Permohonan Bantuan JKM 2022:Jenis Bantuan & Cara Mohon
Permohonan Bantuan JKM 2022 cara mohon, jenis bantuan serta maklumat berkaitan bantuan JKM terkini. Menerui bajet dan belanjawan 2022, kerajaan memperuntukkan RM2.4 billion yang bakal dimanfaatkan oleh 440,000 isi rumah di bawah Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan saluran untuk membantu kumpulan sasar dengan pendapatan isi rumah RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.
Pelaksanaan bantuan kebajikan masyarakat adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Baca Juga: Cara Mohon Bantuan OKU: Mohon Melalui jkm.gov.my
11 Jenis Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2022
Jenis Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Jenis Bantuan JKM Yang Boleh Dimohon & Syarat Kelayakan
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
- Elaun Pekerja Cacat (EPC);
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
- Bantuan Orang Tua (BOT);
- Bantuan Am Persekutuan (BA);
- Bantuan Anak Pelihara (BAP);
- Bantuan Latihan Perantis (BLP);
- Bantuan Geran Pelancaran (GP);
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
- Tabung Bantuan Segera (TBS).
Artikel Lain: JKM Online: Permohonan bantuan JKM secara ‘online’
1- Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM 2022
Syarat permohonan bantuan kanak-kanak JKM 2022 serta kadar bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
Syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Kadar Bantuan
Minimum sebanyak RM200 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM1,000 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak (mulai 2021)
2 – Elaun Pekerja Cacat JKM 2022
Syarat permohonan bantuan Elaun Pekerja Cacat JKM 2022 serta kadar bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
- Pendaftaran OKU boleh dilakukan di laman JKM ini sebelum memohon bantuan JKM.
Kadar Bantuan
RM400 sebulan seorang.
Baca Juga: BKM Kategori Bujang:Bantuan RM350-RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)
3 – Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja JKM 2022
Syarat permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja JKM 2022 serta kadar bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja.
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
*Nota: Sumber kewangan adalah seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
Kadar Bantuan
RM250 seorang sebulan
4 – Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar JKM 2022
Syarat permohonan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar JKM 2022 serta kadar bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Kadar Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar
RM500 sebulan seorang (mulai 2021)
Baca Di Sini: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Tunai RM2000 Untuk B40
5 – Bantuan Orang Tua JKM 2022
Syarat permohonan Bantuan Orang Tua JKM 2022 serta kadar bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- arga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- institusi kendalian JKM; atau
- pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Kadar Bantuan
RM500 sebulan seorang (mulai 2021)
6 – Bantuan Am Persekutuan JKM 2022
Syarat permohonan Bantuan Am Persekutuan JKM 2022 serta kadar bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
Kadar Bantuan
RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
7 – Bantuan Anak Pelihara JKM 2022
Syarat permohonan Bantuan Anak Pelihara JKM 2022 serta kadar bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Kadar Bantuan
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih
8 – Bantuan Latihan Perantis (BLP) JKM 2022
9 – Bantuan Geran Pelancaran (GP)
10 – Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan
Syarat permohonan Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan JKM 2022 serta kadar bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
- *Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.
Kadar Bantuan
- Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
- Contoh alat sokongan:
- Anggota Palsu
- Kerusi Roda
- Alat Bantu Pendengaran
- Alat-alat Keperluan Lain
- Penggantian / Baik Pulih Alat
11 – Tabung Bantuan Segera
Syarat permohonan Tabung Bantuan Segera JKM 2022 serta kadar bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kategori kes seperti di Lampiran 1(b); ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).
Kadar Bantuan
Maksimum RM300 sekaligus; atau
(Bagi bayaran bulan pertama bantuan bulanan/ refund adalah mengikut kadar bantuan bulanan yang diluluskan)
Cara Permohonan Bantuan JKM 2022
Sekiranya tersenarai dalam kategori seperti di atas, boleh rujuk panduan Cara mohon Bantuan JKM 2022 seperti di bawah:
Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru 2021
Pertama cara mohon bantuan secara manual
- Layari laman web http://www.jkm.gov.my/.
- Klik Perkhidmatan.
- Klik Skim Bantuan Kebajikan.
- Pada bahagian cara Permohonan di bawah sekali, borang JKM18 (Borang Permohonan Bantuan) dipaparkan.
- Tekan link (Klik disini untuk muat turun).
- Berikut merupakan link untuk mendapatkan borang permohonan bantuan JKM
Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022
- Isikan permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
- Negeri
- Daerah/Jajahan
- Mukim
- Parlimen
- DUN
- Perujuk
- Maklumat asas
- Maklumat kediaman
- Maklumat pekerjaan
- Maklumat ahli keluarga
- Maklumat kesihatan & ketidakupayaan
- Maklumat harta
- Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
- Maklumat waris
- Perakuaan pemohon
- Bawa senarai semak bersama borang permohonan
- Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
- Tekan link ini bawah bagi mendapatkan carian Pejabat Kebajikan yang berdekatan dengan anda
Pejabat JKM Mengikut Negeri Dan Daerah
Itu adalah secara terperinci cara mohon bantuan OKU secara manual. Seterusnya..
Cara Permohonan Bantuan JKM Online/Atas Talian
Kedua cara mohon Bantuan JKM 2022 melalui online
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
- Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Klik Daftar Permohonan Atas Talian.
- Laman yang terpapar tertera dokumen-dokumen berikut diperlukan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah.
- Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat online.
- Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
- Antara dokumen yang diperlukan:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan pemohon
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga pemohon yang tinggal bersama
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta
- Klik Daftar Permohonan untuk memulakan pendaftaran Bantuan anda.
- Pilih Negeri.
- Masukkan MyKad anda pada ruangan No. Kad Pengenalan Baru.
- Klik Daftar.
- Isikan permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
- Negeri
- Daerah/Jajahan
- Mukim
- Parlimen
- DUN
- Perujuk
- Maklumat asas
- Maklumat kediaman
- Maklumat pekerjaan
- Maklumat ahli keluarga
- Maklumat kesihatan & ketidakupayaan
- Maklumat harta
- Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
- Maklumat waris
- Perakuaan pemohon Bantuan JKM 2022
- Bawa senarai semak bersama borang permohonan
- Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
- Tekan link di bawah bagi mendapatkan carian Pejabat Kebajikan yang berdekatan dengan anda:
Pejabat JKM Mengikut Negeri Dan Daerah
Itu adalah secara terperinci cara mohon bantuan JKM secara online/atas talian.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang Bantuan JKM 2022
Klik: HUBUNGI JKM
atau boeh hubungi mereka seperti berikut:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Terima kasih. Semoga perkongsian berkenaan permohonan bantuan JKM 2022 ini akan memudahkan lagi urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang BerIlmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com