Kemaskini No Telefon KWSP:Cara Kemaskini Untuk Urusan KWSP Online

Kemaskini No Telefon KWSP:Cara Kemaskini Untuk Urusan KWSP Online

Perhatian kepada ahli KWSP, sudahkah anda membuat kemaskini no telefon KWSP? Jika belum, berikut adalah beberapa Cara kemaskini no telefon KWSP yang telah dikemaskini.

Jika anda perlu hadir ke kaunter KWSP sila buat Janji Temu Online KWSP terlebih dahulu untuk memudahkan urusan.

Bagi mereka yang belum memohon i-Citra baca: i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan

Kemaskini No Telefon KWSP:Cara Kemaskini Untuk Urusan KWSP Online

Baca Juga: i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah

Kepentingan Kemaskini No Telefon KWSP

Mungkin dalam masa yang berlalu, kita menukar nombor telefon atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Jadi nombor yang lama tidak dapat digunakan untuk membuat urusan KWSP.

Anda perlu Kemaskini No Telefon KWSP untuk menerima TAC atas beberapa perkara berikut :

  • TAC perlu untuk transaksi tertentu sebagai keselamatan tambahan
  • TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • Anda perlu TAC dari KWSP untuk urusan i-Akaun KWSP
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.

Baca Juga: Semakan i-Citra: Semakan Status Bayaran & Kelulusan

Cara Kemaskini No Telefon KWSP Online

Untuk makluman ahli KWSP yang menghadapi masalah membuat permohonan i-Citra kerana telah tukar no telefon, di sini kami kongsikan cara Kemaskini No Telefon KWSP untuk meneruskan permohonan tanpa hadir ke kaunter KWSP.

Menurut KWSP, terdapat 2 cara yang boleh dilakukan jika anda telah menukar nombor telefon iaitu:

  • Jawab soalan keselamatan
  • Mengemaskini / update nombor telefon terbaru di kaunter / kios KWSP

Ya, anda boleh menukar nombor telefon KWSP secara online. Namun, anda disarankan untuk install aplikasi berikut bagi memudahkan urusan muat turun :

  • GMAIL – digunakan untuk menghantar borang permohonan beserta dokomen yang diperlukan KWSP
  • GOOGLE DRIVE – untuk menyimpan dokumen yang anda perlukan semasa update mobile phone number
  • ADOBE ACROBAT – Bagi memudahkan anda untuk mengisi borang permohonan secara online

Jika sudah lengkap, berikut adalah cara untuk kemaskini nombor telefon KWSP online :

  1. Pertama, isikan borang i-Akaun KWSP
  2. Sila klik untuk dapatkan borang i-Akaun KWSP
  3. Isikan borang tersebut dengan aplikasi ADOBE ACROBAT. Lengkapkan maklumat seperti yang diminta.
  4. Save borang tersebut dengan format nama seperti berikut :
  • iakaundaftar_Borang_<NAMA ANDA SENDIRI>
  1. Sediakan Salinan MyKad (bahagian depan & belakang)
  2. Save salinan tersebut dengan format nama seperti berikut :
  • iakaundaftar_MyKad_<NAMA ANDA SENDIRI>
  1. Kemudian, anda perlu mengambil gambar selfie dengan memegang MyKad untuk tujuan pengesahan dan bukti kepada KWSP. Pastikan gambar diambil jelas.
  2. Save gambar tersebut dengan format nama seperti berikut :
  • iakaundaftar_Swafoto_<NAMA ANDA SENDIRI>
  1. Selepas itu, sediakan dokumen akaun penyata bank simpanan (bank statement)
  2. Save maklumat tersebut dengan format nama seperti berikut :
  • iakaundaftar_Bank_<NAMA ANDA SENDIRI>
  1. Setelah selesai, masukkan atau upload dokumen ke aplikasi Google Drive anda agar selamat dan mudah di akses.
  2. Emelkan dokumen anda ke [email protected]
  3. Anda telah berjaya membuat kemaskini nombor telefon KWSP online.

