Bantuan Pelancongan Negeri Sembilan:Syarat & Cara Permohonan

Bantuan Pelancongan Negeri Sembilan:Syarat & Cara Permohonan

Bantuan One-Off Pelancongan Negeri Sembilan diperkenalkan Kerajaan Negeri menyedari situasi yang dihadapi oleh penggiat industri pelancongan di negeri ini sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda sejak Mac 2020 yang lalu.

Kekurangan atau hampir tiada pelancong mahupun pengunjung, ditambah sekatan pergerakan merentas daerah dan negeri, kekangan kewangan bagi menampung kos pengoperasian seperti cukai, utiliti, penyelenggaraan, gaji, promosi dan pemasaran semestinya menjadi cabaran terbesar untuk sektor ini.

Nota: Kenyataan Rasmi Facebook n9tourism

KERAJAAN NEGERI UMUM BANTUAN & INSENTIF ONE-OFF KEPADA PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN.

Keseluruhan bantuan tunai one-off, diskaun dan rebat ini melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih 1.71 juta. Semua bantuan tunai one-off ini akan diselaraskan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS). Manakala bagi diskaun dan rebat cukai taksiran serta fi lesen perniagaan akan diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Menyedari akan perkara ini, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyalurkan bantuan dan insentif seperti perincian berikut:

Senarai Bantuan One-Off Untuk Industri Pelancongan Negeri Sembilan 2021

Antara bantuan yang diperkenalkan melalui inisiatif kerajaan melalui Senarai Bantuan One-Off Untuk Industri Pelancongan Negeri Sembilan 2021 seperti berikut:

Senarai Bantuan One-Off Untuk Industri Pelancongan Negeri Sembilan 2021

Baca Juga: Semakan i-Citra: Semakan Status Bayaran & Kelulusan

Bantuan One-off RM2000 Kepada Persatuan Pelancongan

Bantuan tunai one-off kepada Persatuan Pelancongan Peringkat Negeri sebanyak RM2,000.

Persatuan yang akan mendapat manfaat ini adalah Malaysia Association of Hotel (MAH NS), Malaysia Budget & Business Hotel (MyBHA NS), Malaysia Association of Tours & Travel Agent (MATTA) dan Bumiputera Travel & Tour Agents Association of Malaysia (BUMITRA).

Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan hampir 20 buah persatuan yang berdaftar di Negeri Sembilan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM40,000.00.

Bantuan One-off RM2000 Kepada Persatuan Pelancongan

Baca Juga: Cara Claim Insurans Motosikal:Tuntutan Kemalangan & Tempoh Tuntutan

Bantuan One-off RM2000 Untuk Homestay Berdaftar Bantuan One-Off Pelancongan Negeri Sembilan

Bantuan tunai one-off sebanyak RM2,000 kepada Pengurusan Rumah Inap atau Homestay yang masih aktif dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Sebanyak tujuh (7) buah Pengurusan Rumah Inap yang masih aktif dalam Negeri Sembilan akan mendapat manfaat ini iaitu Homestay Pelegong, Seremban; Homestay Lonek, Jempol; Homestay Rawa, Lenggeng; Homestay Pachitan, Port Dickson; Homestay Kuala Klawang Jelebu; Homestay D’ Pelanduk Best, Port Dickson; dan Homestay Kampung Sg. Buloh, Jelebu. Keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM14,000.00.

Bantuan One-off RM2000 Untuk Homestay Berdaftar

Baca Juga: Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN

Bantuan One-off RM250 Kepada Pemandu Pelancong

Bantuan tunai one-off kepada Pemandu Pelancong Negeri Sembilan yang berdaftar dengan pihak MOTAC sebanyak RM250 yang akan memanfaatkan sejumlah 91 orang Pemandu Pelancong di bawah Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Sembilan (NSTGA).

Bantuan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM22,750.00.

Bantuan One-off RM250 Kepada Pemandu Pelancong

Baca Juga: MyKad Online:Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun

JPN juga memperkenalkan permohonan pendaftaran surat beranak online: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online boleh daftar kelahiran di pautan tersebut.

Diskaun / Rebat Cukai Taksiran Pekej Bantuan One-Off Pelancongan Negeri Sembilan

Diskaun atau rebat Cukai Taksiran bagi segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi penggal kedua tahun 2021.

Insentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM1.51 juta.

Diskaun / Rebat Cukai Taksiran Pekej Bantuan One-Off Pelancongan Negeri Sembilan

Baca Juga: Permohonan TUDM 2021/2022:Syarat & Borang Pengambilan TUDM

Diskaun / Rebat Fi & Lesen Perniagaan Pekej Bantuan One-Off Pelancongan Negeri Sembilan

Diskaun atau rebat bagi Fi atau Lesen Perniagaan segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi tahun 2022.

Insentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM123,000.00. Kedua-dua diskaun dan rebat ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 150 buah hotel dan penginapan di seluruh Negeri Sembilan.

Baca Juga: e-Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia

Cara Permohonan Bantuan Industri Pelancongan Negeri Sembilan

Permohonan secara online boleh dibuat melalui emel lembagapelancongan@ns.gov.my

Sila sertakan dokumen seperti dalam infografik di bawah:

ika Anda ingin menyertai TUDM baca: Permohonan TUDM 2021/2022:Syarat & Borang Pengambilan TUDM

untuk jawatan TLDM baca: Permohonan TLDM 2021:Pendaftaran Ambilan Lepasan SPM/SVM&Diploma Kejuruteraan

Kaedah Pembayaran Bantuan Industri Pelancongan NegeriSembilan

Keseluruhan bantuan tunai one-off, diskaun dan rebat ini melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM1.71 juta. Semua bantuan tunai one-off ini akan diselaraskan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS).

Manakala bagi diskaun dan rebat cukai taksiran serta fi lesen perniagaan akan diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

Baca Juga: Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini

Kenyataan Media Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan

Kenyataan rasmi kerajaan negei sembilan berkaitan Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:

Kenyataan Media Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:

Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, sila e-melkan pertanyaan kepada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan melalui saluran berikut:

lembagapelancongan@ns.gov.my

06-765 9725 / 9734

Facebook: https://www.facebook.com/n9tourism/

Kerajaan Negeri berharap Bantuan Pelancongan Negeri Sembilan dan insentif ini dapat mencerminkan manifestasi Pentadbiran ini bersama semua pihak dalam sektor pelancongan yang menerima impak pandemik COVID-19 ini.

Semoga kerjasama antara Kerajaan Negeri dan semua penggiat industri dapat terus dikekalkan, malahan ditambah baik dalam waktu sukar sebegini.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan One-Off Indusrti Pelancongan Negeri Sembilan ini memudahkan anda membuat rujukan untuk memohon bantuan kerajaan ini insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment