Pinjaman Pembesaran Rumah FELDA
Pinjaman Pembesaran Rumah FELDA. FELDA menyediakan kemudahan bantuan Pinjaman Pembesaran Rumah FELDA kepada peneroka FELDA bagi kemudahan kepada semua penerokaFELDA. Kemudahan pinjaman ini diwujudkan pada tahun 2005 bertujuan memberi kemudahan kepada peneroka membina semula/mengubah suai rumah di tanah rancangan.
Bantuan Pinjaman Pembesaran Rumah ini diberikan secara pinjaman tanpa faedah dengan hanya membayar wang pengurusan sebanyak 2.5 peratus sekali sahaja sepanjang tempoh pinjaman.
Pinjaman Pembesaran Rumah ini dilihat amat membantu para peneroka untuk membesarkan rumah mereka yang sedia ada dengan memohon bantuan Pinjaman Pembesaran Rumah ini.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Pinjaman Pembesaran Rumah ini untuk makluman semua.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga:Cara Mohon PerantiSiswa Laptop Tablet Percuma Pelajar IPT (Tarikh Terima)
Kadar Bantuan Pinjaman Pembesaran Rumah FELDA
Pinjaman dipertimbangkan kepada peneroka yang layak dengan jumlah RM 10,000 hingga RM 40,000. Jumlah ini dilihat amat mencukupi bagi para peneroka yang ingin membesarkan rumah mereka.
Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Pembesaran Rumah FELDA
FELDA telah menetapkan tempoh bayaran balik bagi bantuan Pinjaman Pembesaran Rumah kepada peneroka ini yang dilihat sangat tidak membebankan peneroka. Tempoh bayaran balik bantuan Pinjaman Pembesaran Rumah ini adalah seperti berikut:
- Maksima tempoh bayaran balik pinjaman ialah selama 15 tahun.
Artikel Lain: Peranti Siswa Fasa 2 : Cara Permohonan & Semakan Tarikh Terima Peranti
Syarat Bantuan Pinjaman Pembesaran Rumah FELDA
Syarat pinjaman bantuan pinjaman komputer adalah seperti berikut :
Pinjaman tanpa faedah ini terbuka kepada peneroka yang layak dan berumur tidak melebihi 70 tahun semasa pinjaman diluluskan. Caj perkhidmatan sebanyak 2.5 peratus dikenakan untuk sekali sahaja sepanjang tempoh pinjaman bagi menampung kos pengurusan.
Baca Juga: Bantuan Pelajaran FELDA : SIAP FELDA 2022
Cara Permohonan Pinjaman Pembesaran Rumah
Tatacara permohonan yang perlu diikuti untuk memohon adalah seperti berikut:
- Dapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA yang berhampiran.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA yang berhampiran.
Baca Juga: MySejahtera 2.0: Fungsi Baru & Cara Kemaskini Rekod Imunisasi
Biodata FELDA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) untuk pembangunan tanah dan penempatan semula (dibawah GSA-Group Settlement Areas – Akta 530) dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.
Artikel Lain: Alza Baru 2022 : Harga Terkini Spesifikasi Varian & Warna
Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru selepas 112,635 ditempatkan di 317 buah rancangan di seluruh negara. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1996 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan operasi kepada FELDA. Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah FELDA Holdings Sendirian Berhad, FELDA Plantations Sendirian Berhad dan FELDA Global Ventures (FGV). Untuk memastikan pertambahan pendapatan Warga Peneroka dan petugas-petugas FELDA, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah ditubuhkan, yang pada mulanya juga terlibat dalam operasi bersama FELDA Holdings. Selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia Jun 2012, FELDA telah juga menubuhkan FELDA Investment Corporation (FIC).
Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan beberapa kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya mendapat asas pendidikan yang elok dan wajar termasuk berpendidikan tinggi kepada yang sesuai untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka. Seterusnya di rancangan, FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi lain seperti program usahawan, tanaman-tanaman buah dan sayuran serta ternakan (dibawah Gedung Makanan Negara) di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Visi FELDA adalah untuk menjadi pemacu pembangunan penempatan negara yang progresif sambil menjalankan misinya iaitu menambah nilai untuk kepentingan peneroka.
bACA jUGA: Alza Baru 2022 : Harga Terkini Spesifikasi Varian & Warna
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan Pinjaman Pembesaran Rumah atau pertanyaan lain berkaitan Pinjaman Pembesaran Rumah anda boleh layari https://www.felda.gov.my/ atau hubungi FELDA seperti berikut:
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan,
Menara FELDA, Platinum Park,
No. 11, Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191
No. Faks: 03 2191 2590
Emel : jkk@felda.net.my
Terima kasih. Semoga perkongsian berkaitan Pinjaman Pembesaran Rumah FELDA ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com