Tawaran Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah

Tawaran Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah

Tawaran Biasiswa Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022

Yayasan Sabah baru sahaja mengumumkan berita baik buat pelajar anak jati Sabah atau ibu bapanya yang berasal dari Sabah kerana tawaran tajaan biasiswa dan pinjaman Pengajian Tinggi bagi siri tahun 2022 baru sahaja dibuka.

Pemohon yang berkelayakan boleh memohon tajaan Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2022.

Berikut dikongsiakan maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah untuk makluman anda.

Untuk biasiswa Kerajaan anda boleh baca: Biasiswa Kerajaan : Senarai Biasiswa / Tajaan / Pinjaman Pengajian Sektor Awam / Kerajaan

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Senarai penuh biasiswa boleh baca: Senarai Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & BIasiswa Pelajar IPT Terkini

Yayasan Sabah

Yayasan Sabah, hari ini secara rasminya dirujuk sebagai Kumpulan Yayasan Sabah telah ditubuhkan melalui Enakmen No 8 Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1966.

Individu di sebalik penubuhan Yayasan Sabah ialah Bapa Kemerdekaan Sabah, Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, yang berwawasan untuk mempromosikan kesedaran Malaysia di kalangan rakyat Sabah.

Objektif yayasan adalah menyediakan kemudahan pendidikan dan pendidikan untuk semua rakyat Malaysia di Sabah; mewujudkan peluang untuk pengagihan kekayaan ekonomi yang lebih saksama di kalangan rakyat di Sabah, dan menyediakan bantuan kepada institusi kebajikan dan mangsa bencana alam.

Baca Juga: Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP):Cara Mohon & Panduan Permohonan

Tarikh Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2022

Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Julai 2022 KECUALI bagi BCNS dan BCPLB tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2022.

Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.

Sila cetak SENARAI SEMAK dan BORANG PERMOHONAN yang telah dilengkapkan berserta dokumen sokongan yang telah disahkan untuk diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah selewat-lewatnya sebelum atau pada tarikh tutup permohonan seperti yang dinyatakan.

Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 30 September 2022.

Syarat Permohonan Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah

Hanya pemohon yang memenuhi kriteria berikut sahaja yang akan dipertimbangkan permohonan mereka:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

(i) Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah; atau

(ii) Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah; atau

(iii) Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah.

Artikel Lain: Biasiswa 2022 Ijazah Sarjana Muda (Degree Scholarship)

Jenis Tajaan Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah

Biasiswa

  • Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
  • Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
  • Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
  • Biasiswa Ulum Islamiah
  • Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)
  • Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)
  • Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Biasiswa IPTA/IPTS
  • Biasiswa Pelancongan/Perhotelan

Dermasiswa

  • Dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM
  • Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)
  • Pinjaman Pengajian – Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa /Biasiswa.

Baca Juga: PIDN JPA 2022: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)

Syarat Kelayakan Akademik Tajaan Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah

Pihak Yayasan Sabah telah menetap syarat kelayakan akademik yang spesifik untuk setiap biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian yang ditawarkan.

Umntuk syarat kelayakan akademik secara spesifik, sila rujuk Iklan Permohonan Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022 di pautan berikut http://www.yayasansabahgroup.org.my/docs/documents/2022/IKLAN%20PERMOHONAN%20Tajaan%20Biasiswa%20%20Pinjaman%20Pengajian%20SIRI%202%202022%20-%2016%20Jun%20Daily%20Express%20(2).pdf

1. JENIS TAJAAN:

1.1 BIASISWA

1.1.1 Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)

  • Kursus : Matrikulasi / Pra / Asasi / ‘A’Level/ Diploma
  • Tempat Pengajian : Dalam Negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar(TTP)

1.1.2 Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)

  • Kursus : Matrikulasi / Pra / Asasi / Diploma
  • Tempat Pengajian : UiTM / UMS / UMP/ UM / UniSZA/ UniSHAMS / Kolej Pro. Baitulmal, KL/KTYS/ UCSF / KUIPSAS

1.1.3 Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam

  • Peringkat Pengajian : Diploma / Ijazah Sarjana Muda
  • Tempat Pengajian : Institusi Pengajian Tinggi Tempatan / Program Berkembar(TTP) / ASEAN / Timur Tengah

