Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak:Cara Permohonan BPKNS 2021

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak:Cara Permohonan BPKNS 2021

Anak jati Sarawak yang bakal menyambung pelajaran ke peringkat diploma sesi 2021/2022 dipelawa untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS).

Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) berkata, biasiswa berkenaan khusus untuk mereka yang akan mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau politeknik.

“Mereka yang berminat boleh memohon secara dalam talian melalui https://escholarship.sarawak.gov.my bermula 2 hingga 15 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara bagi syarat-syarat permohonan, biasiswa ini ia hanya untuk mereka yang sudah mendapat surat tawaran daripada IPTA bagi kemasukan sesi 2021/2022 atau yang sedang dalam pengajian.

“Selain itu, ia terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali pendidikan dan perubatan. “Sementara pegawai-pegawai perkhidmatan awam atau badan berkanun yang cuti belajar, menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah tidak layak memohon,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut dan panduan permohonan, sila rujuk info di bawah:

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak:Cara Permohonan BPKNS 2021

Bagi pelajar yang ingin melanjutka pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:

Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com

Apakah Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)?

BPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain

Pelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.

Baca Juga: Permohonan Perkahwinan Online:Panduan Permohonan Nikah Kahwin Online SPPIM

Syarat Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negei Sarawak BPKNS

  • Peribumi Sarawak dan bermastautin tetap di Sarawak;
  • Telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara;
  • Terbuka kepada semua kursus pengajian KECUALI PENDIDIKAN dan PERUBATAN sahaja;
  • Pelajar yang menerima tawaran BPKNS WAJIB MEMBATALKAN bantuan pendidikan yang lain.

Baca Juga: Tukar No Telefon CIMB:Kemaskini Untuk Kegunaan Iternet Banking (CIMB Click)

Jumlah Pembiayaan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negei Sarawak BPKNS

Jumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester adalah BERBEZA mengikut peringkat pengajian dan lokasi pengajian.  Sila rujuk jadual berikut:

Jumlah Pembiayaan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negei Sarawak BPKNS

Pelajar WAJIB mengemukakan keputusan akademik yang telah disahkan setiap semester bagi tujuan pembayaran semester seterusnya

Baca Juga: Kemaskini No Telefon KWSP:Cara Kemaskini Untuk Urusan KWSP Online

Kadar Bayaran Balik Pinjaman Kerajaan Negei Sarawak BPKNS

Dimaklumkan bahawa BPKNS merupakan biasiswa pinjaman yang menggabungkan 25% pinjaman dan 75% biasiswa.  Kemudahan bayaran balik 25% daripada jumlah keseluruhan yang diterima akan diberikan kepada pelajar yang lulus pengajian dengan jayanya (Berdasarkan Salinan sijil dan transkrip yang telah disahkan).

Manakala bagi pelajar yang gagal atau menamatkan/ditamatkan penajaan BPKNS, bayaran 100% akan dikenakan.

Tempoh maksimum ansuran bulanan bayaran balik BPKNS adalah selama 60 bulan (5 tahun).

Baca Juga: Permohonan Rayuan UPU Online:Rayuan Gagal Permohonan / Tukar Kursus Pilihan

Cara Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negei Sarawak BPKNS

Pemohonan BPKNS hendaklah dibuat secara atas talian melalui sistem e-scholarship (https://escholarship.sarawak.gov.my).

Sila rujuk Perjanjian BPKNS dan Syarat-Syarat Tawaran masing-masing untuk maklumat yang lebih terperinci.

Baca Juga: Semakan i-Citra: Semakan Status Bayaran & Kelulusan

Pendaftaran Sarawak ID

  1. Pemohon wajib mendaftar akaun Sarawak ID sebelum membuat permohonan BPKNS.
  2. Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak BPKNS terdiri daripada 7 bahagian yang perlu diisi dengan lengkap dan tepat.

Baca Juga: Temujanji Online JPN: Cara Buat Temujanji di mytemujanji.jpn.gov.my

LANGKAH PENDAFTARAN AKAUN SARAWAK ID

  1. Hanya untuk pemohon yang belum mempunyai akaun Sarawak ID.
  2. Layari laman e-scholarship https://escholarship.sarawak.gov.my
  3. Klik “Daftar” pada sebelah kanan atas laman, anda akan dibawa ke Pendaftaran Sarawak ID. 
  4. Pilih “MyKad” dan lengkapkan semua butiran yang diperlukan.  Terdapat 5 proses pendaftaran iaitu:
  5. Profil anda
  6. Maklumat pilihan
  7. Pengesahan telefon mudah alih
  8. Emel
  9. Pendaftaran lengkap

Tip:

  • Pastikan Sarawak ID anda mudah diingati.
  • Gunakan perkataan rahsia yang mudah untuk diingati.
  • Pastikan alamat emel dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
  • Setelah lengkap, masukkan alamat emel untuk tujuan pengesahan / pengaktifan akaun Sarawak ID.
  • Pautan untuk mengaktifkan akaun Sarawak ID akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  • Klik pada pautan tersebut untuk mengesahkan akaun anda (Pendaftaran Berjaya)

Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan UPU 2021:Cara Semak & Rayuan Kemasukan Sesi 2021/2022

Langkah Permohonan BPKNS (7 BAHAGIAN)

  1. Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak BPKNS hanya boleh dibuat semasa tempoh permohonan dibuka. Tempoh permohonan BPKNS akan dibuka selama 14 hari termasuk Sabtu /Ahad/ Cuti Umum.
  2. Layari laman e-scholarship https://escholarship.sarawak.gov.my
  • Klik Log masuk pada sebelah kanan atas laman;
  • Pilih Akaun Peribadi;
  • Log masuk dengan menggunakan akaun Sarawak ID;
  • Klik teruskan dan sahkan imej rahsia (Klik ya pada imej rahsia yang telah dipilih semasa pendaftaran Sarawak ID);
  • Masukkan kata laluan Sarawak ID dan klik log masuk;
  • Klik pada Mohon Sekarang (Kotak Biru)
  • Bagi yang sudah mempunyai akaun e-scholarship sebelum ini, klik pada Permohonan Baru (Menu di sebelah kiri).

BAHAGIAN 1: KURSUS PENGAJIAN

  • Isikan butiran kursus pengajian berikut seperti dalam surat tawaran pemohon

            1. Nama Institusi;

            2. Bidang Pengajian;

            3. Kursus Pengajian.

            4. Tarikh Kemasukan;

            5. Tempoh Pengajian.

  • Klik teruskan sekiranya telah lengkap diisi.  Simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

BAHAGIAN 2: MAKLUMAT PERIBADI

  • Maklumat peribadi dijana secara automatik daripada pendaftaran akaun Sarawak ID pemohon.  Kemaskini butiran sekiranya terdapat maklumat yang masih belum lengkap.
  • Muat naik gambar profil pemohon.  Gunakan gambar berukuran saiz passport. 
  • Kemaskini status pemohon. 
  • Pastikan maklumat perhubungan pemohon yang dijana secara automatik daripada pendaftaran akaun Sarawak ID adalah lengkap dan betul.
  • Semak semua maklumat dan pastikan semua medan bertanda * telah diisi dengan lengkap. 
  • Klik teruskan untuk ke bahagian seterusnya atau simpan sebagai draf sekiranya pemohon belum meneruskan permohonan.

BAHAGIAN 3: BUTIRAN AKADEMIK

  • Isi butiran akademik dengan sijil tertinggi atau terkini pemohon.

Pemohon Diploma Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak

  • Bagi Pemohon yang baru ditawarkan kemasukan ke IPTA, sila isikan butiran akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf.
  • Pastikan pemohon mengisi minimum lapan (8) subjek iaitu lima (5) subjek teras berikut dan tiga (3) subjek lain yang terbaik:

              1. Bahasa Malaysia;

              2. Bahasa Inggeris;

              3. Matematik;

              4. Sejarah;

              5. Pendidikan Islam/ Pengetahuan Moral.

  • Klik butang (+) untuk memasukkan mata pelajaran yang lain.
  • Bagi pemohon yang sedang berada dalam pengajian, sila isikan keputusan semester yang terkini.
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

Baca Juga: UPU Pocket 2.0:Cara Muat Turun Semakan Permohonan & Permohonan Rayuan

Pemohon Ijazah Sarjana Muda Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negei Sarawak BPKNS

  • Bagi Pemohon yang baru ditawarkan kemasukan ke IPTA, sila isikan butiran akademik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Diploma/ Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf.
  • Bagi pemohon lepasan STPM / STAM, sila isi minimum lima (5) subjek termasuk MUET dan Pengajian Am.
  • Bagi pemohon lepasan Diploma / Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf, sila isi Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK).
  • Bagi pemohon yang sedang berada dalam pengajian, sila isikan keputusan semester terkini.
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

BAHAGIAN 4: BUTIRAN IBU BAPA / PENJAGA (YANG MEMBIAYAI PENGAJIAN)

  • Isikan maklumat Ibu Bapa / Penjaga satu persatu.
  • Bagi pemohon yang berstatus anak ibu tunggal atau anak yatim, sila isikan maklumat Ibu atau bapa atau penjaga yang membiayai pengajian.
  • Maklumat nombor kad pengenalan hendaklah dimasukkan bersama sengkang (-).
  • Pilih “Tidak Berkenaan” bagi maklumat yang tidak berkaitan.
  • Lengkapkan semua medan yang bertanda *
  • Klik butang (+) untuk menambah butiran penjaga seterusnya (lebih daripada seorang).

Maklumat Pendapatan dan Perbelanjaan Bulanan

  • Sila isikan pendapatan kasar Ibu Bapa / Penjaga. 
  • Sila pastikan perbelanjaan bulanan diisi dengan jumlah perbelanjaan/ pinjaman secara bulanan dan bukannya secara tahunan atau jumlah keseluruhan pinjaman. 
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

BAHAGIAN 5: BUTIRAN ADIK-BERADIK

  • Bahagian ini hanya diisi dengan maklumat adik-beradik yang masih di bawah tanggungan ibu bapa / penjaga iaitu yang belum bersekolah / sedang bersekolah / Orang Kurang Upaya / belum bekerja.
  • Klik butang (+) sekiranya terdapat lebih daripada seorang adik-beradik yang masih di bawah tanggungan ibu bapa / penjaga.
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

BAHAGIAN 6: BUTIRAN LAIN 

  • Kegiatan Ko-Kurikulum
  • Sila isikan butiran kegiatan ko-kurikulum yang mempunyai pencapaian atau anugerah sahaja (Peringkat Sekolah/ Daerah/ Negeri/ Kebangsaan). 
  • Isikan juga butiran keahlian/ jawatan bagi sebarang kegiatan persatuan atau pasukan berseragam sekiranya ada.
  • Klik butang (+) sekiranya terdapat lebih daripada satu kegiatan

Butiran Penajaan Biasiswa/ Pinjaman/ Bantuan Kewangan Lalu

  • Klik ya jika pemohon pernah menerima penajaan Biasiswa/ pinjaman/ bantuan kewangan sebelum ini.  
  • Isikan dengan lengkap semua butiran yang bertanda *
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

BAHAGIAN 7: RINGKASAN PERMOHONAN 

  • Semak ringkasan permohonan yang telah diisi dan pastikan semua maklumat adalah benar, tepat dan betul.
  • Klik pada kotak perakuan, seterusnya hantar.
  • Permohonan yang telah dihantar tidak boleh diubah lagi.  Sekiranya terdapat sebarang kesilapan setelah permohonan dihantar, sila hubungi urus setia BPKNS sebelum tamat tempoh permohonan.
  • Notifikasi permohonan akan dihantar melalui pesanan ringkas (SMS) dan ke alamat emel yang telah didaftarkan.
  • Rujuk: Garis Panduan Permohonan BPKNS (Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak)

Baca Juga: Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN

Solan Lazim Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negei Sarawak BPKNS

1.Siapakah yang layak memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak BPKNS?

a. Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Sarawak;

b. Telah mendapat surat tawaran mengikuti pengajian diperingkat Diploma dan Ijazah Pertama secara Sepenuh Masa di IPTA;

c. Tidak mendapat sebarang penajaan atau pinjaman daripada mana-mana agensi lain.

2.Bilakah iklan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak BPKNS dikeluarkan setiap tahun?

Iklan bagi permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak akan dikeluarkan selepas keputusan bagi tawaran kemasukan ke IPTA diterima. Sila rujuk iklan dalam akhbar-akhbar tempatan atau layari laman web dari semasa ke semasa.

3.Berapa peratus jumlah bayaran balik Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak yang perlu dibayar oleh pelajar selepas tamat pengajian?

Pelajar cuma perlu membayar 25% daripada keseluruhan pinjaman dan tertakluk dengan syarat-syarat dan terma yang dinyatakan dalam perjanjian. Walaubagaimanapun, pelajar perlu membayar 100% Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak sekiranya gagal dalam pengajian atau tidak menamatkan pengajian masing-masing.

4.Bagaimanakah memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak BPKNS?

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman web http://escholarship.sarawak.gov.my

5.Bagaimanakah pemohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak boleh menghubungi pejabat sekiranya terdapat pertanyaan yang ingin diutarakan tidak tersenarai dalam Soalan-Soalan Lazim?

Pertanyaan lain Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak boleh diajukan sama ada melalui emel rasmi jabatan, [email protected], borang maklum balas/komen melalui laman web www.psc.sarawak.gov.my atau menghubungi terus melalui talian telefon 082-236325/554.

6.Bolehkah saya membayar Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak BPKNS melalui potongan KWSP?

Bekas pelajar tajaan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak BPKNS kini boleh membuat bayaran balik penuh melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sila hubungi pejabat ini (082-236325) untuk maklumat lebih lanjut.

7.Bagaimana saya ingin membuat bayaran secara online?

Sila rujuk kepada prosedur bayaran balik secara online atau bagi bekas pelajar Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak BPKNS bagi tahun 2005 dan ke bawah, sila hubungi pejabat ini untuk maklumat lanjut.

8.Saya mendapati terdapat kesilapan dalam mengisi borang permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak BPKNS. Apa yang perlu saya lakukan?

Anda diperlukan untuk menghubungi pejabat ini dengan segera untuk membuat perubahan dalam borang permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak BPKNS sebelum tarikh tutup iklan.

9.Bagaimana saya hendak mengetahui baki pinjaman Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak saya?

Anda boleh membuat akses ke e-Scholarship menggunakan ID dan password anda untuk mengetahui baki terkini pinjaman/bayaran balik BPKNS.

10.Saya telah menamatkan pengajian dengan jayanya. Apakah prosedur yang patut saya lakukan untuk membuat bayaran balik Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak?

Anda perlu memaklumkan melalui surat rasmi ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Bahagian Biasiswa Pinjaman yang anda telah menamatkan pengajian. Anda perlu memuat turun (download) Borang Data Maklumat dari e-Scholarship bersama dengan transkrip dan salinan sijil anda untuk menikmati bayaran balik 25% dari keseluruhan pinjaman.

Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan UPU 2021:Cara Semak & Rayuan Kemasukan Sesi 2021/2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negei Sarawak BPKNS anda boleh hubungi:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Tingkat 9 & 10, Wisma Satok

Jalan Satok, 93400 Kuching Sarawak

Talian Am                       : 082-236 325/ 544

Laman Web Rasmi       : www.psc.sarawak.gov.my

Emel                                : [email protected]

Urus Setia Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak BPKNS

1.  Catherina ak Jackson Blanda (Ketua Seksyen)

2.  Jesfer Biah ak Uli

3.  Ali bin Mohamad

4.  Corina ak Bernard

5.   Maltina Malthar ak Robert Tira

NOTA:

Panduan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak berbentuk video boleh dirujuk di laman web rasmi SPANS, bahagian Galeri (video) atau klik link di bawah:

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment