Permohonan MySalam – Semak Status Permohonan

Permohonan MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan

Permohonan MySalam

Cara permohonan  MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

Ketika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).

Terkini, Perdana Menteri mengumumkan bantuan RM50 sehari kepada B40 dan M40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

Turut diumumkan Bantuan Prihatian Nasional untuk B40, M40 termasuk bujang.

Namun bermula 11 Februari 2020 hingga 31 Mac 2020, golongan M40 juga boleh memohon untuk mendaftar dan mendapat manfaat di bawah Skim Perlindungan Takaful Percuma, MySalam.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang skim MySalam, manfaatnya serta cara membuat tuntutan MySalam.

Baca Juga:

Isi Kandungan Permohonan MySalam

  • Tujuan MySalam
  • Kelayakan & Manfaat MySalam
  • Cara Pendaftaran
  • Cara Membuat Tuntutan
  • Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?
  • Senarai 45 Penyakit Kritikal Yang Dilindungi
  • MySalam & COVID-19
  • Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Info Lain:

Tujuan MySalam

Tujuan kerajaan memperkenalkan skim MySalam Adalah seperti berikut:

●Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

●Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Kelayakan & Manfaat MySalam

1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  • Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

-Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

2. Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun.
  • Manfaat Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  -Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Cara Pendaftaran Permohonan MySalam

Untuk mendaftar di bawah Skim Perlindungan MySalam ini, anda dikehendaki mengisi maklumat dalam borang secara online di halaman pendaftaran laman web rasmi MySalam. Klik Di sini MySalam

Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my dengan melog masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat mengikut negeri masing-masing  seperti di bawah:

Wilayah Persekutuan

  • Hospital Kuala Lumpur
  • -Hospital Ampang
  • -Hospital Putrajaya
  • -Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
  • -Institut Kanser Negara (IKN)

Selangor

  • -Hospital Selayang
  • -Hospital Kajang
  • -Hospital Serdang
  • -Hospital Sg. Buloh
  • -Hospital Kuala Kubu Bahru
  • -Hospital Banting
  • -Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  • -Hospital Tanjung Karang
  • -Hospital Sabak Bernam
  • -Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Perak

  • -Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  • -Hospital Seri Manjung, Manjung

Pulau Pinang

  • -Hospital Umum Pulau Pinang
  • -Hospital Seberang Jaya
  • -Hospital Bukit Mertajam

Kedah

  • -Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
  • -Hospital Kulim

Perlis

  • Hospital Tuanku Fauziah

Kelantan

  • -Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
  • -Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian

Terengganu

  • -Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
  • -Hospital Besut

Pahang

  • -Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Johor

  • -Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
  • -Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
  • -Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Sarawak

  • -Hospital Umum Kuching
  • -Hospital Sibu
  • -Hospital Bintulu

Sabah

  • -Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
  • -Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas
  • -Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Cara Membuat Tuntutan

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

I. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor

b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

II. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

a) Salinan Nota Discaj

b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my. Login

Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.

Senarai 45 Penyakit Kritikal Yang Dilindungi

  • Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  • Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  • Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
  • Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  • Pembedahan Otak
  • Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
  • Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
  • Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  • Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
  • Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  • Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  • Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • Kegagalan Hati Tahap Akhir
  • Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  • AIDS Dengan Gejala Penuh
  • Hepatitis Viral Fulminan
  • Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
  • Pembedahan Injap Jantung
  • Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  • Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
  • Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  • Hilang Keupayaan Bertutur
  • Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
  • Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
  • Sklerosis Multipel
  • Distrofi Otot
  • Kelumpuhan Anggota
  • Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
  • Penyakit Arteri Koronari Serius
  • Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
  • Pembedahan Aorta
  • Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
  • Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
  • Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
  • Penyakit Terminal (Membawa Maut)
  • Penyakit Sistik Medular
  • Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
  • Poliomielitis
  • Skleroderma Progresif
  • Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  • Elefantiasis (Penyakit Untut)
  • Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

MySalam COVID-19

Terbaru, kerajaan memaklumkan bahawa mereka yang dimasukkan ke was disebabkan virus COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.

Komplikasi yang berpunca daripada virus COVID-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 14 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat penyakit kritikal.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut Mengenai Permohonan MySalam

Anda juga boleh menghantar e-mel bagi sebarang pertanyaan di mysalam.com atau hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

2 thoughts on “Permohonan MySalam – Semak Status Permohonan”

Leave a Comment