Baca Juga: Permohonan Rayuan UPU Online:Rayuan Gagal Permohonan / Tukar Kursus Pilihan

Kemaskini Maklumat No Telefon Di Cawangan KWSP Terdekat

Anda juga boleh Kemaskini No Telefon KWSP di mana-mana cawangan KWSP terdekat. Berikut adalah cara dan senarai dokumen yang perlu anda bawa bersama :

  1. Hadirkan diri anda ke cawangan KWSP berhampiran.
  2. Isikan borang KWSP 3 (PINDAAN) Kemaskini No Telefon KWSP
  3. Bersama borang tersebut, anda perlu sertakan dokumen :
  • Salinan MyKad / Kad Kuasa Polis / Tentera atau Surat Pengesahan Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Sijil Kelahiran / Sijil Warganegara sekiranya tidak mempunyai MyKad
  • Salinan Pasport terkini yang masih sah tempoh laku dan pasport sebelum yang disahkan oleh majikan/pihak yang dibenarkan oleh KWSP (untuk Bukan Warganegara sahaja)
  • Surat sumpah – sekiranya perlu
  • Surat Pihak Berkuasa Agama bagi ahli beragama Islam atau surat daripada Pejabat Agama Islam yang diberi kuasa; atau surat Mahkamah Syariah (pindaan nama dan agama sahaja)
  1. Pastikan borang permohonan diklipkan. Tidak dibenarkan mengunakan pengokot / stapler.
  2. Buat serahan kaunter.

Nota : untuk pindaan ahli bukan warganegara, dokumen sokongan perlu disahkan oleh majikan/pihak yang dibenarkan KWSP

Baca Juga: kis.kemas.gov.my:Permohonan Jawatan Guru KEMAS

Tukar No Telefon KWSP Melalui Kiosk KWSP

Berikut adalah cara untuk anda menukar no telefon KWSP di kiosk jika anda sudah buat daftar i-Akaun KWSP :

  1. Hadirkan diri anda ke KIOSK KWSP
  2. Masukkan MyKad bagi tujuan imbasan
  3. Buat pengecaman Cap Ibu Jari apabila lampu merah menyala
  4. Kemudian, sila pilih transaksi KEMASKINI NO HP BIMBIT UNTUK TAC
  5. Masukkan nombor HP terkini dan tekan KEMASKINI
  6. Anda selesai membuat kemaskini dan jangan lupa ambil MyKad anda.

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Masalah Kemaskini No Telefon KWSP

Jangan bimbang, anda boleh selesaikan masalah Kemaskini No Telefon KWSP dengan menghubungi talian hotline KWSP. Caranya begini :

  1. Hubungi pihak KWSP melalui talian 03-89226000 (8.00 pagi – 6.00 petang)
  2. Pilih nombor 3 untuk i-Akaun (Ahli)
  3. Bercakap dengan operator KWSP untuk beberapa langkah pengesahan bagi Kemaskini No Telefon KWSP anda bagi tujuan penghantaran nombor TAC.

Baca Juga: Cara Claim Insurans Motosikal:Tuntutan Kemalangan & Tempoh Tuntutan

Langkah Kemaskini No Telefon KWSP Yang Telah Didaftarkan Semasa Permohonan i-Sinar

Untuk daftar/kemaskini nombor telefon TAC/OTP, mohon hadir ke kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.

Untuk dapatkan lokasi kiosk KWSP yang terdekat dengan lokasi anda, sila buat carian di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.

Anda juga boleh membuat proses Kemaskini No Telefon KWSP di kaunter atau cawangan KWSP yang dibuka sepanjang tempoh PKP. Namun, pastikan anda membuat janji temu online terlebih dahulu.

Baca Juga: Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN

Tempoh Kemaskini No Telefon

Nombor telefon akan dikemaskini dalam sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh pengemaskinian di kios.

Permohonan i-Citra hanya boleh dibuat melalui portal selepas tempoh tersebut.

Bolehkah Permohonan i-Citra Dibuat Tanpa Kemaskini No Telefon Baru?

Jika anda ingin membuat permohonan i-Citra tanpa menukar nombor telefon atau tanpa keluar ke kiosk / kaunter KWSP, anda boleh memilih untuk menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan di bawah.

Pastikan anda menjawab soalan ini dengan betul kerana soalan itu berkaitan dengan soalan yang kita setkan semasa memohon i-Sinar sebelum ini.

Apabila dah jawab semua betul soalan keselamatan, anda boleh log masuk tanpa membuat kemaskini nombor telefon di kios KWSP.

Semasa permohonan, anda boleh kemaskini maklumat no telefon baru.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang menghadapi masalah permohonan i-Citra kerana telah bertukar nombor telefon.

Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan UPU 2021:Cara Semak & Rayuan Kemasukan Sesi 2021/2022

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Anda boleh hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melalui portal rasmi KWSP untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Janji Temu Online KWSP

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara Kemaskini No Telefon KWSP ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment