BKM:Bantuan Keluarga Malaysia

BKM:Bantuan Keluarga Malaysia

Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan keluarga Malaysia yang diumumkan dalam bajet 2022.

Baca Juga:Bayaran BKM Tambahan RM500-RM300 Bagi Isi Rumah & Warga Emas

Apa Itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet 2022 sebentar tadi dan bantuan tunai ini ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Tunai RM2000 Untuk B40

Baca Di Sini: Permohonan Rayuan BKM: Cara Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan BKM Mengikut Kategori

Berikut adalah jumlah bantuan BKM yang diperuntukkan mengikut kategori:

KATEGORI 1

  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
  • Lebih 3 anak
  • Bantuan RM2000

KATEGORI 2

  • Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
  • 1-2 anak : Bantuan RM1500
  • Tiada anak: RM1,000

KATEGORI 3

  • Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
  • Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
  • Bantuan RM500

KATEGORI 4

  • Bantuan RM300 untuk warga emas

Baca Juga: Tarikh Dan Cara Kemaskini BKM Bantuan Keluarga Malaysia

* Kemaskini * Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022

Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Bagi penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC) yg mempunyai perubahan maklumat,

◾Status Perkahwinan.

◾Bilangan Anak.

◾Jumlah Pendapatan.

Anda boleh mengemaskini BKM’22 di link :

https://bkm.hasil.gov.my/

Dokumen yg diperlukan utk dimuatnaik adalah seperti berikut :

◾Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.

◾Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.

◾Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru.

* Bagi mereka yg TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda boleh login utk memastikan permohonan anda ada dan telah diterima di dlm sistem BKM 2022.

Tempoh Kemaskini : 1 Jan’22 – 31 Jan’22.

Kenyataan Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia BKM

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Bantuan Keluarga Malaysia

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800. “Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Katanya, tumpuan kerajaan adalah untuk meneruskan bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkasa aspek pendidikan dan kesihatan awam dan terus menjana peluang pekerjaan. “Tahun depan, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik, kerajaan akan memperkenalkan BKM dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar berkesan diberi tumpuan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000. “Bantuan tambahan sebanyak RM300 ringgit lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

Berhubung bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zafrul berkata, syarat kelayakan kebajikan akan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding PGK 2016 iaitu RM980 sebelum ini. Katanya, usaha meluaskan liputan perlindungan sosial itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan bagi memastikan bantuan yang sampai ke tangan mereka yang memerlukan, turut mengambil kira kenaikan kos sara hidup semasa. Bantuan Keluarga Malaysia

“Oleh itu, dengan kenaikan ini, lebih ramai akan menikmati faedah bantuan kebajikan di bawah JKM dengan peruntukan tambahan RM200 juta. “Secara keseluruhan, RM2.4 bilion disediakan bagi penyaluran bantuan kebajikan untuk manfaat lebih 440,000 isi rumah memerlukan,” katanya.

Kelayakan Pendapatan Penerima JKM Kini Dinaikkan

Selain itu, kelayakan bagi penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dinaikkan kepada RM1669 daripada RM969 untuk melayakkan mereka membuat permohonan bagi mendapat bantuan dari JKM.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini. Rujuk di sini: https://budget.mof.gov.my/ms/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BKM Bantuan Keluarga Malaysia, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.

Selain BKM, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini. Rujuk di sini: https://budget.mof.gov.my/ms/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Keluarga Malaysia BKM ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment