Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS): Cara Mohon Insentif RM5000 One-Off
Bantuan anak istimewa Selangor ialah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak OKU.
Inisiatif ini telah bermula sejak 2019 dan masih diteruskan sehingga ke hari ini.
Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2023
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
IbuBapa wajib tahu: Cara Login APDM IbuBapa:Kemaskini Pangkalan Data Murid
Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)
Permohonan bantuan anak istimewa Selangor (ANIS) boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang YAWAS.
Pemberian bantuan anak istimewa Selangor (ANIS) manfaat secara one-off dengan had maksima sehingga RM5,000 bagi satu keluarga.
Terdapat 4 jenis bantuan bagi program bantuan khas anak istimewa Selangor (ANIS) iatu bantuan makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan , ubat ubatan dan juga pendidikan iatu terapi atau kelas khas bagi anak OKU.
Di sini kami kongsikan maklumat lanjut untuk makluman bersama berkenaan Pemberian bantuan anak istimewa Selangor (ANIS).
IbuBapa juga perlu tahu: Login Portal DELIMa KPM
Apakah Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)?
Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.
YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan bantuan khas anak istimewa Selangor (ANIS) bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.
Nak tahu menu menarik dalam DELIMA KPM? Klik Menu Menarik Delima KPM
Syarat Kelayakan Bantuan Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)
- Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
- Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
- Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
- Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
ibubapa wajib baca tentang slip peperiksaan murid Baca: Cara login SAPS IbuBapa.
Cara Permohonan Bantuan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)
- Pemohon boleh memohon secara atas talian
- Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
- Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
- Permohonan boleh dihantar kepada :
i. Emel daftaranis@gmail.com
ii. Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran
iii. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor
baca juga: DidikTV TV Pendidikan KPM:Semakan Saluran & Waktu Siaran
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pasangan.
- Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
- Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan anak istimewa
- Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
- Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
- Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40
Tarikh Permohonan Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)
Pendaftaran akan dibuka bermula pada 15 Februari.
Baca Juga: Daftar Prasekolah Online
Soalan Lazim Tentang (ANIS)
1.Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?
Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja setahun.
2.Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?
Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor yang menyatakan anak puan mempunyai simtom tersebut sewaktu permohonan dibuat.
3.Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?
Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.
4.Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di www.anis.yawas.my.
Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses
5.Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?
Tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Barang akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.
6.Rumah saya jauh daripada Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat boleh saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?
Permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan rumah tuan/puan atau boleh diemelkan ke daftaranis@gmail.com.
Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru
Soalan Tambahan
7.Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?
Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.
8.Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?
Tidak boleh. Pemohon hendaklah sedang menetap di Selangor sahaja
9.Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor, anak saya OKU dan kami sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?
Layak. anda boleh kemukakan permohonan.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
10.Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor, anak OKU berumur 9 tahun, dan kami sedang menetap di Selangor sudah lebih 10 tahun. Bolehkah saya memohon?
Boleh, namun tuan/puan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin di ruangan pada borang permohonan.
Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.
11.Anak saya OKU dan memerlukan bantuan makanan khusus seperti yang disarankan oleh doktor dan juga sesi terapi khas di pusat terapi tertentu. Bolehkah saya memohon untuk 2 jenis bantuan tersebut?
Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja.
YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang ditetapkan.
12.Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap?
TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.
Baca Juga :UPU Online KPT: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut Tentang (ANIS)
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Anak Istimewa (ANIS), sila rujuk laman web YAWAS atau rujuk FAQ
Terima kasih. Semoga semua perkongsian tentang Bantuan Anak Istimewa Selangor ini mampu memudahkan permohonan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com