Bantuan Kehilangan Pendapatan: Semakan Kelulusan & Bayaran BKP
Berita gembira kepada penerima Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP. Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara ‘one-off’ mulai esok. Anda kini boleh check kelulusan BKP tersebut.
Apa Itu BKP Bantuan Kehilangan Pendapatan
Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) merupakan salah satu daripada Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40 bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.
Baca Juga: Transfer Duit ASB Online:Cara Pindah / Tambah Pelaburan ASNB Online Maybank2u
Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) PEMULIH?
Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga sejuta ahli membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM500 juta, kata Perdana Menteri pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 28 Jun 2021 yang lalu.
Bantuan Kehilangan Pendapatan ini dijangka akan disalurkan pada Oktober 2021.
Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB Shahar Abdullah menerusi sebuah hantaran terkini di media sosial beliau.
Artikel Lain: Cara Terminate NETFLIX iFLIX(Cancel & Tamatkan Perkhidmatan)
Siapa Yang Layak Terima BKP
Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.
Peruntukan yang disediakan Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP?
Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Baca Juga: Doa Mudah Jodoh Wanita:Doa & Amalan Mudah Bertemu Jodoh InsyaAllah
Syarat Kelayakan / Cara Permohonan BKP
Menurut kenyataan di laman web Kementerian Kewangan (MOF), pemberian Bantuan Kehilangan Pendapatan itu akan dibuat kepada penerima berdasarkan data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO pada 2021.
Seperti BKC, semakan silang akan dilakukan dan mereka yang kehilangan pekerjaan tidak perlu memohon.
Cara Check Semakan Status BKP
Semakan dan check status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my
Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan mulai esok.
https://bkp.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQPEMULIH-BantuanKehilanganPendapatan(BKP).pdf
Jumlah Bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP
Jumlah bantuan BKP yang diberikan adalah seperti berikut :
- RM 500
- Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off
Tarikh Bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP
Mengikut daripada kenyataan yang diberikan:
- Pembayaran bantuan BKP ini bermula 26 Oktober 2021.
- Pembayaran adalah secara berperingkat
Kaedah bayaran BKP
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
i. Pengkreditan ke akaun bank
Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.
Artikel Lain: Baucer KFC PizzaHut Lengkap Vaksin:Cara Tebus Baucer Lengkap Vaksinasi
Kenyataan Media Bayaran BKP
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara sekali beri kepada individu yang hilang pendapatan, akan dibayar mulai esok.
Perdana Menteri berkata, bantuan itu akan diberikan kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban mereka.
“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela.
“Bagi membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara ‘one-off’ mulai Selasa, 26 Oktober 2021.
“Semua bantuan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam satu kenyataan pada 26 September lalu, Ismail Sabri memaklumkan beberapa bentuk bantuan, antaranya BKP, akan diberikan kepada penerima yang layak dan dijadual akan disalurkan pada bulan ini hingga Disember depan.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan pemberian BKP kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini.
Katanya, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok, melalui Portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my.
“Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.
“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” katanya.
Soalan Lazim
1.Siapakah yang layak menerima BKP?
Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
2.Adakah perlu membuat permohonan bagi mendapatkan BKP?
Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
3.Apakah kriteria kelayakan BKP?
Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:
i. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan
ii. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan BKP
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP ini atau pertanyaan berkaitan sila hubungi:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Kehilangan Pendapatan ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan