadar bayaran i-CITRA?

Kadar bayaran tetap adalah RM1,000 setiap bulan selama 5 bulan sahaja.

16.Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Untuk mengetahui biasiswa lain kerajaan Malaysia baca di:Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini 2021/2022 Malaysia.

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Maklumat lanjut mengenai semakan i-Citra , sila hubungi pihak KWSP di talian Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848 atau melayari laman web rasmi KWSP iaitu https://www.kwsp.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan semakan i-Citra ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment