Bantuan OneOff Pemandu Bas Ekspress:Syarat & Panduan Permohonan RM500

Bantuan OneOff Pemandu Bas Ekspress:Syarat & Panduan Permohonan RM500

Bantuan OneOff Pemandu Bas Ekspress:Syarat & Panduan Permohonan RM500

Bantuan OneOff Pemandu Bas Ekspress: Lebih 6,600 pemandu bas ekspres di seluruh negara akan menikmati bantuan kewangan secara OneOff berjumlah RM500 setiap orang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk memperuntukkan bantuan kewangan itu selepas kementerian membangkitkan perkara berkenaan kepada Kabinet baru-baru ini.

Menurut beliau, bantuan itu membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM3.3 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

Baca Juga: Portal Vaksin Anakku: Pendaftaran PICK Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun

Syarat Permohonan OneOff Pemandu Bas Ekspress

“Syarat-syarat kelayakan akan ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak bagi tujuan penyaluran bantuan ini.

Katanya, sebagai pemakluman awal, syarat-syarat utama bagi menentukan kelayakan penerima bantuan ini yang akan ditetapkan kepada pemandu bas ekspres.

Ka Siong berkata, syarat utama dikenakan termasuk penerima iaitu pemandu bas ekspres adalah warganegara Malaysia; berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekspres dan mempunyai caruman PERKESO yang masih sah.

“Selain itu, pemandu bas ekspres perlu mempunyai Lesen Vokasional yang sah dengan mengambil kira tempoh pengecualian pembaharuan Lesen Vokasional yang telah diberikan oleh MOT sepanjang tahun 2021.

“Syarat lain ditetapkan termasuk hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan lesen/permit kenderaan bas ekspres yang sah dengan APAD atau LPKP Negeri Sabah/Sarawak yang layak memohon bantuan ini.

Katahui Juga: myTNB: Semak & Bayar Bil TNB Online Melalui myTNB

Tarikh Bayaran OneOff Pemandu Bas Ekspress

“Proses penyaluran bantuan akan dilaksanakan dengan segera sebaik sahaja peruntukan bantuan diterima oleh MOT dan agensi-agensi pelaksana berkaitan,” katanya menerusi kenyataan media di sini. Tarikh rasmi akan dikemaskini setelah diumum oleh Kerajaan.

 “Bagaimanapun, pemandu yang telah menerima bantuan sebagai pemandu bas sekolah, bas pelancongan, teksi atau e-hailing sebelum ini tidak lagi layak menerima bantuan kepada pemandu bas ekspres,”katanya.

Artikel Lain: Khairat Kematian KWSP RM2500:Permohonan Tuntutan Bantuan Kematian KWSP Pencarum & Waris Perlu Tahu

Cara Permohonan OneOff Pemandu Bas Ekspress

Bagi membuat permohonan bantuan OneOff Pemandu Bas Ekspress ini kerajaan menerusi Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menetapkan cara seperti dibawah:

Ujar beliau, syarikat atau pengusaha bas ekspres dikehendaki mengemukakan maklumat pemandu bas ekspres di bawah syarikat masing-masing yang lengkap kepada pihak APAD dan LPKP Negeri Sabah dan LPKP Negeri Sarawak bagi tujuan saringan kelayakan dan penyaluran bantuan.

Baca Juga: Semak Baki AEON Credit:Cara Semak Baki Login & Mohon Tanguh Pinjaman

Jumlah Bantuan OneOff Pemandu Bas Ekspress

Jumlah Bantuan OneOff Pemandu Bas Ekspress yang akan diterima adalah sebanyak RM500 dengan sekali beri atau OneOff. Bantuan OneOff Pemandu Bas Ekspress diharap dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan sekarang ini.

Baca Juga: Bayar Bil IndahWater Online:Semak Bil & Bayar Perbankan Internet & JomPay

Bantuan Kepada Pengusaha Bas Ekspress

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, MOT juga akan meneliti garis panduan bagi membantu pihak pengusaha bas ekspres dapat menyediakan perkhidmatan kepada tahap yang normal, dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak berwajib yang lain.

Jelasnya, garis panduan dan langkah pengoperasian yang selamat akan dibangunkan bagi membantu pihak syarikat dan pengusaha bas ekspres dapat memulakan perkhidmatan dengan baik apabila perjalanan rentas sempadan dibenarkan kelak.

Bantuan Lain: Bila GKP 4.0 Dibayar:Berikut Tarikh GKP 4.0 Dibayar

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Bantuan OneOff Pemandu Bas Ekspress ini sila layari: https://www.mot.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan OneOff pemandu bas ekspress ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Leave a Comment