Bantuan Kanak-kanak (BKK) Cara mohon BKK Sehingga RM1000 Sebulan
BAntuan Kanak-kanak 2021 sehingga RM 1000 sebulan para ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan yang berumur 18 tahun kebawah boleh memohon Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 Sebulan sekeluarga.
Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) Sehingga RM1000 Sebulan
Bantuan Kanak-kanak 2021 atau BKK adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga / penjaga / kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup dan anak-anak mendapat jagaan yang lebih sempurna.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan kanak-kanak sehingga RM1000 sebulan berbanding sebelum ini RM450 untuk sekeluarga.
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
Perbezaan Nilai Bantuan Kanak-kanak 2021 Dengan 2020
Jumlah Bantuan Kanak-kanak BKK Sebelum Ini
Berikut adalah jumlah bantuan BKK lama:
- Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
- Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah BKK 2021
Berikut adalah jumlah bantuan BKK tahun 2021:
*Kadar minimum adalah sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan (keseluruhan) dengan pecahan seperti berikut:
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
- Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.
Anda juga boleh mohon bantuan:
- Bantuan Telefon Bimbit Program JAringan Prihatin
- Bantuan Tanam Semula Getah RISDA
- Bantuan Takaful Program MySalam 2021.
- Bantuan prihatin Rakyat 2021
Syarat Kelayakan BKK Jabatan Kebajikan Masyarakat
Berikut adalah syarat bagi memohon bantuan JKM:
- Mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas).
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Ibubapa juga boleh membuat Permohonan Bantuan Smartphone Percuma untuk anak-anak yang masih bersekolah. Rujuk di SINI.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Cara Memohon Bantuan Kanak-kanak 2021
Berikut Turutan Cara Mermohonan Bantuan Kanak Kanak 2021 Secara Online:
- Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM
- Klik daftar permohonan atas talian
- Klik Daftar permohonan
- Pilih Negeri pemohon.
- Masukkan 12 digiit No Kad Pengenalan pemohon.
- Klik Daftar.
- Isikan Maklumat Pendapatan seperti yang diminta.
- Isikan Maklumat Keperluan Bulanan.
- Klik Keputusan.
- Permohonan anda sudah berjaya dihantar secara online tapi prosesnya masih belum siap.
- Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang mohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas online. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
- Sila bawa bersama dokumen berikut semasa ke pejabat JKM
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
Anda juga boleh memohon secara manual dengan hadir terus ke mana-mana Pejabat JKM yang berdekatan dengan anda.
Untuk memudahkan urusan, anda boleh muat turun Borang Permohonan seperti dibawah
JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) klik untuk cetak borang
JKM 20 (Borang Kemaskini Maklumat) klik untuk cetak borang
Pertanyaan & Maklumat Lanjut Tentang BKK 2021
Untuk pertanyaan & maklumat lanjut anda boleh:
Tinggalkan komen dibawah ini
atau hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat
: 03 – 8000 8000.
atau layari http://www.jkm.gov.my/
Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan ini.
Semoga Bermanfaat keptennews.com