i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan
Selain Bantuan Khas COVID-19, PM turut mengumumkan i-Citra KWSP iaitu kemudahan pengeluaran RM5,000 akaun KWSP bermula Ogos nanti.
Namun kadar bayaran tetap adalah RM1,000 setiap bulan selama 5 bulan sahaja.
Ianya merupakan kesinambungan daripada i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
Terkini, permohonan iCitra diawalkan dua hari dari tarikh asal.
Kini ahli boleh membuat permohonan pengeluaran bermula 12 Julai 2021.

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
Tatacara Pengeluaran i-Citra KWSP
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.
Katanya, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5 ribu dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.
“Kerajaan inilah yang mula-mula sekali mencadangkan pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik Covid-19.
“Kita telah menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif seumpama ini. Alhamdulillah, ia memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga kini,” katanya semasa mengumumkan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) berjumlah RM150 bilion tadi, termasuk suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion.
Menurutnya, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
Baca Juga: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41: Permohonan Guru One-Off 2021
Jumlah Amaun Pengeluaran i-Citra
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Simpanan minimum i-Citra RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)
Baca Juga: Login eOperasi Kemaskini Maklumat: Melalui eoperasi.moe.gov.my
Semakan Baki Akaun KWSP
Ahli boleh membuat semakan baki akaun 1 & 2 KWSP melalui saluran berikut:
- i-Akaun (Ahli)
- Aplikasi mudah alih i-Akaun
- Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)
Baca Juga: Permohonan Moratorium PEMULIH 3.0:Borang Permohonan Online Terkini Semua Bank
Cara Mohon i-Citra

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran i-Citra KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Namun, dia menekan bahawa kerajaan sedar pengeluaran i-Citra KWSP merupakan keputusan sukar.
“Hakikatnya ini merupakan keputusan sukar kerana Kerajaan sedar, ini adalah simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran,” katanya.
Ketahui Juga: i-Prihatin LPPSA:Cara Permohonan & Manfaat i-Prihatin LPPSA
Kenyataan Media KWSP Berkaitan i-Citra
KUALA LUMPUR, 28 Jun 2021: Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik dengan memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.
Ahli boleh mula memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Baca JUga: Login EPSA KPM:Cara Login Daftar Kursus KPM (epsa.gov.my)
Syarat Kelayakan i-Citra
Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.
Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.
i-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP.
Walaupun KWSP tetap komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli, kami maklum perlunya keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan dan kemudahan sementara bagi membantu ahli dalam menghadapi pandemik ini.
Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.
Baca Juga: Portal ePeneroka FELDA:Cara Login Semakan Pelupusan Hutang FELDA
Soalan Lazim
1.Apakah itu i-Citra KWSP?
iCitra KWSP merupakan kemudahan pengeluaran RM1,000 sebulan selama lima bulan.
2.Bilakah permohonan i-Citra akan dibuka?
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi http://icitra.kwsp.gov.my bermula 15 Julai nanti.
3.Adakah saya layak mengeluarkan i-Citra?
Sekiranya baki akaun KWSP anda mencukupi maka anda layak memohon pengeluaran i-Citra.
4.Bolehkah saya memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?
Boleh, tertakluk pada syarat kelayakan yang dimaklumkan.
Baca Juga: Cara Daftar Login SSPN-i Online:Buka Akaun Baru sspni.sspn.my
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan i-Citra atau perkara lain berkaitan anda boleh layari: https://www.kwsp.gov.my/ms/home atau kunjungi pejabat KWSP terdekat dengan membuat temujanji online terlebih dahulu. Untuk membuat temujanji KWSP online klik:
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai i-Citra ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Bulan ogos 8/8/2021 sdh masuk acc bank pada 5/8/2021…tapi bulan september ni xde masuk sampai skrg..ada siapa tahu..bila byaran untuk september ni??tq
..
15 MEI 2021 LEPAS SAYA KEHILANGAN AYAH SEORANG KETUA PADA KELUARGA KAMI…DLM USIA 63,TETAPI AYAH MASIH SEORANG PECARUM KWSP DAN AKAUNNYA PUN MASIH AKTIF…SAYA BERTANYA PADA SEORANG PEGAWAI KWSP BERHAMPIRAN TEMPAT TINGGAL SAYA,ADAHKAH ARWAH AYAH LAYAK MENERIMA BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN RM2,500 DARI PIHAK KWSP/PERKESO YANG BERKENAAN..???TOLONG BAGI INFO YANG LEBIH TEPAT SUPAYA SEMUA ORANG YANG MENGALAMI SITUASI MCM NI..DAPAT SENANG FAHAM,TERIMA HAK YANG SEPATUTNYA..