
JKM Online: Permohonan bantuan JKM secara ‘online’
PUTRAJAYA Bantuan JKM Online – Terbaru Kesemua permohonan perkhidmatan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digalakkan dijalankan secara dalam talian selaras dengan Inisiatif Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian (4IR) JKM Online.

Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru 2021
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkata, usaha itu merupakan inisiatif transformasi digital kementerian dalam mendepani perubahan gaya kerja norma baharu.
“Antaranya, menggalakkan semua permohonan perkhidmatan bantuan JKM dijalankan secara dalam talian” katanya dalam ucapan Majlis Amanat KPWKM 2021 pada Jumaat.
Ucapan itu disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook kementerian berkenaan.

Baca Juga: Pendaftaran Kelahiran Atas Talian JPN
Menurutnya, pangkalan data sedia ada melalui sistem eBantuan JKM perlu dipertingkatkan.
“Saya turut berharap inisiatif dalam talian terus diterokai dan dikembangkan antaranya memikirkan kaedah terbaik untuk memaklumkan notifikasi penyampaian bantuan kepada penerima menerusi telefon bimbit dengan pantas, efisien dan tepat,” katanya.
Beliau berkata, sebagai kementerian yang cakna terhadap kebajikan masyarakat, KPWKM tidak mengetepikan keperluan golongan orang kurang upaya (OKU).
“Sehingga 25 Januari 2021, terdapat seramai 591,286 OKU yang telah berdaftar namun jumlah ini masih lagi rendah,” katanya.
Rina berkata, warga kementerian perlu menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dengan menggiatkan usaha untuk membantu lebih ramai OKU didaftarkan pada masa akan datang.

Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar 2021
“Ini bagi memastikan mereka tidak terpinggir daripada mengikuti manfaat dan program untuk membina daya tahan, membangunkan daya kemahiran serta dapat meningkatkan fungsi sosial mereka dalam komuniti,” katanya.
Beliau yang turut mengakui berdepan cabaran memahami beban kerja kakitangan JKM setiap hari ditambah dengan situasi Covid-19.
“Sudah pasti sedikit sebanyak ia mempengaruhi emosi dan tenaga kita untuk bekerja di lapangan bagi memberi yang terbaik untuk rakyat walaupun tiada antara kita yang merungut dan mengeluh.
“Terima kasih JKM…. Saya mohon bersabarlah dan teruskan memberi khidmat yang terbaik.
“Saya akan usahakan yang terbaik buat semua,” katanya.
Anda juga boleh memohon: Bantuan Tanam Semula Getah RISDA
Cara Mohon Bantuan JKM Online
Cara membuat permohonan adalah seperti berikut:
Untuk memohon Bntuan JKM online anda boleh terus layari portal JKM http://www.jkm.gov.my/ kemudian klik menu daftar permohonan atas talian.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan
Klik: HUBUNGI JKM
atau boeh hubungi mereka seperti berikut:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Terima kasih. Semoga dengan inisiatif Kerajaan ini memudahkan urusan bantuan JKM disalurkan. insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
Menuntut Ilmu
Mengamalkan Ilmu
Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com