1.1.4 Biasiswa Ulum Islamiah

  • Peringkat Pengajian : Ijazah Sarjana Muda
  • Tempat Pengajian : Universiti Al-Azhar, Mesir

1.1.5 Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)

  • Peringkat Pengajian : Asasi-Ijazah Sarjana Muda
  • Kursus : Bahasa Arab
  • Tempat Pengajian : UCSF-Yarmouk University, Jordan

1.1.6 Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)

  • Peringkat Pengajian : Ijazah Sarjana Muda
  • Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Pahang (Program Kerjasama Jerman) atau
  • Kursus : Asasi Kejuruteraan
  • Tempat Pengajian : Yayasan Sabah College of Technology (YSCT)/ Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang

1.1.7 Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak

  • Peringkat Pengajian : DiplomaTempat Pengajian : Yayasan Sabah College of Technology(YSCT)

1.1.8 Biasiswa IPTA/IPTS

  • Peringkat Pengajian : Diploma
  • Tempat Pengajian : IPT Tempatan
  • Kursus : Pertanian, Veterinar, Perakaunan, Senibina, Jurukur Bahan, Keusahawanan, Pergigian

1.1.9 Biasiswa Pelancongan/Perhotelan

  • Peringkat Pengajian : Diploma/Ijazah Sarjana Muda
  • Tempat Pengajian : University College Sabah Foundation (UCSF)

 1.2 DERMASISWA

 1.2.1 Dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM

  • Peringkat Pengajian : Sijil/Diploma
  • Tempat Pengajian : Yayasan Sabah College of Technology (YSCT)/Politeknik/UiTM

 1.2.2 Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)

  • Peringkat Pengajian : Foundation In Accounting (FIA) / London Chamber of Commerce and Industry (LCCI)
  • Tempat Pengajian : Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur

 1.3 PINJAMAN PENGAJIAN

  •  Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti  kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa /Biasiswa.

2. KELAYAKAN AKADEMIK

2.1 Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)

  • Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2021.

2.2 Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)

  • Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2021. Khusus kepada golongan B40 luar bandar

2.3 Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah

  • Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau  memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.

2.4 Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)

  • Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 4 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM.

2.5 Biasiswa Kejuruteraan

  • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi/Asasi.

2.6 Biasiswa IPTA/IPTS /Pelancongan /Perhotelan /Kursus AsasKejuruteraan dan Pinjaman Pengajian

  • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

2.7 Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak (YSCT)

  • Pemohon mestilah memperolehsekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

2.8 Dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM

  • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

2.9 Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)

  • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM

Cara Permohonan Tajaan Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah

Cara permohonan Tajaan Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah adalah seperti berikut:

  • Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian di http://www.yayasansabahgroup.org.my melalui pautan https://ysedu-online.net.my/.
  • Pemohon perlu mendaftar dengan e-mel peribadi.
  • Sila maklum bahawa borang permohonan secara dalam talian (online) ini hanya sesuai dibuka menggunakan komputer riba (laptop) atau komputer peribadi (PC) dan menggunakan pelayar Google Chrome.
  • Sila klik “DAFTAR AKAUN” dan isi kan nama, nombor MyKad, e-mel yang sah dan juga negeri asal / daerah asal.
  • Setelah selesai mengisi semua maklumat berkaitan, sila tekan
  • butang “Daftar”.
  • Selepas daftar, pemohon akan menerima e-mel yang mengandungi ID dan Kata Laluan (password).
  • Sila klik pautan di dalam e-mel yang diterima untuk mengaktifkan akaun dan seterusnya log masuk untuk mengisi borang permohonan secara dalam talian (Online).
  • Sila lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang disediakan sebelum menekan butang “HANTAR”.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan biasiswa atau pinjaman Kumpulan Yayasan Sabah ini anda boleh layari http://www.yayasansabahgroup.org.my/bm/index.cfm atau hubungi Kumpulan Yayasan Sabah seperti berikut:

Menara Tun Mustapha

Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah

Teluk Likas

Peti Surat 11623

88817 Kota Kinabalu

Sabah, MALAYSIA

Tel: +(60) 88 326300

Fax: +(60) 88 326424

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Tawaran Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah ini memudahkan anda untuk membuat permohonan bantuan ataupun biasiswa bagi meneruskan pengajian di IPT. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment